Sunday, July 25, 2010

kalaulah.

daripada abu hurairah ra, katanya rasulullah saw bersabda:

orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah swt daripada orang mukmin yang lemah. masing2 ada mempunyai kebaikan. berusahalah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat) ; dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan janganlah berasa lemah, yakni putus harapan, atau bersa hampa. jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "kalaulah aku berbuat demikian tentulah akan jadi begini dan begitu". akan tetapi katakanlah "takdir Allah dan Allah berbuat sekehendakNya. sesungguhnya perkataan 'kalaulah' hanya membukakan jalan bagi syaitan melakukan sesuatu.
(hadis sahih muslim)

suka saya ingatkan diri sendiri dan kamu2 juga,

there's no such thing as coincidence. things are meant to be in the way that Allah wants it to be.

susunan takdir Allah tu sebenarnya sangat cantik. cuma kadang2 kita yang lemah ni je x nampak dan silap menilai. huhu.

Thursday, July 22, 2010

first impression.

siapa sangka

boleh jadi


tajuk entri tanggapan pertama. erk. kenapa pulak ada gambar2 kat atas ni? nah. fikirkan ye.

dalam masa seminggu ni, ada lecturer dan kawan satu lab yang tanya saya.

"when do the APIUM student finish the class?"

"are u an IES student?"

oh ye. bagi yang belum tahu, APIUM = akademi pengajian islam universiti malaya. IES = kod nombor matrix student API.

tergelak besar coursemate yang lain bila dengar lecturer dan kawan tanya saya macam tu. hmm. saya nampak macam student yang ambil pengajian islam ke? erk. saya x la pakai tudung labuh yang bulat tu. tapi entah la. first impression kata orang.

bak kata orang putih,

"don't judge a book by its cover."

haa. betul la tu. saya pun setuju. bak kata orang melayu pulak,

"rambut sama hitam, hati lain2."

saya memang sokong dua2 statement kat atas. memang ada benarnya. kadang2, apa yang kita nampak x sama dengan relitinya. contoh, kadang2 kita rasa kesian tengok orang lain dalam kesusahan. tapi balik2 kita pulak yang dianiaya. backstabber punya hal. tapi bukan hal ni yang saya nak cakap. insyaAllah. asalkan niat kita ikhlas, Allah akan beri ilham untuk kita rasa apa yang betul, dan apa yang x.

kita manusia biasa. x macam Rasulullah yang bijaksana, mampu menilai bagaimana peribadi seseorang dan sentiasa dilindungi Allah dari segala penipuan. justeru, mari berdoa agar Allah sentiasa berikan petunjuk kepada kita dalam apa hal sekalipun. doa senjata orang mukmin. insyaAllah kita akan ok.

tapi,

first impression jugak penting. dalam banyak keadaan memang sangat2 penting. contoh, kita nak jalinkan ukhuwwah dengan seseorang. tapi muka kelat macam ayam berak kapur. memang la orang lain lari. xnak kawan dengan kita. cuba kalau muka berseri2. warm and friendly gitu. kan mudah untuk orang dekat. nak berdakwah pun insyaAllah senang. emm ni salah satu contoh yang saya terfikir. banyak lagi contoh yang kita boleh tengok.

so, what's the next step? kesimpulan saya, cuba untuk tunjukkan yang terbaik. kalau orang lain x mampu, kita sangka baik. memang senang nak cakap tapi susah nak buat. jom sama2 mujahadah yok! fight-oh uh!!!

Wednesday, July 21, 2010

sabar.


"learn the art of patience. apply discipline to your thought when they become anxious over the outcome of a goal. impatience breeds anxiety, fear, discouragement and failure. patience creates confidence, decisiveness and a rational outlook, which eventually leads to success."

~brian adams~

semua yang berlaku pasti dengan izin Allah. chill la sahabat. x thrill la kalau hidup selalu senang. sabar itu separuh daripada iman. kalau x sabar, kurang iman la ye? sebab lately suka merungut. naudzubillah. kembali kepada Yang Mencipta.

"bersama kesusahan, ada kemudahan."
(94;5-6)

Tuesday, July 20, 2010

lelah.

alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah. masih dibenarkan merasa pahit manis hidup. masih boleh mengomel depan laptop. masih boleh share hidup dengan kamu2 yang x ketemu.

hari yang penat. betul terasa lelah hidup mahasiswa ni. sedikit down. dengan kuliah, lab dan meeting2 bagai. tapi alhamdulillah dah ok. pagi sampai petang kelas direct dengan rehat sejam untuk makan dan solat. tapi apa yang pasti, xkan pernah sama dengan lelah mereka yang berjuang di iraq, palestin dan negara2 yang seangkatan dengannya. segala puji hanya bagi Allah yang menentukan segalanya. moga saya mampu jadi hamba yang bersyukur.

hari ni berlalu dengan saya melepaskan dan menerima sesuatu. insyaAllah ni tarbiyah yang terbaik untuk semua. moga kita redha dengan takdir Allah dan Allah meredhai kita juga. dan moga Allah berikan kekuatan pada kita semua untuk jalani sisa hidup ni sebaiknya.

cuba untuk ikhlaskan diri sehabis2nya. bukan hanya pada mulut, tapi hati yang pasti. kerana hanya Allah yang mampu menilai tahap keikhlasan kita.

so, jom set niat semula! aim for a better tomorrow. chill la sahabat. moga2 hari esok lebih baik, insyaAllah. fight-oh uh!!!
(^_^)

Monday, July 19, 2010

steamboat.

steamboat tupai2

steamboat johnny's

salim yg dipromote oleh cik anneh. not bad.

maap entri kurang ilmiah. cuma nak berkongsi cerita...

alhamdulillah. semalam dapat join gathering V3. great gathering at tupai2 steamboat. tapi sayang x semua dapat datang. moga2 ukhuwwah kami berkekalan. insyaAllah...

oh ye. saya memang suka steamboat. x kesah la tupai ke, new horizon ke, johnny ke, sri affa ke, nelayan ke. layan...

Thursday, July 15, 2010

reminiscence.

masjid nabawi

masjidil haram

remembrance of both tanah haram. mekah dan madinah. alhamdulillah. dah sebulan meninggalkan tanah suci. tadi buka folder gambar di sana. serius rindu! teringin sangat pergi lagi. sangat2!!! moga2 masih diberikan peluang, insyaAllah..

Wednesday, July 14, 2010

menarik!


satu cerita yang saya baru baca tadi. penghormatan terhadap adolf hitler. alaa. ketua nazi yang ada misai cute tu. hehe. sekadar perkongsian. mari mengenal sejarah ;)

Monday, July 12, 2010

back to school.

first day in the new semester:

less an hour class
class rep
no reading
mavi marmara
self-thinking

hoping for a better time management tomorrow insyaAllah

Friday, July 9, 2010

rehlah.

alhamdulillah. dengan izinNya saya sempat sitting rehlah bersama akhwat2 yang lain sepanjang cuti sem kat kuantan ni. best! insyaAllah mampu isi jiwa2 yang sepi. kongsi diari buat kenangan satu masa nanti :)

TC-20mei2010

TB-8julai2010

rehlah pertama di teluk cempedak dengan kak zai, azimah dan suhaila. best! pengisian sambil makan2 dan relax2 tepi laut. ta'aruf dan ikut flow usrah macam biasa. mantap la!

rehlah kedua di taman bandar dengan kak shaz, kak faradi, kak fatirul dan kak fatin. yang ni baru semalam. masih segar dalam ingatan. cewaahh. pengisian dan piknik tepi tasik. insyaAllah masih diberi peringatan. mabruk!

sister2 notts, trinity dan ic ni yang ramah. share experience mereka dan macam2 lagi. satu benda baru yang nak saya kongsi sama:

tips mencintai sesuatu. mungkin x tepat sebab x catat tapi seingat saya insyaAllah betul. huhu.

-jamal (cantik)
-kamal (sempurna)
-nawal (anugerah)
-jalal (hebat)

nah. cuba teka sifat2 ni ada pada siapa? hanya pada Allah. dan Allah jugalah yang mengurniakan sifat2 ini kepada hamba-hambaNya. semoga kita temui cinta Ilahi dan cinta yang bersandarkan cinta Ilahi. wallau'alam.

nota kaki : petang ni akan bergerak untuk daurah di bangi. ahad check in kolej. isnin start class. weehee. oh ye malam ni 27 rejab. teringat peristiwa isra' mikraj dan pembebasan baitulmaqdis oleh salehuddin al-ayyubi. mari ingat semula!

Wednesday, July 7, 2010

adik perempuan kena rogol.

mula2 nak mintak maap atas ketidaksenangan title post kali ni. dapat artikel ni daripada pakcik saya. entri yang panjang, so tahniah untuk yang baca sampai habis. ;)

"Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri."


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si
abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi." Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.


catatan :



+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu Pengerusi OIC (Cuba teka siapa?) & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

pilihan.


alhamdulillah. hidup ni penuh dengan pilihan. bila berhadapan dengan segala macam hal, pilihlah apa yang terbaik dan x membelakangkan agama. suka saya bagi contoh ni. dalam islam, makanan yang dipilih haruslah halal lagi baik. jadi adik saya yang sedang diet pun memilih untuk guna brown sugar instead of white sugar. hehe. sweet! mengingatkan saya tentang indahnya islam. apa2 pun pilihan yang ada di depan mata, yang pastinya hanya ada dua jalan. baik ataupun buruk. dan xkan pernah ada yang di tengah2. wallahu'alam.

tinggalkan.

tinggalkan bibir ini
jangan ditanya apa desisnya
jangan diintai apa zikirnya

tinggalkan mata ini
jangan ditanya bebas airnya
jangan diintai kemana alirannya

tinggalkan wajah ini
jangan ditanya sembah sujudnya
jangan diintai sedih pilunya

tinggalkan tangan ini
jangan ditanya mana perkasanya
jangan diintai gerak halusnya

tinggalkan kaki ini
jangan ditanya kemana langkahnya
jangan diintai jatuh bangunnya

tingglkan diri ini
jangan ditanya bertemankan siapa
jangan diintai seksa batinnya

tinggalkan aku ini
biar aku bersama Tuhanku
usah diganggu saat ini
sehingga azan fajar bergema lagi

berikan waktu bermadu kasih

~zil-el-saif~

walaupun x pernah berkenalan, saya tinggalkan seseorang demi Dia. kerana cinta Dia lebih sempurna. alhamdulillah.

Tuesday, July 6, 2010

selamat.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

hehe. entri ni special untuk bakal2 first year student uia yang akan enroll hari ni. x kira la yang dari pj atau nilai. dan x kira la yang akan ke gombak mahupun kuantan.

buat cousinku apis, bff manja, x-esian hannah & iffah, x-calyxian sherry, kiena, mimiey, yana, neddy, icha dan ramai lagi yang maap x disebutkan nama sebab x ingat siapa yang ade. x lupa juga buat diyanah dan najibah. hehe. jangan rumah sakit- rumah sakit ye semua. chill k kawan. adat sudah. merantau untuk mencari ilmu.

baru dua hari lepas hantar adik register untuk first year. um gak. huhu. mungkin sedikit jemu memandangkan saya juga akan ke sana ahad ni untuk daftar kolej. saya pasti kebanyakan u yang lain jugak akan mula mendaftar ahad depan. jom persiapkan diri.

;)

Thursday, July 1, 2010

jesus.




sebelum terbakar


semasa kejadian

terbaru! ekeke. walaupun x la baru mana berita ni. tapi nak kongsi jugak. ni adik saya yang beritahu petang tadi.

patung jesus setinggi 62 kaki yang terletak di monroe, ohio terbakar dipanah petir! anggaran kerugian adalah sebanyak $700000. berita selanjutnye, boleh tanya pada pakcik google ye. maaf x cerita detail. nak kejar masa.

ape2 pun, mari kita fikir sejenak ape hikmah disebalik semua ni. insyaAllah, pasti ade. fikir2~
antara sumber yang boleh dirujuk.