jumpa beberapa hari yang lalu. then, dicopy and paste untuk dikongsi. hehe.
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada.
Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi.
Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila."Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.."Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.""Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."Ibu angguk perlahan.Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga."Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi."Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.
Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu."Bila enti menikah?"Aku tiada jawapan khusus."Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya."Jemput ana tau!"Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati."Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu..."Usah berlebihan ya..."Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman."Tafaddal, ana puasa."Sahabiah juga semakin galak mengusik."Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?""Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "
"Ya Allah, tenangnya... "
"Moga Allah memberkatinya. ..."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu."Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian..."Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"Ibu tenang menjawab..."Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar. .."
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."Ibu angguk, tersenyum lembut..." Ini nak, bukunya. "Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'."Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH.
Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
Dipetik dari : YG Rabithah Fityah Muhammadi (Alumni Maahad Muhammadi).
Penulis : Siti Khairunnisa Azmi
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
i hit a car!
oh ni bukan entri happy ye. walaupun title excited semacam je. huhu.
today i hit a car. it was my first. and it wasn't so bad, but still i'm sad. truly.
tapi alhamdulillah semua dah settle. encik tu baik. walaupun saya dak patahkan bracket bumper kereta syarikatnye, beliau tetap cool dan ramah. ganti rugi rm60 juga dah dibayar. alhamdulillah jugak ni satu peringatan. supaya saya drive dengan lebih cermat lepas ni. insyaAllah.
lepas ni mungkin harapan untuk bawak kereta ke um hanya tinggal angan2. mak dan ayah mesti serba-salah nak bagi punya. huhu. nampaknye naik bas jugak la sem depan. mungkin ini yang terbaik.
nota kaki : pandu cermat, jiwa selamat...
Friday, June 25, 2010
dunia.
hari ni mod random. hari yang mana jugak genap setahun kematian michael jackson. pasal benar x benar kisah pengislaman MJ saya x mahu komen lebih. wallahu'alam. cuma teringat antara lagu2 MJ yang saya suka.
.we are the world.
.heal the world.
.earth song.
baru saya perasan. lagu2 MJ yang saya selalu dengar ada perkataan earth atau world. erti kata lain bumi atau dunia. mari duduk sejenak dan berfikir tentang dunia. dunia yang dah tua dan bergelumang dengan segala macam masalah. yang pasti, dunia yang sementara dan xkan pernah kekal. moga sama2 beroleh manfaat.
Thursday, June 24, 2010
share. care. love.
alhamdulillah. pesan sorang sahabat kepada saya. thanx phyza sayang. nak share dengan kamu semua. moga sama2 beroleh manfaat, insyaAllah.
Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
nota kaki : ingat nak trace kawan2 FC yang lain. fight-oh uh!!!
Wednesday, June 23, 2010
penting!
alhamdulillah. cuba mengikut saranan cik fatin nazihah. cover muka kat atas. hehe. edit sikit2 boleh laa.
emm. sebenarnye nak cerita sikit pasal fesyen bertudung ni. ye laa. zaman makin moden. makin banyak fesyen tudung yang dicipta. dengan alasan mahu kelihatan lebih kontemporari dan sofistikated. dan ade yang cakap nak tarik golongan2 yang x bertudung untuk bertudung. sebabnye tudung yang digayakan nampak cantik dan ringkas. hmm. kalau betul bagus laa.
tapi yang x bagusnye kalau gaya bertudung tu yang salah. fesyen bertudung kat atas memang yang latest. boleh kata ramai la ikut trend sanggul tinggi ni. kalau dah bersanggul, logik la kalau kita fikir rambut panjang kan? tapi rupa2nye kalau berambut pendek tapi masih nak bersanggul, boleh beli sanggul palsu atau fake bun kat butik2 bagai.
hmm. ape la motif sebenar kita pakai tudung? bukan untuk tayang sanggul segala kan? ape yang merisaukan adalah terdapat tanda2 kemungkaran Allah dalam fesyen bertudung sanggul tinggi ni.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti punuk unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
HR Muslim (no 212)
naudzubillah. moga2 kita x terjebak dengan fesyen2 yang bukan2 ni. so, macam mana pulak ciri2 bertudung yang patut dipakai? islam dah manggariskan cara2 untuk berjilbab. antara yang saya tahu, tudung yang menutupi dada, x nipis dan jarang hingga menampakkan batang leher dan x bersanggul tinggi. dalilnya ada, tapi saya x ingat. insyaAllah nanti kalau dah jumpa boleh dikongsi k.
Tuesday, June 22, 2010
ukur diri.
oh ye. tinggi saya 163cm. tapi post kali ni bukan nak cerita pasal tinggi atau ape2 berkaitan ukur lilit fizikal ye.
alhamdulillah. lately rutin harian saya dah kembali macam biasa. still lagi dalam mood membaca. walaupun buku ade lagi 4 x habis khatam. huhu. dan assignment daripada akak tersayang dalam laptop pun x dihabiskan lagi. asif ye ummi mum. akan dibereskan kelak, insyaAllah.
ok. beberapa hari ni dah mula baca surat khabar semula. lepas hampir 2 minggu x tahu menahu hal2 kat malaysia ni. hari ni tiba2 rasa stress sikit. dengan isu judi bola, dadah, buang janin etc. dan yang paling menyedihkan sebenarnye ade lagi banyak masalah yang mungkin lebih ringan atau lebih berat daripada semua ni yang kita x nampak. masalah ummah bak kata kawan saya. syukur sebab rasa terkesan. moga kawan2 yang lain jugak rasa yang sama.
oh saya tahu. macamlah xde masalah sosial kat negara lain. tapi sebab kita tinggal kat malaysia ni la kita kena ambil tahu. prihatin. perhatian. concern.
saya jugak tahu. memang senang nak bercakap. menulis. tapi x senang nak buat. dan mungkin kita x tahu pun nak buat ape. kadang2 kita boleh dengar kat mana2 orang bercakap hal itu ini. tapi bercakap je tanpa buat ape2 pun xde gunanye jugak. lagi teruk kalau termengumpat orang lain. naudzubillah.
so, benda paling senang nak buat adalah ukur diri sendiri. bukan pakai pita ukur atau pembaris meter ye. gunalah kayu pengukur iman. dan bukan sekadar bercakap kosong tanpa buat ape2. moga2 kita dapat perbaiki diri sendiri sementara nak bantu orang lain di sekeliling kita. mungkin famili, kawan2 atau jiran2 terdekat. x perlu la kita mula dengan orang2 yang ade dalam surat khabar tu.
saya tahu saya pun bukanlah baik mana. orang lain pun selalu anggap diri sendiri macam tu. tapi tu bukanlah alasan untuk x jadi lebih baik kan? so, jom usaha sama2. fight-oh uh!!!
promote.
cuma nak promote kat sini. hehe. saya tahu memang banyak travel and tour agency yang tip top kat malaysia ni. antara yang saya pernah dengar, tabung haji, bahrul mazi, andalusia, utas, irna yakin, gemilang dan sebagainya. tapi sebab saya pernah menggunakan servis agensi ni, nak la promote sikit.
agensi yang diiktiraf oleh kerajaan arab saudi dan kerajaan malaysia sendiri. dan turut mendapat lesen kelolaan haji daripada lembaga tabung haji. agensi yang saya kira sangat bagus. menyediakan pakej haji, umrah, ziarah, etc. servis yang disediakan memang berbaloi dengan apa yang dibayar. aktiviti yang disusun dengan baik. kakitangan dan pekerja yang cekap dan mesra. dan macam2 lagi.
ini semua mungkin hanya pandangan famili saya. tapi saya yakin ramai yang di luar sana pun berpuas hati dengan agensi ni. nak komen lebih2 pun x boleh jugak. sesiapa yang nak cuba servis rayhar, yang kalau x silap saya beroperasi di kemaman, kuala terengganu, kuantan, kuala lumpur, seremban, dungun dan shah alam, boleh klik sini ye.
Sunday, June 20, 2010
beliau.
special award untuk ayah
Selamat Hari Bapa buat semua beliau yang bergelar bapa @ ayah @ abah @ abi @ abuya @ walid @ papa @ papi @ daddy dan ape2 yang seangkatan dengannya.
Ucapan teristimewa buat En. Mohamad Azhar bin Mohamad Ishak. Ayah dan hero yang tersayang. Thanks for every single thing that u've done for us. U're the best dad, ayah!
Walaupun macam mana pun peribadi ayah kita, merekalah yang terbaik. Membesarkan dan mendidik kita dari kecil hingga sekarang. Dah besar walaupun mungkin x panjang. Hehe. Chill.
So, thumbs up untuk semua ayah2 di dunia! Tanpa mereka siapalah kita. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada. Dan yang paling penting, berbaktilah kepada mereka selagi Allah masih pinjamkan nyawa kepada kita sendiri. Sesungguhnya yang terbaik itu hanya dari Allah. Wallahu'alam.
17;23
Saturday, June 19, 2010
ketentuan.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Puji-pujian hanya untuk Allah.
Petang tadi selamat sampai ke rumah dari kampung di Perak. Syukur jugak segala perkara berkaitan pengkebumian tokwan jugak dah selesai semua. Cuma masih kesiankan ayah sebab x sempat nak menabur bakti yang terakhir buat tokwan. Sedih jugak sebab hanya keluarga kami yang x hadir pengkebumian tokwan. Jauh. Kami pun x menyangka tokwan akan pergi seawal ni. Ingatkan nak jenguk tokwan sehari lepas balik sini. Tapi semuanya dah tertulis. Tokwan pergi sebelum sempat kami balik sini. Moga arwah dirahmati dan dikasihi Allaw s.w.t. Al-Fatihah.
Terkilan jugak sebab tokwan x sempat tahu kakngah dapat offer medik di um. Tokwan teringin sangat nak sorang cucu yang amik bidang perubatan. Maap kaklong x teruskan hasrat tokwan. InsyaAllah kakngah akan sukses.
Ketentuan Allah pasti yang terbaik. Setiap sesuatu pasti ada hikmah. Moga2 kita semua jadi hamba yang redha dan bersyukur dengan setiap qada' dan qadar-Nya.
Asif ye kawan2 yang lain. X sempat nak check blog sorang2. insyaAllah, i'll try to keep myself updated k. Bagi yang sudi singgah odyssey, thanks a bunch. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah. Ameen.
Sayang semua lillahi ta'ala.
Wednesday, June 16, 2010
alhamdulillah.
Subhanallah. Alhamdulillah. Lailahaillallah. Allahuakbar.
In the name of Allah. The Most Gracious and The Most Merciful. Whom we pray for forgiveness and success, here and the day after.
Alhamdulillah. We arrived home few hours ago. Safe and sound, insyaAllah.
Syukur. Praised to be Him. For all that He gives. There are reasons for all that happened. Be grateful and strong. That's the best!
May we all blessed by Him. Allah The Almighty. Ameen.
Saturday, June 5, 2010
maap.
alhamdulillah. insyaAllah esok adalah waktu yang dinanti2kan. mintak maap@asif@sori@gomen@désolé@scusa@triste sume atas segala salah silap atau perangai yg x kena gaya. mintak halalkan sumenye ye. insyaAllah kalau de rezeki jumpa lg lain kali. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)