Friday, May 20, 2011

curtain might fall.


alhamdulillah. 2-3 hari ni rasa lebih segar. kurang sihat sejak balik rumah ahad yang lepas. jadi teringat pada kata-kata iqbal syarie:

"Allah jadikan demam agar manusia berehat daripada terus-terusan berbuat maksiat. Benar atau tidak?"

bagi saya ada benarnya. hamdalah. muhasabah sendiri T_T

nikmat Allah yang mana satu yang kamu nak dustakan? banyak kali disebut dalam surah ar-rahman. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. mungkin kita x menidakkan. tapi kita seringkali lupa. betul kan? contoh paling dekat, bila dah sakit ni baru ingat rasa nak bersyukur jadi sihat. huhu. sentiasa beringat-ingat. moga sakit ni jadi kifarah dosa yang bertambun ni. ameen.

mode=semester break

hmm. ataupun ni lebih betul?

mode=tarbiyyah dzatiyyah

yup. tu lebih tepat. mendidik diri sendiri. huhu. ni pasti lebih susah. jauh lebih susah daripada jawab exam hari tu? erk. abaikan. yang penting apakah persiapan kamu untuk cuti ni? eh bukan! apakah persiapan saya untuk cuti ni?

cintaku seharusnya kepada apa yang mendekatkanku kepadaMu

sungguh kan? cukup ke setakat checklist yang kamu fikir dapat manfaatkan masa kamu tu? tabayyun fareha. huhu. mungkin checklist sudah panjang. tapi belum tentu dapat dihabiskan. dan belum tentu dapat maintainkan diri sendiri! huhu. beramallah dengan apa yang kamu imani. moga mutabaah amal kamu x gersang.

ok cukup. x mahu entri panjang-panjang. siapa je pun yang suka entri berjela-jela kan? saya sendiri sejujurnya x berapa gemar. huhu. cuma mahu beritahu, ni adalah entri last odyssey di sini. lepas ni akan pindah ke rumah baru.

kenapa tukar atau apa-apa soalan pun yang ada biarlah disimpan. odyssey will still exist in blogspot. x akan di delete seperti my life journal. cuma macam mana nak keep updated dengan blog lain saya belum tahu. insyaAllah akan diusahakan supaya saya x tertinggal entri-entri kamu semua.

diari : pasti rindu nak menulis di sini. insyaAllah, masih kekal kita berukhuwwah fillah. barakallahuminkum :)

No comments:

Post a Comment