Monday, November 30, 2009

update.

teett.. teett.. update.. update..

alhamdulillah sempat jugak nak update blog ni.. bukan x mahu.. tapi x berkesempatan.. sejak balik dari kolej sampai la hari ni, baru la free sikit *eleh, bajet bz r tu* .. hehe.. xde la..

25 nov 2009
world meatless day.. tapi x berjaya jugak.. ayam masak gulai lemak cili api yang mak masak menggoyah keimananku.. ku tergoda.. aduss.. sampai pulak lewat malam.. kelaparan lagi.. hehe..

26 nov 2009
awal2 pagi lagi dah bersiap.. beli barang2 mentah.. pergi rumah nenek.. nak tolong masak juadah raya la konon-kononnye.. tapi setakat siang2 bahan mentah je.. ekeke.. ok la tu.. malam lepas balik dari rumah nenek, settlekan hal rumah pulak.. almaklumlah.. esok nak raye ni.. hihi..

27 nov 2009
wahh.. hari yang bahagia.. lepas sembahyang raye, terus bergerak ke rumah nenek.. ingatkan nak berkonvoi untuk ke rumah moyang di muadzam.. tapi akhirnye pergi asing2 jugak.. xpe la.. balik rumah petang tu.. tapi malam pergi semula ke rumah nenek.. nak tengok nur kasih ramai2 punya pasal.. on je laa..
oh ye..hari ni cukup umur anak pak cik azhar ni, 19 tahun.. alhamdulillah.. moga2 akan lebih matang dalam menjalani hidup.. bertambah kebaikan, berkurang yang kurang baik.. insyaAllah dapat yang terbaik dalam hidup.. AMIN..

28 nov 2009
pagi2 lagi kami dah keluar rumah.. keluar membeli-belah memandangkan adik saya yang di pasum tu akan balik pada esok harinye.. sebelum tu pergi melawat dino terk di yayasan pahang.. wah3.. best2.. masyuk !!! dengan aktiviti yang banyak.. oh ye.. termasuk aktiviti dalam kumpulan bersama keluarga.. memang best.. jarang2 tau kami dapat berkumpul macam ni.. kira bersyukur la dapat cuti time2 cuti sekolah ni.. boleh berkumpul dengan famili tercinta.. ewah2..
malam tu la baru free sikit.. tu pun x sempat nak online sebab adikku yang no 3 tu dah cop line untuk malam tu.. xpe2.. dah 19 tahun la katakan.. beralah je laa.. hoho..

29 nov 2009
sekali lagi kami keluar dari rumah di pagi hari.. nak bertolak ke lanchang sebab sepupuku kawen.. tengahari pulak hantar kakngah balik kolej.. sampai pulak malam.. kepenatan.. tido..

oh ye.. tu la jadual untuk awal2 cuti ni.. hari ni dah start xde perancangan melainkan hujung minggu untuk 3 minggu yang akan datang yang akan diisi dengan kenduri-kendara.. buku terasing pun dah habis dibaca.. tu yang boleh online tu.. x banyak benda yang boleh buat memandangkan saya memutuskan untuk x berkerja.. oh mintak2 la cuti ni x boring dan x diisi dengan perkara2 yang x berfaedah.. ok sekarang nak sambung list semula.. basha !!!

Tuesday, November 24, 2009

pacat. darah.

alhamdulillah..petang semalam, kira2 pukul 3.40 ptg berakhir sudah kem brotherhood of muslim camp a.k.a. BroMC..best2..xde ape dah yang boleh saya kata..kem ni memang best..seingat saya, ni la satu-satunya kem yang berunsur islami yang pernah saya join sepanjang hampir 19 tahun saya hidup..alhamdulillah saya telah ditakdirkan mengikuti kem ni..

22 november 2009
seawal jam 8 pagi kami dikehendaki berkumpul. akibat sedikit salah faham, bas yang ditugaskan mengambil kami tiba sejam lewat. la ba'sa. mungkin ujian sebelum kem bermula. kemudian tiba di tapak perkhemahan sri raudhah, gombak. kem dimulakan dengan sesi pengenalan. seterusnya, sesi ice breaking. kemudian slot riadah yang mana kami dikehendaki meniti pelbagai macam titian gantung *bak kata kem komander, titian sirat* yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal kami. dan malam hari pula, slot ceramah daipada kapten azizan mohammad, dari kem sungai udang melaka. kemudian disusuli pula dengan aktiviti night walking. sudah nasib, saya merupakan peserta pertama yang dilepaskan dahulu. *pair la*

23 november 2009
pagi hari dimulakan dengan slot ldk yang kemudiannya diteruskan dengan sesi ceramah daripada en. shakireen bin karkular rovinjee a.k.a. bro shah. tajuknya islam sebagai ad-din. selaku, seorang yang bergelar mu'alaf, bro shah telah banyak menyedarkan kami. terasa pula diri ni kurang bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah terhadap yang bukan muslim. saya belum kuat. tapi, saya akan cuba juga suatu hari nanti, insyaAllah. selepas itu, aktiviti diteruskan dengan explorerace *explore and race tau!!!* memang menguji kesabaran pabila banyak kali ditipu oleh fasi2 yang ade. huhu. tapi alhamdulillah, memang best. slot malam pula diteruskan dengan ceramah daripada en. amir idris *kalau x silap la nme dye* seorang pakar motivasi yang sangat bersemangat. seterusnya, majlis perasmian BroMC oleh yb dr. hajah halimah ali, exco kerajaan negeri selangor. lewat malam pula malam kesenian islam yang mana kami dikehendaki membuat persembahan yang persiapannya x sampai sejam pn. hehe. persembahan ape?? biarlah rahsia. yang penting muslimin dan muslimat diasingkan.

24 november 2009
hari terakhir kami dimulakan dengan jungle trekking. walaupun ini bukanlah jungle trekking paling sukar yang pernah saya join, tapi ni merupakan jugle trekking yang paling best yang pernah saya join. merentas hutan sambil menikmati alam ciptaan Allah. subhanallah. pelbagai benda yang kami jumpa tertulis perkataan Allah. saya cukup teruja. cukup2 rasa bersyukur kerana menyertai kem ini. selain tu, kami juga dapat merasa mandi air terjun. masyaAllah, memang seronok. sejuk. lagi2 sesama kami je, muslimat. pada akhir kem pun seronok. kami main paintball. ye paintball!! free of charge. kalau nak main kat luar pun paling kurang perlu bayar puluhan ringgit. syukur alhamdulillah team saya menang walaupun saya syahid dek tertembak pellet paintball. hoho. memang menyakitkan tapi sangat2 berbaloi. dengan suasana hutan dan sebagainya. pulang ke kem, slot terakhir kami iaitu resolusi dan majlis penutup.

oh memang susah nak digambarkan walaupun dengan menulis. terlalu banyak perkara yang baik dan menyeronokkan sepanjang kem ni. setiap aktiviti pula xkan lari daripada islam itu sendiri. ye betul. setiap aktiviti tanpa ade yang terkecuali. semuanye berkait dengan pergantungan kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya. moga2 ukhuwwah sesama kami xkan terkubur walaupun kem ni dah pun berakhir. oh ye. kem ni juga disertai oleh pelajar sekolah dan universiti2 lain seperti uia dan uitm. ape2 pun, diri ini sangat bersyukur. alhamdulillah. memang x tergambar. syukran dan tahniah buat semua nadi penggerak untuk gen1 *gelaran bagi kami, bromc 09* . hanya Allah mampu membalas jasa baik anda semua. moga berjumpa lagi di hari yang lain, insyaAllah..

muslimin. asadullah.
muslimat. saifullah.
nahnu ansorullah.
"dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia xkan menjadikan kesukaran buatmu dalam agama..."
Al-Hajj;78

Saturday, November 21, 2009

fight-oh uh !!!


oh lately i'm stuck on east asean series. japanese the most i'd say. they're just irresistable. i wonder why?? maybe there're just nothing much to do during this exam break. plus, i'm still at college and have gone nowhere else except around the campus. nevermind. i'm really looking forward for this sunday. insyaAllah things will run smoothly.

ok. give it a break. so, what's so good about these series?? if compared to english's and malay's?? hmm.. reasons that i could easily tell u:
-some of them left impacts on me. the characters of few stories had somehow manage to improve myself to what i'm right now. *de gak la nilai murni yg blh dijadikan iktibar*
-from what i concern, some of the series are way better than 'cite melayu' and 'cite omputeh'. in other words, the sociality (is there such word??) is still in control. *cite melayu pn byk adegan x senonoh. cite omputeh lagi la xyah ckp*
-lovely culture. full of courtesy i guess. but i don't say that our culture are not polite k. *dh trbiase ngan adat korea yg satu ni mse blaja taekwondo dlu*
-i'm really into action series and comedies like conan, young kindaichi case file, gokusen, death note etc. *byk sgt lau nk list seme*
-the best part is, the actor and actress are just so so so cute. hehe. although i don't really fall into people with 'mata sepet' . no offence k. *seyes suke*
but still on top, don't get addicted with these kind of things *bahaye utk stdy* . i'm t0o adamantly trying hard not make it an obsession. *santai je k*

Friday, November 20, 2009

1/6

where'd we go?? which path do we choose??

alhamdulillah.. it's already the end of the first semester.. so far, life as a campus student's quite good.. well at least things are not as bad as it seemed.. insyaAllah.. quite a number of activities and programmes that i've joined.. living in campus can sometimes be great doesn't it??

starting up with minggu haluansiswa (mhs).. a bit different from pasums'.. so did the minggu interaksi kurshiah (mik).. then, get buzzed up with the perasmian festival konvokesyen um (feskum) and everything.. no doubt that it was fun.. learning new things.. i must say that PROTOCOL's included.. getting to know and mingle with different kind of people.. then, joining angkatan siswa siswi muslim sains um (asmum).. involved with the college projects.. ihram and mmk.. with the lectures, tutorials, tests and such were moving on.. plus, dearest friends that i love lillahi ta'ala.. o0h.. t0o much to say.. i hope i won't get t0o carried away with all of this in the next semester.. nevertheless, it's a norm as we're the undergraduate student..

some things can hardly be mentioned.. not bottling up things inside, but nevermind.. i'll just figure them out myself.. yet, i still got 5/6 of my study years to be completed to.. life is short.. but it seems like a very long way to go with.. so, which way do i go?? still stick to the old plan?? tawakkaltu 'alallah..

this thing just popped out in my mind.. quotion from the animation of salehuddin al-ayyubi given by kak fauhan:

"wise man says that, we do not choose our destiny. but it chooses us."

to come and think about it, it is somehow true.. qada' and qadar.. i'm relieved.. fight-oh uh !!!

Tuesday, November 17, 2009

pergantungan pada Allah s.w.t


alhamdulillah.
iye. dah habis. fuhh. dengan senang hatinye saya melepaskan kamu. pergilah exam. sampai ketemu sem 2 nanti, insyaAllah.
satu perkara yang saya perasan. waktu2 exam ni. iye. waktu2 exam ni x kira sejak sekolah mahupun dah masuk pasum dan sekarang alam mahasiswa yang sebenarnye. ramai yang datang mengimarahkan surau bila fenomena exam ni. which is good with no doubt. memang menyejukkan hati.
tapi,
kat sini cuma nak peringatkan diri sendiri dan semua yang ada di luar. betul2 mahu ingatkan diri ni. jangan hanya betul2 ingat pada Yang Esa bila memerlukan bantuan je. jangan asal nak exam atau yang seangkatan dengannye je kita ingat mahu meminta pertolongan dari-Nya.
ye. memang saya x nafi. kalau mahukan sesuatu, barulah kita meminta bukan?? baru mahu buat ibadah lebih. memang saya tahu. tapi, tetap juga mahu ingatkan di sini, marilah kita sama2 istiqamah dalam beriman dan beramal kepada-Nya. mungkin senang nak cakap, tapi susah nak buat. xpe. kita mujahadah sama2 ok. semoga saya sendiri buat apa yang ditulis kat entri kali ni. betul2 mengharap.
"Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang x kamu kerjakan"
(As-Saff;3)
doakan kita semua ye kawan2. moga pergantungan kita pada Allah x bermusim dan sentiasa istiqamah. AMIN.
sekarang nak buat to-do-list untuk aktiviti lepas exam...:)

Sunday, November 15, 2009

terlepas. meraba. mencari.


momentum..!!! manakah kamu?? saya perlu study..!!! meniti hari2 terakhir exam. lemah. hilang semangat. =(

Friday, November 13, 2009

alhamdulillah.


alhamdulillah..
dah habis pun demam falsafah. lega sikit sebab dah xde paper 'membaca'.
alhamdulillah gak, saya dapat jawab dengan baik. moga2 mereka yang lain juga begitu,
insyaAllah..

oh. syukur yang x terhingga. dengan persiapan yang x seberapa. study x serius. x cover semua topik. spot soalan. tido awal. masuk dewan peperiksaan lambat. jadi perhatian mereka yang datang awal. dan macam2 lagi la, saya masih lagi mampu menjawab apa yang ditanya. *wlupn x konfem sume btul dan konfem de yg slh*


"Dan Dia memberinya rezeki(pertolongan) dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
(At-Talaq;3)

sungguh Allah itu Maha Pemurah. kalau x kerana rahmat-Nya x mungkin semua jadi macam ni, x mungkin encik sms keluarkan soalan yang memang ditarget, x mungkin apa yang saya dan ifa study last minute masuk. hanya kepada Allah jugalah kita kembali.

p/s : ape2 pun, jangan ikut bad habit *kaler merah* yang dinyatakan di atas. buang yang keruh, ambil yang jernih k..

Wednesday, November 11, 2009

grrr..

dewan tunku canselor, universiti malaya
body temperature decrease
.
hypothalamus activates warming mechanism in bulb of krausse
.
skeletal muscles activated
.
shivering generates more heat
.
blood vessels constrict
.
prevent heat loss from skin surface
.
body temperature increase
tak. keadaan x seperti yang saya belajar bio dulu. mungkin thermostat x cukup activate warming mechanism. sejuk. beku. keras. oh. homeostatic !! di manakah kamu?? memang dugaan exam dalam dtc. lagi2 untuk paper prinsip kimia tadi yang memerlukan banyak menulis. tapi alhamdulillah. kugagahi jua. hehe. lagi 2 paper menanti. moga2 dipermudah semua oleh-Nya.

Sunday, November 8, 2009

rindu 2.

blok akademik drpd GAS


minggu exam yang penuh rasa rindu. timing yang langsung x sesuai. xpe la merepek kat sini. asal nanti dapat fokus lagi pada study. rindu = famili. rindu 2 = calyx@seseri.

tadi ika zainon ziarah teratak usangku ni *poyo je* . cerita pasal program yang ika jadi fasi minggu lepas di seseri. join alang dan TBI. oh serius rindu bila dengar cheers ngan lagu sekolah *poyo lagi skali* . betul ni x tipu.

S to the S to the S - E - S
E to the E to the E - R - I
S -E - S - E - R - I
go SESERI

terlalu banyak manis pahit. lagi2 dalam fenomena exam ni. meninjau kenangan lama calyx. ok stop. kembali dari alma meter.

semalam singgah di blog cikgu mahadiah. oh banyak betul perkembangan sekolah yang saya x tahu. xpe la. moga2 hanya yang baik diteruskan, yang kurang baik ditinggalkan, insyaAllah.

sms seri puteri - sekolah yang banyak mentarbiyah aku dalam banyak perkara.

walaupun sekarang dah x sama dengan yang dulu, jasa guru2 dan kawan2 xkan pernah saya lupa. moga hubungan kita semua sentiasa subur dalam makrifat-Nya. AMIN.

go bio org !!

Saturday, November 7, 2009

rindu.

berehat sebentar bersama blogspot. hehe.

hujung minggu ni ramai yang balik. jiran sebelah pun ade yang balik. jiran depan pun sama. bila dah jadi macam ni, rasa rindu pulak kat famili tercinta. walaupun baru sebulan++ x balik. lagi2 bila blog kawan2 banyak post pasal famili. huhu. xpe la.

oh ye. hari ni kakngah ade paper MUET. hari tu pun kakngah ade mengadu pasal test speaking die yang agak teruk. moga2 kakngah diberi petunjuk dan kejayaan dari-Nya. insyaAllah.





dah lepas semua. ok2. masa untuk sambung bio org.

Tuesday, November 3, 2009

maat taufiq wannajah.

AMIN.

alhamdulillah paper pertama, APK dah habis. 5 more to go. mintak2 la istiqamah. insyaAllah.
teringat pula exam pasum dulu. lebih kurang je macam sekarang ni. cuma xde lagi calyxian circle. xde lagi ieda untuk baca doa. xde lagi tempat duduk tetap. xde lagi duduk2 sambil baca nota last minute. xde lagi bunyi perut lapar. hehe. xpe la. la ba'sa.

life changes. atmosphere changes. people change. but do i??

ok2. sambung revise life process.