Sunday, April 29, 2012

heyy!


alhamdulillah. nikmat dan segalanya hanya datang daripada Dia. lama x bercerita kan? hehe. so, how's life?

compang-camping macam kain buruk. eh?!


hidup akan jadi miserable bila kita saya keluar dari track yang telah ditetapkan. macam train yang terkeluar dari landasan. lagi-lagi kalau tengah laju bergerak. 180km/h. tetiba terbabas ke mana-mana. whoaahh! x ke chaos tu? huhu. sama la macam hidup ni. bila mutabaah amal kita saya lompong sana sini, hidup pun akan patchy sana sini.

yup. mutabaah amal.

kalau x terjaga hidup mesti x tentu arah. kita saya merasai himpitan ni. dan kerana itulah kakak-kakak selalu tekankan kepentingan menjaga mutabaah amal. tapi selalu-selalu je kita saya lupa. huhu. terkadang tu bukan lupa tapi sengaja buat-buat lupa. jadual lubang sana-sini. kalau buat graph pun mesti x valid. astaghfirullah. masih banyak jahiliyah dalam diri.

bila dah jadi macam ni baru sibuk-sibuk nak muhasabah. baru sibuk-sibuk nak koreksi diri. malunya. tapi Allah masih lagi sayang. dibenarkan kita saya mengutip cebis-cebis tarbiyyah di sana sini. directly and indirectly. alhamdulillah. tsummal alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih akhawats. terima kasih yang dicintai lillahi ta'ala.

saya mengharapkan Allah mengampuni saya. Allah mengampuni kamu. Allah mengampuni kita. hanya kerana rahmah Allah lah kita masih merasa nikmat dan segalanya dalam hidup ni. moga kita saya jadi hamba yang tahu erti syukur.

Tuesday, April 10, 2012

kecintaan.


suka melakarkan cinta buat para akhawat. yup. akhawats fillah :)

subhanallah. alhamdulillah. lailahaillallah. allahuakbar.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara (49;10)

Tidak sempurna keimanan seseorang mukmin itu hingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri (HR Bukhari Muslim)

sungguh! makhluk yang bernama akhawat itu memang osem. kedamaian yang diturunkan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia mahu. dan hamdanlillah. beruntunglah merasa adanya akhawats yang menegur kamu bila salah. menguatkan kamu bila lemah. mendampingi kamu bila ummah lain menjauhi kamu. berkongsi kekayaan harta benda dan jiwa. dan mencintai kamu seadanya kerana Dia.

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (8;63)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang (19;96)

ukhuwwah. perasaan yang sangat best sampai susah nak cerita. hanya mereka yang makan mee bandung muar yang tahu kelazatan dan kenyamanan mee bandung muar tu. ahaks. sila pergi ke muar untuk menikmati mee bandung di sana dan anda akan rasa apa yang telah diceritakan! keterikatan atas dasar aqidah yang x dapat ditukar ganti. walaupun x pernah jumpa, kenal macam dah berkurun. walaupun baru sehari berta'aruf, mampu share isi hati. sehari x jumpa ibarat beribu tahun x bersua! subahanallah. hati-hati yang terikat ini moga dinaungi rabithah lillahi ta'ala. 

selalu merindui saat bersama akhawat yang sememangnya rasa seperti alam fantasi! rindu berbincang masalah dakwah tarbiyyah. rindu sharing hal-hal usrah dan mutarabbi. rindu diingatkan menjaga mutabaah amal. rindu berkasih sayang. rindu itu. rindu ini :'(

Ruh-ruh itu adalah ibarat tentera-tentera yang selalu bersiap-siaga, yang telah saling mengenal maka ia bertemu dan bersatu, sedang yang tidak mengenal akan saling berselisih dan saling mengingkari (HR Muslim)

telah kuimani jalan ini dengan sesungguhnya! maka Ya Allah, kuatkanlah dan tsabatkanlah aku di atas jalan ini.

Sunday, April 1, 2012

pemindahan kiblat.


alhamdulillah. milikNya segala apa yang ada di langit, di bumi dan apa je yang ada di antara keduanya. dan apa-apa je yang kita ada dulu, semalam, hari ni, esok, lusa dan sampai bila-bila, semuanya daripada Allah. yang baik hatta yang kurang baik pun semuanya daripada Allah. pasti!

jadi ada apa dengan pemindahan kiblat? aseefah if x berkenan. angah quote ni dari status skype ummi. pinjam ye? hehe. maksud di sebalik tajuk entri? wallahu'alam..

beberapa hari yang lalu,
Allah izinkan saya bermu'ayasyah dengan seseorang yang rapat dengan saya yakni mutarabbi tersayang, adik A. ukhti fillah ni menyatakan hasratnya untuk melengkapkan separuh daripada agamanya. walaupun dia masih muda. ye usia bukan hanya berdasarkan angka. subhanallah. we had a good talk. dan dia menyedarkan saya tentang sesuatu. hakikat yang insan itu punya fitrah.

beberapa hari yang lalu,
kami diminta untuk membentangkan peta hidup dalam sesi bulatan gembira kami. sungguh! ini telah membuka mata saya tentang banyak perkara yang x diperinci dalam timeline yang  telah saya plan sejak hampir setahun yang lalu. kata murabbi kakak S, planning saya kurang menjurus kepada ummah itu sendiri. masih planning di tahap fardhu muslim. selfish kah? astaghfirullah..

beberapa hari yang lalu,
seseorang yang comel turut menyarankan sesuatu kepada saya. mendirikan masjid in order untuk menjaga diri sendiri dan juga orang lain. saranan yang agak kelakar pada mulanya kerana kami pada asalnya bercakap mengenai masalah kulit (ok ini sungguh tipikal bagi kaum hawa). haha. tapi bila difikir-fikirkan semula memang ada benarnya. terima kasih sahabat H. jazakillahu khair.

beberapa hari yang lalu,
jadi teringat tentang cerita ummi pasal pesanan sheikh solah. then satu dokumen yang julung-julung kalinya dibuka telah diakses dan tempat-tempat kosong yang ada mula diisi. mula tabayyun apa sebenarnya masalah diri sendiri ni. check semula mutabaah amal, hafazan dan sebagainya. and to my surprise, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki! malu dengan diri sendiri. ighfirli Ya Rabb. sobs sobs..

hidup ni bukan untuk kita sorang-sorang je. cukup-cukuplah memikirkan masalah diri sendiri. fikir pula masalah orang lain. masalah umat ok!

nota kaki : hari ni 9 jamadilawal. selamat hari lahir cik fareha. moga berkurangnya umur kamu dalam kebaikan. moga Allah redha.. ameen :)