Friday, February 12, 2010

jumaat.

cik najwa najihah, saya pinjam tajuk kamu ye..:)

alhamdulillah. jumaat datang lagi. bersyukur sebab masih dapat melalui penghulu segala hari ni lagi. hari yang penuh hikmah. hari yang pasti kiamat akan berlaku. dan x lupa, hari yang memang disenangi oleh hampir setiap orang. ye laa. boleh relax2 sikit time weekend, betul x??

hari ni jugak saya ade dental appointment yang menggerunkan tu. huhu. tp alhamdulillah. puas hati. doktor yang peramah. servis yag baik. thumbs up laa. hehe.

hari ni start cuti mid semester. moga2 cuti ni membawa hal2 yang bermanfaat. walaupun x balik bainati jannati nun di kuantan, saya tetap excited nak cuti. waktu lapang terakhir sebelum separuh mati nak siapkan 5 assignment yang bertimbun tu. fight-oh uh!!!

nota jumaat khas untuk para rijal:

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

2 comments:

  1. slmt bercuti dan selmt pergi menimba ilmu dan penglmn msa opkim nnt..

    ReplyDelete
  2. ye sue..insyaAllah..sue pn sama k..:)

    ReplyDelete