Sunday, April 3, 2011

saya bahagia :)



"saya bahagia :)"

tu jawapan saya pada seorang akhwat bila dia tegur saya semakin berisi. gelak-gelak. ukhtiku sayang, fareha makin berisi sebab makan banyak la. apa-apa pun juga, alhamdulillah. saya memang bahagia insyaAllah. tapi ramai pulak yang bertanya lepas tu.

"bahagia? ada apa-apa ke ni? cerita la sikit.."

aduhai. kelakar pun ada. perlu ada sebab ke untuk bahagia? nak share satu lirik lagu favourite odyssey.
hakikat bahagia by unic:

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuha
n

sebenarnya perkataan yang lebih tepat untuk "bahagia" tu mungkin "cukup". yup. rasa cukup, insyaAllah. cukup @ qanaah. honestly, bukan senang ye nak rasa macam ni. especially nak rasa cukup on the spot bila diuji. bukan bila muhasabah baru nak bersyukur. tapi itulah sunnatullah, kita yang lemah. insyaAllah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran ok?

wahai diri, sila rasa bahagia ye. memandangkan kuda merah saya sudah diterbang pulang ke rumah di kuantan, kami hanya akan ke kelas dengan berjalan kaki untuk few weeks ni. xpe la. hikmahnya, boleh exercise kan?
alhamdulillah bahagia :)

5 comments:

  1. bahagia ukhti? ana pun bahagia.. alhamdulillah. jom say together....

    Ahamdulilllah~

    ReplyDelete
  2. Bahagia suatu perasaan yg sukar diungkapkan..:)

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.

    pernah disoal begitu jua :D

    bahagia bila tgk org lain bahagia (=

    ReplyDelete