Saturday, May 14, 2011

hujung-hujung.


sudah boleh berblog [mode=jiwa tenang]

alhamdulillah. exam untuk sem 4 dah pun berlalu. excel atau x? tu semua kerja Allah. yang penting kita usaha. betul x? serahkan sepenuhnya pengharapan dan pergantungan pada Allah. yup. tu tawakkal namanya. moga tawakkal kita adalah sebenar-benar tawakkal. ameen.

teringat pulak pasal D.U.I.T. yup. mesti ramai dah familiar dengan D.U.I.T. kan?

D=doa
U=usaha
I=istiqamah
T=tawakkal

hmm. sebenarnya turutan ni x betul. teringat jugak pasal krisis konsep tawakkal kat kolej waktu final exam sem lepas. x perlu cerita lebih. main pointnye kat sini, tawakkal tu seharusnya diletakkan yang paling awal. yup. tawakkal datang sebelum doa, usaha, istiqamah. hmm. macam mana pulak tu? xkan belum usaha nak berserah je?

sedikit pencerahan sekadar sedinar dua daripada diri yang kurang ilmu ni. andai salah, minta tegurkan ye.

tawakkal tu patut dihadirkan paling awal antara semua sebab kita memang patut berserah diri pada Allah. harus redha akan semua yang dah ditakdirkan. baru boleh teruskan dengan doa, usaha dan istiqamah. kerana apa?

kerana risau terlintas kat hati kotor ni, berjaya disebabkan usaha sendiri. dapat dean list sebab berkampung kat library sampai x sempat makan dan sebagainya. dapat score A memanjang sebab stay up untuk study tiap-tiap malam. heh. sila jangan perasan ye. semuanya sebab Allah yang nak bagi. kualiti lebih prior berbanding kuantiti. kalau study sampai berjanggut tapi barakah tu xde, rugi sendiri je. huhu.

peringatan penting untuk diri sendiri dan semua yang membaca. tawakkal tu no.1! tapi jangan pulak lupa pada D.U.I. insyaAllah segala yang terbaik tu datang dari Dia.

diari : tajuk hujung-hujung sebab hari ni last berada di kolej kediaman ketiga tuanku kurshiah, universiti malaya. dan mungkin juga hujung-hujung untuk odyssey. apa-apa pun, hadapi harimu dengan jiwa yang tenang (89;27-30). kerana dirimu begitu berharga ^^

3 comments:

  1. sila jangan perasan ye. semuanya sebab Allah yang nak bagi.



    ok! insyaAllah sy akn jga dri supaya x prasan
    jzzk for sharing!
    ^_^

    ReplyDelete
  2. excel entry! jzkk ats teguran :)

    ReplyDelete
  3. najihah : insyaAllah, sama2 kita jaga diri diri sendiri dan org lain. waiyyaki :)

    sufi : sekadar peringatan. waiyyaki adik :)

    ReplyDelete