Friday, February 26, 2010

maulud rasulullah s.a.w.

salam maulidurrasul buat semua muslim yang dikasihi lillahi ta'ala. menyambut ulangtahun kelahiran orang yang sudah tiada. sungguh hebatlah orang yang bernama muhammad bin abdullah. hatta orang barat pun menobatkan baginda sebagai orang paling hebat dan berpengaruh di dunia sepanjang kewujudan manusia kat muka bumi ni. satu dunia menyambut ulangtahun kelahiran baginda walaupun baginda sudah lama wafat. alhamdulillah syukur kita semua terpilih untuk menjadi umat nabi muhammad s.a.w. walaupun kita sebenarnye dihadapkan dengan pelbagai macam dugaan yang kadangkala kita x tahu dan x rasa pun. ye laa. zaman IT ni macam2 ade. jadi berpegang teguhlah pada ajaran Allah dan rasul-Nya yakni nabi muhammad s.a.w. post kali ni bukan nak berceramah atau ape. cuma sebagai peringatan buat semua, insyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu.
(Surah Muhammad: Ayat 33).

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

(Surah al-Hasyr: ayat 7).

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 56).


Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim).

Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).


nota kaki : teringat sambutan maulidurrasul masa zaman sekolah dulu. buat sepanduk dan berarak satu kampung sambil berselawat. waahh. rindu zaman2 tu.

2 comments:

  1. salam..
    wah2..dlm byk2 yg ko tulis tu aku tertarik yg kt nota kaki tu je..kejam ke aku? huhu~

    insyallah..same2 kite semarakkan SUNNAH yang kian d lupakan

    ReplyDelete
  2. salam..hehe..xpe2 najwa..memahami~

    ReplyDelete