Sunday, February 28, 2010

laddu.



alhamdulillah. selamat dan sempat sampai ke kl dari kuantan. sampai2 je stesen u terus gerak ke rawang. pergi walimah adik kepada abang ipar nad. tujuan utama sebenarnye nak experience sendiri bagaimana rasanye walimatul urus golongan mamak a.k.a. india muslim. alang2 prepare untuk presentation titas sekali. oh ye. btw, kami buat tajuk mamak untuk titas nanti, insyaAllah.

best. excited. teruja. first time pergi kenduri yang macam ni. adat budaya mereka x lari daripada masyarakat melayu. cuma ade berapa2 part yang beda. lagu yang dimainkan x semua lagu pengantin baru. ade tu lagu tamil. memang x paham pun. tapi layan je la. pakaian mereka pun sebijik macam orang india biasa. pakai sari etc. tapi yang uniknye berselendang dan bertudung. yang tu memang x heran la sebab mereka pun muslim. bercakap pun kadangkala pakai bahasa tamil. hehe. ok la ha. ade lahi budaya mereka yang kami x sempat tengok. malam berinai. suapan gula buat pengantin perempuan. dan ade lagi la yang x berkesempatan. tapi kira ok la sebab nad pun dah cerita pada kami. lagi, makanan yang sedap. nasi beriyani maa. waahh. alhamdulillah.

untuk para tetamu pulak, mereka hadiahkan laddu. wah3. kalau orang melayu kita sinonim dengan bunga telur, mereka pulak bagi laddu. dapat 2 pulak tu. first time lagi. alhamdulillah saya suka. walaupun rasanye manis *nama pun manisan* dan saya x suka makanan manis, still boleh terima laddu ni. mungkin sebab bercampur rempah. cayalah.

pape pun, semoga pasangan ni bahagia dengan izin-Nya. dan semoga assignment titas kami sukses. AMIN.

(^_^)

walimah uploaded.

upload 3 je buat kenangan. yang selebihnye tu ade gambar kami. biarlah disimpan.
tema hijau n purple


maksu adik

maksu kakak

Friday, February 26, 2010

maulud rasulullah s.a.w.

salam maulidurrasul buat semua muslim yang dikasihi lillahi ta'ala. menyambut ulangtahun kelahiran orang yang sudah tiada. sungguh hebatlah orang yang bernama muhammad bin abdullah. hatta orang barat pun menobatkan baginda sebagai orang paling hebat dan berpengaruh di dunia sepanjang kewujudan manusia kat muka bumi ni. satu dunia menyambut ulangtahun kelahiran baginda walaupun baginda sudah lama wafat. alhamdulillah syukur kita semua terpilih untuk menjadi umat nabi muhammad s.a.w. walaupun kita sebenarnye dihadapkan dengan pelbagai macam dugaan yang kadangkala kita x tahu dan x rasa pun. ye laa. zaman IT ni macam2 ade. jadi berpegang teguhlah pada ajaran Allah dan rasul-Nya yakni nabi muhammad s.a.w. post kali ni bukan nak berceramah atau ape. cuma sebagai peringatan buat semua, insyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu.
(Surah Muhammad: Ayat 33).

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

(Surah al-Hasyr: ayat 7).

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 56).


Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim).

Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).


nota kaki : teringat sambutan maulidurrasul masa zaman sekolah dulu. buat sepanduk dan berarak satu kampung sambil berselawat. waahh. rindu zaman2 tu.

Thursday, February 25, 2010

25 februari 2010.

alhamdulillah. hari yang baik dengan hendak-Nya.

mula2 sekali nak ucap selamat ulangtahun perkahwinan mak dan ayah yang ke 20. happy 20th anniversary. adoyai. dah 20 tahun? alhamdulillah keluarga kami bahagia. semoga mak dan ayah juga begitu sampai bila2. insyaAllah. kaklong, kakngah, kakchik & jiha love you so0o much.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah bertambah-tambah dan menyusukannya dalam usia 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu danm kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Luqman;14)

lagi, hari ni hari terakhir minggu perpaduan anjuran jkp balai islam kk3. malam ni pun ade majlis penutup. syukur. dapat join kuiz walaupun separuh jalan je. syukur disedarkan bahawa ilmu kat dada ni ciput je. dah la tu kurang melekat pulak. mari mujahadah! lagi syukur sebab dapat test kebolehan diri sendiri jadi mc masa busana muslimah. first timer ye. mc tangkap muat pulak tu. hehe. ok je la. bidan terjun pun sekali-sekala je. overall memang bagus. projek balai yang memang sukses. walaupun mungkin masih di peringkat anak lagi, boleh dipertingkatkan. insyaAllah. moga2 dapat jadi aktiviti tahunan. both thumbs up!!!

hari ni jugak dapat balik rumah. setelah x balik bainati jannati masa cuti seminggu dulu. tapi sayang terlepas majlis penutup mp. tapi xpe la dah balik pun. ikut prioriti memandangkan memang kena balik atas urusan keluarga. alhamdulillah dah selamat sampai pun.
^_^

Sunday, February 21, 2010

operasi khidmat masyarakat.

alhamdulillah. baru sampai kolej dalam pukul 9.20 tadi. selamat pergi dan balik daripada opkim 09/10 selama 5 hari 4 malam di kg batu malim, raub, pahang. 17-21 februari 2010. masyuk. walaupun x sempat balik rumah cuti ni. memang berbaloi gi opkim ni.

nak cerita panjang pun susah. banyak sangat nak tulis. senang cerita ringkaskan je la.

famili opkim yang best. saya dapat kenal dan baik dengan beberapa orang student 3rd yang kami x pernah pun bercakap sebelum ni masa aktiviti dalam kumpulan. x terkecuali beberapa orang senior. kira ok la kan. boleh eratkan silaturrahim. bukan je dengan ahli keluarga angkat, tapi dengan ahli opkim ni sendiri. moga2 hubungan ni x terhenti sampai habis opkim je, insyaAllah.

famili angkat yang baik. mak, abah, kakde, abangde, long, kakyong, abangngah, amri, ila, lia, makde, shasha. both thumbs up. layanan mesra. sepanjang 5 hari ni kami asyik makan makanan kampung je. ulam jantung pisang dan pucuk betik. sambal belacan dan budu. macam2 jenis gulai. dan x lupa sambal dan gulai aserong. *kalau x silap la spelling ni* . mula2 memang x tahu menahu pun pasal menda ni *buat malu orang pahang je* . tapi last2 dapat belajar daripada cara nak membuat sampai la memasak guna aserong ni. hehe. x cukup dengan tu, belajar buat lepat pisang dan ubi ketuk. waahh. memang masyuk. dah cukup syarat nak kawen la kut. hehe. abaikan. x cukup dengan diajar skill memasak. kami diberi pinjam kereta la. motor la. memang best. merempit dalam kawasan kampung. dan paling x lupa kereta terundur masa naik bukit. dan ade masa yang hampir nak jatuh gaung. naudzubillah. memang cuak. tapi pengalaman. orang lain x merasa tapi kami ye. alhamdulillah semua selamat. huhu.

aktiviti yang berpatutan. memang mantap. cuma satu je masalah timing yang memang tipikal. tapi xpe la. hal dah lepas. yang penting, sukaneka dan explorace memang masyuk. masuk keluar sungai je kerja kami. waahh. mantap laa. memang puas hati. plus, dapat kenal rapat dengan orang2 kampung. cayalah. hehe. bakti kami tabur dan gotong-royong pun ok. cat mengecat. bersih membersih. memang sesuai la dengan nama operasi khidmat masyarakat. selain tu, lawatan ke perkampungan orang asli dan teknology park. dan x lupa kem IT serta program fasi bersama murid2 darjah 6. lagi satu x tinggal, makan2 dan malam kebudayaan. hehe. ok la ha.

masa yang terluang pulak kami habiskan dengan berjalan2 di pekan raub dan main air di lata lembik. kredit to ifa yang sudi drive. syukran ye. hehe. memang superb. especially masa main air di sungai lata lembik. sejuk sampai mengigil. waahh. xde perkataan lain dah. memang mantap.

tu je kut. gambar x upload lagi. hehe. x sabar. belajar banyak benda. dan yang paling penting sekali pengalaman. memang x boleh lupa. ape2 pun, moga kami semua dapat sesuatu daripada semua ni. insyaAllah. macam biasa. yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan ok.

mesra berkhidmat
menjulang masyarakat

Tuesday, February 16, 2010

walimah maksu2 tersayang.

alhamdulillah. tanggal 14 februari 2010 *ni bkn nk sambut valentine ye* , maksu kakak dan maksu adik selamat dinikahkan oleh tokwan di masjid belakang rumah. syukur sangat2. memang dah jodoh mereka. cantik setiap apa yang Allah tentukan tu. sudahlah maksu kembar. kahwin pulak sama2. sudah ketentuan qada' dan qadar. kami sekeluarga bahagia. cuma sekarang sangat berharap tokwan dan tok ok2 saja bila maksu dah pindah keluar dari rumah.

best2. satu famili balik. daripada adik-beradik ayah yang 9 orang. sampai la cucu2 dan cicit2. kalau x silap, 51orang cucu yang ade masa walimah haritu. tu pun x campur abang abas dan wife die. kalau x dah 53orang cucu. tambah pulak 5 orang cicit. wah3. what a big family i got. sayang gambar dalam kamera x upload lagi. kalau x boleh post gambar2 hari tu kat sini. tp xpe laa. belum rezeki.

kenduri yang meriah. kami pun x lepas tangan. sibuk satu rumah. yang penting silaturrahim kami semua bertambah rapat. saya pun memang hepi sebab dapat berbual sakan dengan sepupu2 yang saya kurang rapat dan jarang berjumpa. memang best hangout sama2 bila dah ramai macam ni. waahh. kaklong sayang kamu semua.(^_^)

nota kaki : saya pakai inai atas sebab2 perubatan. jangan tanya lebih2 ye.

si andre punye pasal.


hari sabtu lepas kami sekeluarga breakfast di craven cafe di bukit antarabangsa sebelum bertolak balik ke perak. perkara biasa la tu sebab semua orang pun pergi breakfast. tapi yang kurang biasanye, kami jumpa pierre andre. wah3. kakngah punye la excited sebab die memang suka pierre. kami pulak excited sebab kakngah excited. hehe. artis yang sporting dan x sombong. ok la ha. kakngah sanpai merayu-rayu supaya saya ambilkan gambar die dengan hero filem jangan tegur ni. dengan rasa sedikit izzah (sbb kakngah ckp 'please' dpn pierre membuatkan sy jdi org yg penting wlupn tukang tgkp gmbr je) , saya pun bangun dengan malasnye (sbb x sempat mkn sesuap pn roti pisang masa tu) . snap la 2 gambar. kakngah punya la hepi. siap cakap direct lagi, "awak ni hensem la.." . pierre pun sengih je. hehe. mood kakngah sangat2 la baik hari tu. mak dan ayah pun x habis2 usik kakngah. lagi2 bila nampak pierre dalam iklan cny kt tv3 tu. balik2 rumah makngah, kami pun story2 laa. makngah pun gelak besar. rupa-rupanye ayim dan apis pun jumpe pierre jugak. tapi kat 7eleven la. masa tengah que nak bayar barang apis cakap, "abang, jangan pandang belakang.." . pierre terus pandang belakang dan senyum je. lawak2. ayim pulak tegur, "eh abang, xkan minum air mineral je.." . pierre jawab, "xde duit la adik.." . hehe. lebih kurang laa. si andre punye pasal, famili saya hepi.
(^_^)

Friday, February 12, 2010

jumaat.

cik najwa najihah, saya pinjam tajuk kamu ye..:)

alhamdulillah. jumaat datang lagi. bersyukur sebab masih dapat melalui penghulu segala hari ni lagi. hari yang penuh hikmah. hari yang pasti kiamat akan berlaku. dan x lupa, hari yang memang disenangi oleh hampir setiap orang. ye laa. boleh relax2 sikit time weekend, betul x??

hari ni jugak saya ade dental appointment yang menggerunkan tu. huhu. tp alhamdulillah. puas hati. doktor yang peramah. servis yag baik. thumbs up laa. hehe.

hari ni start cuti mid semester. moga2 cuti ni membawa hal2 yang bermanfaat. walaupun x balik bainati jannati nun di kuantan, saya tetap excited nak cuti. waktu lapang terakhir sebelum separuh mati nak siapkan 5 assignment yang bertimbun tu. fight-oh uh!!!

nota jumaat khas untuk para rijal:

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

wilson six.one comp.


minat sukan yang dinamik dan selalu berubah. cinta terbaru saya yang baru dihakmilik tadi. moga berbaloi.

Thursday, February 11, 2010

penting!!!

saya harap kawan2 dapat baca post ni. termasuklah yang follow odyssey senyap2. xpe. saya faham kenapa kamu2 sembunyi2. insyaAllah akan ade yang baik dalam semua ni.

mula2 saya nak mintak maap. andai ade entri2 saya yang telah menimbulkan kekecohan atau ape2 isu yang kurang disenangi. saya sedar odyssey bukan blog yang sempurna. mata. hati. pemikiran. sekali lagi saya ingatkan. blog ni cuma sedikit perkongsian daripada saya yang kerdil ni. to keep my friends updated about me.

highest apology. terutama kepada pihak yang terlibat dengan majlis yang akan diadakan di palace nanti. saya x pernah terdetik dan xde sikit niat pun nak menyusahkan kamu semua. ape lagi mengatakan hal2 yang x baik pasal majlis ni.

saya nak jelaskan isu halal mengenai entri saya beberapa hari lepas. semua ni cuma pendapat saya yang masih kurang ilmu di dunia ni. saya x menuduh, apatah lagi menjatuhkan hukum. saya x kata makanan di palace x halal *lau x caye, tgk balik entri yg lpas* . saya tahu, palace x tersenarai dalam hotel yang mendapat pengesahan jakim. tapi tu x bermaksud makanan kat sana x boleh dimakan. alasannye, palace x minta pun pihak jakim untuk keluarkan surat pengesahan halal di sana. tolonglah faham. xde pengesahan halal, x bermaksud konfem haram. kalau kita tengok dalam hidup kita hari2 pun. semua makanan yang kita beli tu ade pengesahan halal ke??

saya minta kawan2 fikir betul2. xpe walaupun kejap je. saya pasti. yakin. sure. confirm. kawan2 adalah golongan mahasiswa mahasiswi terpelajar. boleh buat pertimbangan atas ape yang kita semua dengar. lihat. tahu. kalau masih ragu2 (mcm sy sndri), boleh terus berhubung dengan pihak jakim atau persatuan pengguna pulau pinang. saya pasti ade penjelasan yang baik untuk masalah ni. semuanye bergantung kepada diri sendiri je. nak ke x??

bukan senang nak manipulasi saya. jadi saya harap, kawan2 dapat jumpa saya secara baik (mcm sorg abg tu) jika masih ade salah faham. nanti kita boleh sama2 usahakan ape yang termampu k.

nota kaki : terima kasih sebab concern. ambil berat dan ambil tahu. sangat menghargai. (^_^)

Wednesday, February 10, 2010

curi2.


today i caught someone who invisibly follow my blog. pelik. kenapa x terang-terangan je? and the further part is, recently i just got to know that there're more people following my blog without me, knowing who they are. i'm deadly hoping that you guys are x stalkers. menakutkan tahu. andai saya ade terbuat salah pada siapa2, saya minta maap. saya x tahu. unless you tell it right to my face. kamu tahu saya boleh terima teguran. jangan hendap2 ok. and if you were to have things to say to me, jangan malu2. cakap je. saya bukan kanibal ye. x makan manusia pun.

Monday, February 8, 2010

peringatan.

"dan di antara manusia itu, ada yang pelupa..."


alhamdulillah. syukur rasanye bila punya kawan2 yang selalu ingatkan kita bila2 masa lupa. leka. lalai. lagha. alpa. kredit kepada kamu semua kawan2 saya. sayang kamu lillahi ta'ala.

memang fitah manusia a.k.a. insan. pelupa. saya x terkecuali. adekah sebab neurone kurang efektif? atau otak saya dah sarat dengan hal2 duniawi? huhu. naudzubillah. minta dijauhkan daripada terlalu kejar dunia sampai lupa akhirat.

cerita beliau. seorang sahabat yang pernah saya mention dalam blog ni masa saya mula2 aktif dulu. antara competitor saya dalam kelas bi masa di lower form dulu. pencinta seni yang saya kira banyak berubah. perubahan yang baik, insyaAllah. walaupun saya rasa probability kamu baca post ni 1% (sebab saya dah tukar url dan kamu mungkin x update), saya tetap selalu follow kamu. terima kasih dan ape2 je yang seangkatan dengannye sebab post entri2 yang no doubt, memang bermanfaat. saya harap kamu istiqamah. konsisten dengan penulisan kamu.

ingatkan saya bila saya lupa. tarik saya bila saya jauh. tetapkan saya bila saya goyah.

Sunday, February 7, 2010

MAK

letak gmbr kuda. segan letak gmbr sndri.

malam anugerah kurshiah fasa 1. mula2 agak berkira-kira nak datang. tapi last2 datang jugak. overall memang ok. best. tema garden. hijau putih. cool weyh. hehe. nak upload gambar. tapi bila fikir2 balik, x perlu la kut. biarlah ape yang kami pakai malam tu secreto de amor.

puas hati la jugak walaupun saya tahu, fasa 1 x se'grand' fasa 2. fasa 2 di palace of the golden horses. alaa. tempat yang banyak kuda, orang selalu pose tangkap gambar tu. orang kata rugi x datang. "ye la, ko kan dah bayar rm100 untuk dinner2 ni.." . ouh xpe lah. kalau pihak MAK dapat kemukakan surat pengesahan halal makanan kat sana, insyaAllah saya gi. plus, saya mungkin ade hal hari tu. lagipun kalau nak kata saya rugi sebab buat kat 5 star hotel, saya dah pernah pergi pun hotel ni. siap bermalam lagi kat sana. kira xde la rasa rugi sangat.

pape pun,semoga semua pandai jaga diri bila ade menda2 dinner macam ni. moga pegangan x tergugat. moga iman masih kuat. moga segalanye yang terbaik.. (^_^)

nota kaki : teringin nak main kuolintang. siapa nak ajar??

Saturday, February 6, 2010

kembali.


pokok yang subur, segar.. moga2 saya juga macam tu.. alhamdulillah, dapat jugak update blog ni.. huhu.. dah lebih seminggu x post pape.. lately bz dengan test sana sini.. assignment yang 5 tu pun still dalam progress.. dua tiga hari ni pulak x sedap badan.. panas. kebah. panas. kebah. tapi alhamdulillah hari ni dah x demam.. teringat pulak lagu muhasabah cinta daripada edcoustic.. harap2 ape yang disampaikan dalam lagu ni, memang terjadi pada saya *sakit yg ku rasa biar jadi penawar dosaku * .. insyaAllah..
dua tiga hari i jugak la satu kampus um xde air.. wo0hoo.. memang ujian.. harap2 hari ni supply air akan seperti sediakala.. *baru reti ni brsyukur bila dah xde* .. penat angkut air dari jauh.. awal2 baldi penuh.. sampai toilet, dah tinggal separuh.. huhu.. kesengalan melanda~
maap kepada kawan2 kaki blog yang lain.. sowi x dapat follow up cerita kamu2 semua.. tp xpe.. i'll try and keep myself updated k.. tunggu~