Saturday, April 9, 2011

you are not alone :)


"That you are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay"

strings of lyrics from you are not alone by michael jackson. antara lagu favourite odyssey waktu dulu-dulu. rasa termotivasi, insyaAllah..

pernah rasa sendirian menjalankan kerja-kerja dakwah ni? bila mana orang di sekeliling buat endah x endah dan sebagainya? sejujurnya saya pernah. tapi syukur masih dikuatkan oleh Allah melalui sahibah-sahibah tersayang.

tapi apalah sangat ujian yang diberi kepada kita jika nak dibandingkan dengan nabi nuh yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat, berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun. sampai ada yang tutup telinga dan kepala xnak dengar baginda bercerita pasal islam. apalah sangat usaha kita jika dilihat pada pengorbanan rasulullah di mekah. diboikot hanya kerana menyampaikan kebenaran. bermusafir ke thaif untuk menyampaikan keindahan islam tapi dibaling dengan batu-batu sampai berkocak darah dalam selipar baginda. iman kita x sekuat para rasul. sama-sama kita ingat sirah rasul dan muhasabah diri.

Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Hud 11;120)

pesanan penaja : gantikan "Muhammad" dengan nama kita sendiri untuk lebih feel, insyaAllah :)


jangan resah. jangan sedih. sebab kamu tahu? satu dunia pun buat kerja yang sama. insyaAllah. we are worldwide-bonded by akidah. bukan setakat kita di malaysia, ramai lagi saudara seislam malaysia yang di luar negara turut buat kerja yang sama. dan bukan setakat malaysian muslim, mereka yang di negara lain juga. so, you are not alone :)

alhamdulillah. hari ni rasa lebih bersemangat bila ternampak kawan satu sekolah dalam video akhwat US. last kami jumpa mungkin masa ambil result spm. dan sekarang dia di atas jalan DnT dengan izin Allah.

nikmat ukhuwwah yang sangat best! tapi harap x tersasar. moga berukhuwwah kita adalah kerana Allah. bukan kerana bestnya ukhuwwah tu. risau x mampu jika diuji. moga Allah tsabatkan kita di jalanNya. ameen.

nota kaki : saya bercita-cita untuk jaulah, ziarah akhwat luar UM dulu, then luar KL, then luar malaysia, insyaAllah. siapa mahu ikut?
(^_^)

3 comments:

  1. salam angah...alhamdulillah..jom g indonensia dis t..g NZ sept ni..heheeee

    ReplyDelete
  2. saya nak ikut!! hehe. meh la ziarah sy kat sini..

    ReplyDelete