Tuesday, December 13, 2011

sup ayam untuk jiwa.


alhamdulillah. teguran dari Dia. bahagia :)


ok lately selalu hujan. mendung. gloomy je. sesuai sangatlah sup ayam yang panas lagi menyegarkan. sup ayam untuk jiwa ok. kamu ada?

kakak muharikah kata ujian Allah itu tailor-made. nice and fit gitu. ok saya akur. perancangan Dia memang the best. nikmat yang diberi adalah rahmah dari Dia. musibah yang diterima juga adalah rahmah dari Dia. harapnya saya pass dengan warna berterbangan. ameen. terima kasih Allah.

cuma terkesan dengan himmah seseorang. syafakallah ya akhi. diuji Allah dengan nikmat sehat. sekarang di icu tapi masih lagi kerja keras menyusun batu dan menyambung rantai. katanya:

Allah sayang..

masyaAllah. reflect pada diri sendiri. apa lagi alasan yang nak bagi? istighfar wahai diri.

Or do ye think that ye shall enter the Garden (of bliss) without such (trials) as came to those who passed away before you? They encountered suffering and adversity, and were so shaken in spirit that even the Messenger and those of faith who were with him cried: "When (will come) the help of Allah." Verily, the help of Allah is (always) near!
(Al-Baqarah;214)

Sunday, November 20, 2011

words of wisdom.


"Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh
harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …"
(KH Rahmat Abdullah)

diari : Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. saya dan kamu. kita tersadung dahan yang berbeza. cara yang berbeza. tapi tujuan kita sama kan? saya mungkin ikut jalan darat. kamu ikut jalan laut. tapi destinasinya tetap sama. kita bersaudara kerana Dia :)

Thursday, November 17, 2011

cerita cinta.


salam dan christ (dua watak hidup) dalam cerita dahulu kala:

"christ, i got a present for you. happy birthday."

"thanks salam. how kind of you. you don't have to this you know. even a wish will make me happy."

"yup. i don't have to but i want to. that's what islam teaches me."




ok sangat manis! islam yang menyeluruh. bagi hadiah pun diajar. itu sunnah ok. sangat best!

“Salinglah memberi hadiah antara kalian, niscaya kalian akan saling mencintai.“
[H.R. Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani ]

tapi selain tu ada yang wajib. apa tu? cuba teka?

D****H

muslim? non-muslim or not yet a muslim? tanggungjawab itu selalu ada. tinggal kita yang nak buat atau x. perkara-perkara simple pun boleh. qudwah hasanah. even that counts, ok?

peluang selalu ada. tinggal kita nak rebut atau x. fastabiqul khairat.

Saturday, November 12, 2011

...


oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
moga sinar-Mu berikanku pedoman
hanya pada-Mu segala ketetapan

seandainya diri ini
mampu untuk meraih cinta dan keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

suka saya katakan lirik ni memang best. pinjam jap ye devotees.

alhamdulillah. masih bertatih-tatih dengan pengurusan masa. so far so good. kamu? how's life? insyaAllah, semuanya yang terbaik untuk kita. live life for Allah, ok? jia you!

Sunday, October 30, 2011

cry me a river.


busy?
study?
kerja?

ok BERHENTI! sila hantuk kepala ke dinding jika ada banyak alasan. NO excuses!

pesan orang tersayang:

"jika punya apa-apa masalah, yang perlu diselesaikan bukan masalah itu, tapi selesaikanlah masalah hubungan kita dengan Allah."

T_T

Saturday, September 24, 2011

mencari yang sederhana.


modesty.

bak kata iwan :

yang sedang-sedang saja..

menjadi yang sedang-sedang. mencari yang sedang-sedang. menjadi yang sederhana. mencari yang sederhana. menjadi yang pertengahan. mencari yang pertengahan.

kerana sederhana juga indah.

Friday, August 19, 2011

muhasabah ramadhan.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (2;183)

main aim adalah taqwa. dapatkah? jumpakah?


alhamdulillah. masih diberi kesempatan menempuh hari-hari ramadhan sampai saat ni. sudah masuk fasa ketiga. pelepasan dari azab neraka. bagaimana pula dengan rahmah dan keampunan dari Allah?
tepuk dada, tanya diri, tanya iman.

ok. sekarang mode muhasabah ramadhan. boleh google lagu dan video muhasabah ramadhan ye. yang paling penting introspeksi diri! check and recheck.

masih mengejar. mari kejar sama-sama. moga Allah redha :)

Wednesday, August 3, 2011

we give as we learn.

fundamental techniques in handling people:

principle #1
don't criticize, condemn, nor complain

principle #2
give honest and sincere appreciation

principle #3
arouse in the others an eager want

tips DF paling klise tapi sangat berkesan sempena ramadhan ni:
masak sendiri dengan penuh kasih sayang untuk adik-adik, lillahi ta'ala :)

boleh google:
bagaimana menyentuh hati by abbas as-siisi
isti'ab by fathi yakan

Monday, August 1, 2011

screen!


screen yourself before its too late!
alhamdulillah.
we have ramadhan :)

Sunday, July 31, 2011


fuhh! fuhhh! fuhhh!

mereka kata:

SEBARKAN CINTA

alhamdulillah. meski dihujani persoalan dan kritikan. yang semuanya kerana cinta. ana tabayyun.

moga Allah redha. jazakillah antunna :)

Friday, May 20, 2011

curtain might fall.


alhamdulillah. 2-3 hari ni rasa lebih segar. kurang sihat sejak balik rumah ahad yang lepas. jadi teringat pada kata-kata iqbal syarie:

"Allah jadikan demam agar manusia berehat daripada terus-terusan berbuat maksiat. Benar atau tidak?"

bagi saya ada benarnya. hamdalah. muhasabah sendiri T_T

nikmat Allah yang mana satu yang kamu nak dustakan? banyak kali disebut dalam surah ar-rahman. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. mungkin kita x menidakkan. tapi kita seringkali lupa. betul kan? contoh paling dekat, bila dah sakit ni baru ingat rasa nak bersyukur jadi sihat. huhu. sentiasa beringat-ingat. moga sakit ni jadi kifarah dosa yang bertambun ni. ameen.

mode=semester break

hmm. ataupun ni lebih betul?

mode=tarbiyyah dzatiyyah

yup. tu lebih tepat. mendidik diri sendiri. huhu. ni pasti lebih susah. jauh lebih susah daripada jawab exam hari tu? erk. abaikan. yang penting apakah persiapan kamu untuk cuti ni? eh bukan! apakah persiapan saya untuk cuti ni?

cintaku seharusnya kepada apa yang mendekatkanku kepadaMu

sungguh kan? cukup ke setakat checklist yang kamu fikir dapat manfaatkan masa kamu tu? tabayyun fareha. huhu. mungkin checklist sudah panjang. tapi belum tentu dapat dihabiskan. dan belum tentu dapat maintainkan diri sendiri! huhu. beramallah dengan apa yang kamu imani. moga mutabaah amal kamu x gersang.

ok cukup. x mahu entri panjang-panjang. siapa je pun yang suka entri berjela-jela kan? saya sendiri sejujurnya x berapa gemar. huhu. cuma mahu beritahu, ni adalah entri last odyssey di sini. lepas ni akan pindah ke rumah baru.

kenapa tukar atau apa-apa soalan pun yang ada biarlah disimpan. odyssey will still exist in blogspot. x akan di delete seperti my life journal. cuma macam mana nak keep updated dengan blog lain saya belum tahu. insyaAllah akan diusahakan supaya saya x tertinggal entri-entri kamu semua.

diari : pasti rindu nak menulis di sini. insyaAllah, masih kekal kita berukhuwwah fillah. barakallahuminkum :)

Saturday, May 14, 2011

hujung-hujung.


sudah boleh berblog [mode=jiwa tenang]

alhamdulillah. exam untuk sem 4 dah pun berlalu. excel atau x? tu semua kerja Allah. yang penting kita usaha. betul x? serahkan sepenuhnya pengharapan dan pergantungan pada Allah. yup. tu tawakkal namanya. moga tawakkal kita adalah sebenar-benar tawakkal. ameen.

teringat pulak pasal D.U.I.T. yup. mesti ramai dah familiar dengan D.U.I.T. kan?

D=doa
U=usaha
I=istiqamah
T=tawakkal

hmm. sebenarnya turutan ni x betul. teringat jugak pasal krisis konsep tawakkal kat kolej waktu final exam sem lepas. x perlu cerita lebih. main pointnye kat sini, tawakkal tu seharusnya diletakkan yang paling awal. yup. tawakkal datang sebelum doa, usaha, istiqamah. hmm. macam mana pulak tu? xkan belum usaha nak berserah je?

sedikit pencerahan sekadar sedinar dua daripada diri yang kurang ilmu ni. andai salah, minta tegurkan ye.

tawakkal tu patut dihadirkan paling awal antara semua sebab kita memang patut berserah diri pada Allah. harus redha akan semua yang dah ditakdirkan. baru boleh teruskan dengan doa, usaha dan istiqamah. kerana apa?

kerana risau terlintas kat hati kotor ni, berjaya disebabkan usaha sendiri. dapat dean list sebab berkampung kat library sampai x sempat makan dan sebagainya. dapat score A memanjang sebab stay up untuk study tiap-tiap malam. heh. sila jangan perasan ye. semuanya sebab Allah yang nak bagi. kualiti lebih prior berbanding kuantiti. kalau study sampai berjanggut tapi barakah tu xde, rugi sendiri je. huhu.

peringatan penting untuk diri sendiri dan semua yang membaca. tawakkal tu no.1! tapi jangan pulak lupa pada D.U.I. insyaAllah segala yang terbaik tu datang dari Dia.

diari : tajuk hujung-hujung sebab hari ni last berada di kolej kediaman ketiga tuanku kurshiah, universiti malaya. dan mungkin juga hujung-hujung untuk odyssey. apa-apa pun, hadapi harimu dengan jiwa yang tenang (89;27-30). kerana dirimu begitu berharga ^^

Tuesday, May 10, 2011

satu lagi :)


alhamdulillah. one more left *enthusiastic* . go paper genetic!

diari : sudah berkira-kira macam mana nak manfaatkan cuti ni. check and recheck! dah panjang list ni rupanya. boleh tambah lagi kalau mampu, insyaAllah :)

Sunday, May 8, 2011

dia yang satu tiada dua.


pesanan sebelum teruskan pembacaan. sila selidik dahulu bagaimana terciptanya hari ibu. bagi odyssey, everyday is a mother's day. saya x mahu terlibat dalam apa-apa x jelas asal-usulnya. cuma hari ni mahu share rasa hati mengenai mak, since hari ni banyak sangat dengar words mak, ibu, ummi, mama etc.

"mak, kelas kaklong pukul 5 ni cancel. nak drive balik rumah (kuantan) sekarang boleh?"
"eh? xyah la. dah nak malam ni. lagipun kereta tu mana tahan."

"mak, kalau kaklong x dapat stay kolej, boleh duduk luar?"
"xyah la. x selamat. duduk dalam kawasan um je la. try mintak kolej lain dulu."

"mak, cuti ni kaklong x dapat buat LI (praktikal). banyak masa free. boleh kaklong pergi kursus intensif bahasa arab sebulan kat mesir?"
"mesir? tempat orang gaduh-gaduh tu? xyah la kaklong. kt uia (kuantan) kan ada."

kaklong sedar. terkadang keinginan kaklong x berpada-pada. kaklong akui sesekali kaklong buat mak risau. tapi kaklong tahu mak sentiasa percaya kat kaklong.

"mak, kawan kaklong ajak piknik (rehlah) kat TC (teluk cempedak). boleh?"
"ok. pergi la."

"mak, lepas exam nanti kaklong ada program (daurah). boleh balik lambat sikit?"
"program? ok je."

kami semua x dibesarkan dalam suasana dakwah dan tarbiyyah terbentang depan mata. tapi hakikatnya mak tahu kaklong join usrah-usrah ni semua. mak mungkin x paham sepenuhnya jalan yang kaklong pilih ni. but still mak benarkan. terima kasih mak.

mak dan saya. tinggi lebih kurang sama. like mother, like daughter ;)

satu perkara yang best. mak selalu tahu apa yang kaklong rasa, insyaAllah. x perlu cakap mak dah sedia maklum. x perlu cerita mak dah paham. kuasa seorang ibu. tengok muka dan dengar suara anak dia pun dia dah dapat detect apa yang anak dia rasa. subhanallah.

mak,

jasa mak hanya Allah yang boleh balas dengan imbalan yang sepatutnya. moga Allah benarkan kaklong berbakti pada mak dunia dan akhirat nanti.

diari : entri ni mungkin kedengaran bias. huhu. tapi percayalah! ayah jugak sama. kurang berbeda. cuma entri ni khas untuk meraikan hari ni, yang banyak disebut mengenai mak :)

Friday, May 6, 2011

hud-hud.


alhamdulillah. masih diberi keizinan. alhamdulillah. hari ni cerita pasal hud-hud lagi. hehe. sila jangan bosan ye dengan hud-hud.

saya mahu entri sama macam kak ramlah dan cik mus'ab. ta'aruf dengan salahuddin dan adeeyat. jadi, kali ni ta'aruf pulak dengan hud-hud.

menjadilah aku dan kamu laksana hud-hud di zaman sulaiman a.s. proaktif menjalankan perintah Allah. ameen.

kamu kecil. ye. x sehebat DAK dan yang lainnya. tapi saya sayang kamu. sila jangan sakit lagi ye.
moga saya x salah gunakan kamu. moga saya manfaatkan kamu.
terima kasih Allah! terima kasih mak ayah!

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
(Az-Zukhruf;13/14)

Wednesday, May 4, 2011

bacteria and viruses.


~by dragonartz

alhamdulillah. selesai paper ketiga pagi tadi. paper bacteriology. alhamdulillah juga. rasa perform lebih baik untuk paper ni berbanding dengan paper virology yang lepas. tapi kita x tahu kan? boleh jadi yang dapat buat lebih baik tu, x dapat score yang kita harapkan. dan boleh jadi yang rasa x dapat buat dengan baik tu, yang dapat score lebih baik. wallahu'alam. apa-apa pun, tu semua kerja Allah kan? yang penting kita tawakkal dan usaha. pasal result nanti lain cerita. huhu.

ok. sikit sharing buat yang mungkin blurr-blurr lagi. tapi kalau kamu future microbiologist, jangan blurr-blurr jugak ye :)

bacteriology = study of bacteria
virology = study of viruses

bacteria bukan virus? bukan. bukan. generally, bacteria adalah hidupan tapi virus bukan hidupan. currently yang pasal kematian kat pulapol tu adalah disebabkan oleh virus adenovirus. tapi kematian yang disebabkan demam kencing tikus tu disebabkan oleh bacteria Leptospira spp. saiz virus jauh lebih kecil berbanding bacteria, kira-kira 10-300 nanometer. ok x boleh ambil pembaris untuk ukur ye. lagi, bacteria bawa manfaat dan mudarat tapi virus hanya mendatangkan mudarat pada hidupan lain. saya pernah cerita pasal hal ni pada seorang adik comel. so, konklusi yang dibuat oleh adik comel ni,

"bacteria ni macam jin sebab ada yang baik, ada yang jahat."
"virus ni macam syaitan, semua pun jahat."

hmm. kata-kata adik ni ada benarnya. tapi saya x berani nak komen lebih-lebih. sebabnya, kamu tahu? semua benda yang Allah ciptakan untuk kita kat atas muka bumi ni ada gunanya. macam kita x diciptakan sia-sia.

"Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya."
(Ad-Dukhan 44;38)

cuba fikir. kalau xde virus, xde la penghasilan vaksin kan? kalau xde penghasilan vaksin, xde la kajian untuk menghasilkan sesuatu bahan yang dapat mencegah penyakit. bak kata orang putih, prevention is better than cure. bukan dah terhantuk, baru terngadah. nah, kan bagus tu. subhanallah.

diari : teringat kata-kata dr. chan,

"this is what i like about microbes. unlike human, they don't scream when you cut or burn them."

insyaAllah mungkin inilah hikmahnya saya x memilih jalan perubatan. tapi tetap dengan jalan yang dipilih oleh mak. microbiology :)

Sunday, May 1, 2011

activated.



lepas lebih 4 bulan deactivated *hoo bukan sesuatu yang membanggakan*.
facebook saya diaktifkan kembali. mungkin ramai akan tanya,

"kenapa sekarang?"

saya nak pinjam kata-kata kata encik hirman,

"xde masa yang sesuai"

ye. saya tahu sekarang exam. tapi x exam bukan sebab untuk boleh berfacebook. dan exam bukan sebab untuk x boleh berfacebook.

diaktifkan untuk saya membuktikan sesuatu pada diri sendiri *insyaAllah sukses*.
fareha, sila mujahadah! *dalam usaha menyempurnakan muwasoffat tarbiyah*.

diari : bakal diactivate lagi. sementara waktu ni, boleh link dan bina ukhuwwah sebanyak mungkin. jadi, boleh la keep in touch sebelum deactivate ye :)

Friday, April 29, 2011

self-motivation.


"If you are looking at the sun, you will seldom see the shadows."
~helen keller

diari : bila rasa tense, mula blog walking mencari [ p=mv ] :)

Wednesday, April 27, 2011

khas :)


entri ringkas tapi istimewa buat kamu. yup. kamu la, siapa lagi :)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa"
(Al-Hujurat 49;12)

memang susah nak rasa indahnya husnuzon. sebab ia x senang diamalkan. tapi once dah start, insyaAllah semuanya akan jadi lebih mudah.

chill la sahabat. nilaian manusia kat dunia ni je. nilaian Allah sampai akhirat nanti. Dia Maha Tahu apa yang kita zahirkan, even apa yang kita sembunyikan.

harapnya bila diuji, kita beramal dengan kata-kata kita. ameen.
uhibbukunna fillah :)

Sunday, April 24, 2011

...


sekali lagi, insyaAllah..

hubungan etnik - 25/4/11
virology - 28/4/11
bacteriology - 4/5/11
microbial ecology - 10/5/11
genetic microbiology - 13/5/11

setelah dibulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. then berusaha! kita merancang, Allah merancang. tapi Allah Master Planner. so, semua outcome pasti yang terbaik! insyaAllah, bittaufiq wannajah fi imtihan fiddeen fiddunya wal akhirah. jia you! :)

Wednesday, April 20, 2011

mereka.


melihat mereka, hati berbunga. melihat mereka, hamasah terbina. alhamdulillah. segala sesuatu hanya milik Allah.

Monday, April 18, 2011

warna-warna cinta :)


pinjam theme song blog cik mus'ab :)


Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis
Uuuuu? selepas gerimis

~warna-warna cinta by brothers reunited

apa warna cinta kamu? kalau cerah alhamdulillah. kalau gelap pun alhamdulillah. sebab masalah dan penyelesaian semuanya datang dari Allah. so, Allah sebaik-baik tempat mengadu. dan mintalah pertolongan Allah dengan sabar serta solat (2;45)

insyaAllah. nak pinjam kata2 sheikh muhammad ahmad ar-rasyid juga :
hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari :)

Friday, April 15, 2011

Saturday, April 9, 2011

you are not alone :)


"That you are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay"

strings of lyrics from you are not alone by michael jackson. antara lagu favourite odyssey waktu dulu-dulu. rasa termotivasi, insyaAllah..

pernah rasa sendirian menjalankan kerja-kerja dakwah ni? bila mana orang di sekeliling buat endah x endah dan sebagainya? sejujurnya saya pernah. tapi syukur masih dikuatkan oleh Allah melalui sahibah-sahibah tersayang.

tapi apalah sangat ujian yang diberi kepada kita jika nak dibandingkan dengan nabi nuh yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat, berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun. sampai ada yang tutup telinga dan kepala xnak dengar baginda bercerita pasal islam. apalah sangat usaha kita jika dilihat pada pengorbanan rasulullah di mekah. diboikot hanya kerana menyampaikan kebenaran. bermusafir ke thaif untuk menyampaikan keindahan islam tapi dibaling dengan batu-batu sampai berkocak darah dalam selipar baginda. iman kita x sekuat para rasul. sama-sama kita ingat sirah rasul dan muhasabah diri.

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Hud 11;120)

pesanan penaja : gantikan "Muhammad" dengan nama kita sendiri untuk lebih feel, insyaAllah :)


jangan resah. jangan sedih. sebab kamu tahu? satu dunia pun buat kerja yang sama. insyaAllah. we are worldwide-bonded by akidah. bukan setakat kita di malaysia, ramai lagi saudara seislam malaysia yang di luar negara turut buat kerja yang sama. dan bukan setakat malaysian muslim, mereka yang di negara lain juga. so, you are not alone :)

alhamdulillah. hari ni rasa lebih bersemangat bila ternampak kawan satu sekolah dalam video akhwat US. last kami jumpa mungkin masa ambil result spm. dan sekarang dia di atas jalan DnT dengan izin Allah.

nikmat ukhuwwah yang sangat best! tapi harap x tersasar. moga berukhuwwah kita adalah kerana Allah. bukan kerana bestnya ukhuwwah tu. risau x mampu jika diuji. moga Allah tsabatkan kita di jalanNya. ameen.

nota kaki : saya bercita-cita untuk jaulah, ziarah akhwat luar UM dulu, then luar KL, then luar malaysia, insyaAllah. siapa mahu ikut?
(^_^)

Sunday, April 3, 2011

saya bahagia :)



"saya bahagia :)"

tu jawapan saya pada seorang akhwat bila dia tegur saya semakin berisi. gelak-gelak. ukhtiku sayang, fareha makin berisi sebab makan banyak la. apa-apa pun juga, alhamdulillah. saya memang bahagia insyaAllah. tapi ramai pulak yang bertanya lepas tu.

"bahagia? ada apa-apa ke ni? cerita la sikit.."

aduhai. kelakar pun ada. perlu ada sebab ke untuk bahagia? nak share satu lirik lagu favourite odyssey.
hakikat bahagia by unic:

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuha
n

sebenarnya perkataan yang lebih tepat untuk "bahagia" tu mungkin "cukup". yup. rasa cukup, insyaAllah. cukup @ qanaah. honestly, bukan senang ye nak rasa macam ni. especially nak rasa cukup on the spot bila diuji. bukan bila muhasabah baru nak bersyukur. tapi itulah sunnatullah, kita yang lemah. insyaAllah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran ok?

wahai diri, sila rasa bahagia ye. memandangkan kuda merah saya sudah diterbang pulang ke rumah di kuantan, kami hanya akan ke kelas dengan berjalan kaki untuk few weeks ni. xpe la. hikmahnya, boleh exercise kan?
alhamdulillah bahagia :)

Saturday, April 2, 2011

seni.


alhamdulillah. insyaAllah pagi ni exam oral bahasa mandarin. belajar bahasa = belajar seni. moga dipermudah semuanya. jia you!
(^_^)


seni itu subjektif. moga segala apa yang kita jadikan seni itu dengan nawaitu dan hala tuju yang betul. siapa tahu, boleh jaulah ke china dan jumpa akhwat kat sana kan? semuanya possible insyaAllah.

tapi x semua seni tu punya manfaat. nak share kata-kata muhammad iqbal iaitu seorang penyair muslim yang saya kira sangat best. seni yang x membawa kebaikan malah merosakkan diibaratkan seperti :

merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
menukar helang rajawali menjadi burung puyuh
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan iramanya
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

konklusinya, jom screen seni masing-masing! insyaAllah. semua nak seni yang baik-baik je kan?
(^_^)

Tuesday, March 22, 2011

mati.


"kematian itu..sama ada kerana dibunuh atau kerana penyakit, ialah perkara yang sama. kita semua menunggu hari terakhir hidup kita..tiada yang berbeza. sama ada ditembak apache atau kerana sakit jantung..saya memilih (dibunuh dengan) apache."
~Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi


himmah seorang martir Allah. cita-cita tinggi untuk syahid dan subhannallah, beliau meninggal dengan cara yang diinginkan. itulah rantissi, PA kepada sheikh ahmad yassin.

setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. alhamdulillah. ditegur untuk ingat mati. alhamdulillah. masih diberi peluang untuk cuba delete dosa dan topup pahala. alhamdulillah. tiada apa-apa berlaku tadi. sungguh. masih terkejut.

scene gas meruap dan api menyambar buat diri rasa tersentap. sungguh Allah Maha Kuasa. ditakdirkan saya cuai dalam lab tadi tapi masih membiarkan saya bernyawa tanpa apa-apa injury pun. syukru lillah. terfikir macam mana kalau ada apa-apa tadi. meninggal dalam keadaan yang x berapa nak 'siap' ni? huhu. jauh sangat nak dibandingkan dengan rantissi. moga rahmat Allah mencucuri beliau di sana. al-fatihah.

Friday, March 18, 2011

hud-hud.


alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa untuk share favourite stuff odyssey.
lately suka dengar tanya sama itu hud-hud. plus, beberapa hari lepas ada jumpa cerita pasal hud-hud dalam tafsir surah al-naml. nak tahu lebih? jom bedah al-quran. bila lagi nak tadabbur kan? :)

~hudhud by arconic

READ BETWEEN THE LINES!

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari


~tanya sama itu hud-hud by m.nasir

boleh baca maksud tersirat lagu ni kat sini. dapat link ni dari seorang sahabat. thanx kamu, jazakillah :)

Saturday, March 12, 2011

dia.


"Selayaknya, bagi jiwa-jiwa yang mengazamkan dirinya di jalan ini, menjadikan dakwah sebagai laku utama. Dia lah visi, dia lah misi, dia lah obsesi, dia lah yang mengelayuti di setiap desah nafas. Dia lah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada redha dan maghfirah Tuhannya kelak."


kali kedua tengok sang murabbi. alhamdulillah wa syukru lillah. hari ni rasa lebih bersemangat. perasaan yang sangat best tapi x tahu nak cerita macam mana. moga mampu disalurkan ke jalan yang haq, insyaAllah.

Thursday, March 10, 2011

spectacles.

menjelaskan apa yang kabur.

masih punya mata untuk melihat walaupun keupayaannya dah berkurang. alhamdulillah. few days ago, ditegur oleh seorang teman yang lebih suka saya gunakan cermin mata berbanding contact lens. ok, point noted! insyaAllah kalau prioriti yang lain dah selesai, spec baru akan menyusul. tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal spec baru. mahu share something. hanya input yang x seberapa yang diharap mampu beri manfaat buat semua.

melihat dunia dengan kaca mata islam.

apa tu kaca mata islam? mungkin soalan ni dah klise. tapi apakah jawapan kita? ambil masa untuk fikir dan jawab pada diri sendiri. tipikal bagi odyssey, adalah melihat melalui penglihatan seorang mukmin. yup! lensa yang membezakan antara dua. dan yang pasti bukan mudah menjadi seorang mukmin. x semudah mengaku jadi seorang mukmin. huhu.

lately selalu jugak menasihati teman-teman yang lain supaya menjaga hati. yes. menjaga hati dalam langkah menjadi seorang mukmin. hmm. memerlukan mujahadah yang sangat sangat sangat kuat. x mudah sebab hati x tetap dan berbolak-balik. tapi harus berusaha dan tetap meminta pada Allah agar ditetapkan hati dalam jalanNya.

'jagalah hati, jangan kau kotori,
jagalah hati, lentera hidup ini"

mula beramal, insyaAllah...

Friday, March 4, 2011

bz.


~by elbooga

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
(Al-Mulk 67;2)

kesibukan dunia yang diharap berbaloi untuk akhirat, insyaAllah..

Friday, February 25, 2011

february 25th.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
tanggal 25.2.1990. sudah pun 21 tahun membina hidup bersama. selamat ulangtahun perkahwinan buat mereka yang tersayang. tanpa mereka, tiadalah saya dengan izin Allah. syukru lillah.
love u both, always :)


tanggal 25.2.1994?

ada apa dengan tarikh ni? ok saya admit. masa tu umur 4 tahun. masa tu pasti saya x ambil kesah pun hari ulangtahun perkahwinan mak dan ayah. apa lagi trajedi hebron massacre. hebron massacre? yup. jom singkap semula sejarah islam.

shortly, hebron massacre ni sebenarnya adalah hari di mana berlakunya peristiwa pembunuhan umat islam beramai-ramai di masjid ibrahim yang terletak di bandar al-khalil, hebron sewaktu solat subuh di satu hari dalam bulan ramadhan. 60 orang syahid dan lebih kurang 300 cedera. innalillahi wainna ilaihiraji'un.

dalang di sebalik kejadian ni adalah seorang doktor perubatan warganegara amerika, dr. baruch goldstein. tapi bukan dia seorang je yang terlibat. turut serta, askar-askar zionis yang mengepung kawasan masjid ibrahim. nak dijadikan cerita, suatu hari dr. goldstein ni bertekad untuk memperlihatkan kepada satu dunia sikap tipikal zionis yang x suka penempatan orang arab di tanah palestin.

so, waktu orang tengah solat dr.goldstein ni pun berdiri di belakang saff terakhir, opposite dengan imam. dikatakan dia dalam posisi ni supaya senang nak escape daripada masjid (dekat dengan pintu) dan untuk maksimumkan jumlah orang islam yang akan ditembak nanti. by the time semua sujud, dia mula menembak guna grenade. bunyi tembakan ni pun alert semua orang yang ada kat luar masjid, including masyarakat awam yang lain dan askar-askar yang mangepung masjid. bantuan disekat daripada masuk ke dalam masjid. siapa yang membantah ditembak. siapa yang terselamat keluar dari masjid juga ditembak. ramai yang syahid waktu ni. insyaAllah mereka dijanjikan syurga. ameen.

at the end, dr. goldstein ni pun terkorban. walaupun terbunuh, tapi dia dianggap wira oleh masyarakat zionis. begitulah pengakhiran hebron massacre. asif jika x banyak detail. hanya seposen dua ringkasan cerita daripada odyssey. semoga ada yang terbuka hati untuk cari tahu lebih mengenai kisah ni. wallahu'alam..

Wednesday, February 16, 2011

creative.


motivasi yang comel. credit to acik. kita cari pengajaran di sebalik video ni ok.


one point noted, dakwah pun perlu creative! macam tangga piano ni. hmm. fikir lagi macam mana nak jadi creative.
(^_^)

Tuesday, February 15, 2011

teristimewa.


allahumma solli'ala saidinamuhammad wa'alaalihi wasohbihi wabarik wasallim. alhamdulillah. masih ada chance untuk sharing2 kat odyssey. ok hari ni maulud nabi muhammad s.a.w. tanggal 12 rabiulawal. plus, jangan lupa tarikh baginda muhammad s.a.w. wafat pun 12 rabiulawal. so, mahu coretkan sesuatu. sekadar motivasi buat diri sendiri dan yang membaca, insyaAllah.


malu nak mengaku cintakan rasulullah s.a.w. insan mulia yang cintakan umatnya lebih daripada umatnya cintakan baginda. diri sendiri macam mana? sunnah x semua dapat buat. selawat pun berapa kali je sehari. sirah banyak x tahu lagi. raheeq makhtum pun x khatam lagi! huhu. malu jugak nak tulis lebih2. risau x mampu tunaikan. fikir. fikir. dan fikir sendiri. emm teringat satu entri daripada bloglist odyssey. quote daripada satu rancangan tv luar negara:

"apa yang akan kamu katakan pada rasulullah s.a.w. andai baginda masih hidup sekarang?"

lebih kurang la soalannya. hmm. saya tanya pada diri sendiri. jawab juga pada diri sendiri. apa yang saya jawab? biarlah rahsia antara saya dan Allah s.w.t.

Saturday, February 12, 2011

ghayyir nafsak ilal tamkin.


alhamdulillah. mahu share satu lagu best. rasa energetic bila dengar lagu ni.
"angkat pena pedang dan al-quran"
yup! insyaAllah boleh jadi bahan bakar untuk jalan DnT.

~untuk sebuah perubahan by fathul jihad

by the way, hari ni (tanggal 12 februari) adalah hari syahidnya sorang tokoh islam iaitu as-syahid sheikh hassan al-banna, pengasas ikhwanul muslimin. so, mahu ajak kamu2 untuk luangkan sedikit masa dan ambil tahu mengenai martir Allah yang seorang ni. insyaAllah dapat kekuatan dan ibrah daripada cerita hidup beliau. wallahu'alam.

fastabikul khairat
(^_^)

Thursday, February 10, 2011

kebinasaan.


"kebinasaan kebanyakan makhluk ialah sifat buruk sangka dan kebinasaan orang sufi ialah mengikut hawa nafsu."

~sheikh al qutb ibn madyan

kapten.


"berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya, dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya."

~saidina ali r.a.

Tuesday, February 8, 2011

mencari ruh itu.


alhamdulillah. segala puji bagi Allah s.w.t yang aturan-Nya adalah yang terbaik buat semua.

terdahulu, nak mintak maaf sebab lama x update. rupa-rupanya ada yang terzalimi dengan perlakuan saya yang x update odyssey. huhu. asif. hilang ruh untuk menulis. insyaAllah, akan mula menulis semula dengan ilmu yang x seberapa ni.


buat hari ni, just nak share rasa happy sebab ada seorang sahabat yang saya sayang tu menunjukkan rasa eager untuk tahu lebih pasal dakwah ni semua. no doubt, memang banyak yang x dapat diterangkan pada si dia memandangkan pengetahuan saya hanya sedinar dua. tapi apa-apa pun saya akan cuba the best untuk buat si dia paham pasal dakwah tarbiyyah ni. dan satu yang paling penting, tarbiyyah untuk diri sendiri perlu jadi prioriti so that kekal tsabat fi sabilillah, insyaAllah.

teringat pulak masa duduk beriman sejenak dengan mereka yang tersayang malam semalam. bincang pasal tunisia, mesir, IM, etc. then keluar cerita pasal seorang anak raja ni. sheikh syaqib arsalan. teringat kata-kata beliau:

"kita wajib memulakan islam dari bawah, perlu tarbiyyah individu. apalah guna mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, xde jatidiri, x laksanakan syariat. apakah faedahnya?adakah hanya angka-angka kosong?"

ouch! pahit tapi benar. so, tinggal part untuk diri kita sendiri berfikir dan muhasabah. wallahu'alam.

Saturday, January 29, 2011

cinta.


Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish
http://liriknasyid.com


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya Kau yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya kuterima seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah petunjuk hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri ku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Dan tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)
Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
wujud aku, cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa lalu ku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

_______________________________________________________________________________________

alhamdulillah. masih dikurniakan rasa cinta. feel cinta yang sangat best kan? lately ramai yang post pasal cinta.
moga cinta tu semua kerana Allah semata-mata. ameen.

Thursday, January 27, 2011

cinta.

hati berbunga-bunga cinta, insyaAllah.

"orang-orang mukmin itu bersaudara"
49:10

pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah s.a.w pun bertanya kembali, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. lalu Rasulullah pun berkata, "pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.

sila bare in mind! luahan rasa cinta pada sahabat yang sama jantina adalah NORMAL. dan luahan rasa cinta pada sahabat berlawanan jantina adalah ABNORMAL, melainkan kamu ada ikatan yang sah la. jadi jangan malu2 untuk beritahu wo ai ni sama sahabat2 kamu. itu sangat cool, ok?

so i hereby, would like to say I LOVE U to every single lovely superior friend of mine. uhibbukum fillah.
(^_^)

Tuesday, January 25, 2011

cinta.


♥ itu menuntut segalanya darimu
terus berlari
dalam langkah mencari ♥

Wednesday, January 19, 2011

pengesahan.

alhamdulillah. insyaAllah ni yang terbaik lepas add and drop dua minggu lepas. sudah sahkan subjek untuk semester 4 ni. kamu sudah? chaiyok2!

Wednesday, January 12, 2011

mandarin.


alhamdulillah. pembelajaran kelas bahasa mandarin pertama yang menyeronokkan. plus, dapat lao shi @ teacher yang cute. dan yang paling penting, bai (surname beliau) lao shi adalah seorang muslim. yes! pure from china and she's a muslim. with her muslim name, aminah. so, x perlu risau waktu untuk solat. insyaAllah semua dipermudahkan. moga2 kami istiqamah dan excel. mana tahu, dengan izin Allah tiga empat bulan akan datang kami boleh cakap proper mandarin kan? chaiyok2!!

Monday, January 10, 2011

sebiru hari ini.

special buat ummi, along, acik, alang, ateh & ucu
lagu K.I.T.A.
uhibbukum fillah :)


Album : Sepotong Episode

Munsyid : Edcoustic

http://liriknasyid.com



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah