Friday, May 31, 2013

hujan.


hari ni baca buku mudahnya menjemput rezeki (fathuri salehuddin). nak share sikit kat sini. menurut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawy,

"rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya ialah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."

milik kita belum tentu rezeki kita. ok something to ponder.

hari ni mungkin hari besar untuk sesetengah orang. hari lain mungkin untuk sesetengah orang yang lain pula. atau juga mungkin untuk kita. yang penting percaya. yakin. iman. ok ni sebenarnya peringatan terutama untuk diri sendiri. nak share sikit lagi,

Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membangga diri. (Al-Hadid 57 : 22-23)

diari : satu hari baca mari bersabar (amru khaled). tak habis lagi. satu hari baca how to win friends and influence people (dale carnegie). tak habis lagi. satu hari baca itu satu hari baca ini. tapi x habis-habis pun lagi. rupa-rupanya dah hampir sepuluh buku yang baca hanya separuh jalan je.

tiba-tiba teringat al-'asr.
masa tu dihabiskan untuk apa je? ohh hujan dalam hati..

Sunday, May 26, 2013

cepumas.


hang lama lagi ka? bila nak menikah? - tok

hang dah ada yang masuk meminang ka? - makteh

fareha lulus exam ptd tak? - maklong

bukan ka hang nak sambung belajar? - maksu

sorang lagi dah kahwin. kamu bila lagi fareha? - maklang

kamu buat apa sekarang? dah kerja? tak nak jadi cikgu? - paklang

hujung minggu ni balik kampung. bertalu-talu soalan cepumas. betul. kita hanya berusaha sedaya mampu.
tapi hasilnya Allah yang bagi.

usaha lagi. lebih bersungguh-sungguh.

Friday, May 10, 2013

countdown.


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,

اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR Ahmad dan Tabrani)

nota kaki : banyak countdown dalam hidup ni. tapi countdown mati?

Monday, May 6, 2013

hitamkeluar.


sungguh. mata berkaca-kaca. perasaan bercampur-baur.
insiden 05052013 dalam ingatan.

sesi introspeksi dan pujuk diri.
tak apalah. mungkin belum bersedia. dan mungkin juga belum all out.
ingatlah,


so, teruskan berusaha. gencarkan kerja dakwah dan tarbiyyah.
masanya akan tiba. biidznillah.
berlapang dada. tingkatkan amal.

Friday, May 3, 2013

sakti.


kerana yang sakti itu hanya kuasa Allah. yang nampak mustahil boleh jadi x mustahil jika Dia mahu.


sabda Rasulullah s.a.w,

“Wahai anakanda, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkataan. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

(HR Bukhari & Muslim)


duhai diri, hafal saja x cukup. beriman lalu amalkan. dan dengan izinNya kau akan diuji dengan apa yang kau imani. bersiap-siagalah.