Thursday, April 30, 2015

dedikasi khas untuk cinta.



a lovely date. a date where Allah sent you to this world and eventually met us years later.
alhamdulillah. thank you Allah for the opportunity.

the only picture that has only the two of us :)

ummi, i still find it hard to express myself. and i am not good at giving love dedication as you did
(link for motivation in times of need). and i know that you won't be reading this.

your voice. we still listen to our usrah recording, our phone sharing, your taujihat and your tausiyah. we still remember the shared moments. we miss you and you will always live in our heart. may you rest in peace in jannah, biidznillah.

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

And the first forerunners [in the faith] among the Muhajireen and the Ansar and those who followed them with good conduct - Allah is pleased with them and they are pleased with Him, and He has prepared for them gardens beneath which rivers flow, wherein they will abide forever. That is the great attainment. (9:100)

Wednesday, April 22, 2015

semangat. fuuhh.


insyaAllah, bakal bermusafir ke bumi cahaya matahari untuk menunaikan amanah berkongsi sesuatu.
himmah 'aliyah.
maksudnya kehendak,  pendorong dan semangat yang tinggi.

tolong promote :)

 Allahu. tak pasti adakah kerana aku masih tak settle pasal ni? teringat seorang ukhti pernah cakap, dia diberikan taklifan untuk memberi satu pengisian kepada kami tapi sebenarnya dia merasakan pengisian tu adalah untuk dirinya sendiri. seolah-olah Allah menyuruhnya untuk mengingatkan diri sendiri sebelum menyampaikan kepada kami. dan aku? tak pasti. mungkin juga begitu.

ramai yang berkata, orang sekeliling kita adalah ujian buat kita kerana kita masih belum lepas ujian tersebut. lebih khusus, mutarabbi kita adalah seperti kita. masalah mereka sama seperti masalah kita. semahunya kita membantu meraka, semahunya dan sebaiknya itulah kita perlu membetulkan diri sendiri terlebih dahulu. benar. tak semua masalah mutarabbi akan sama macam kita. tapi hakikat hal-hal yang sama ni perlu difikirkan.

himmah 'aliyah.

pernah sekali dalam usrah summer yang lalu, naqibah bertanya apakah motivasi dakwah kami? yang terutamanya pastilah syurga. menjadi penghuni jannatul firdaus dan bertemu Allah dengan tersenyum dalam kedamaian! tapi aku akhirnya memberi jawapan yang aku rasakan lebih praktikal. antara motivasiku atas jalan ni adalah himmah 'aliyah sosok para penggerak dakwah.

alhamdulillah. Allah mengizinkan aku berjumpa ramai super saiya dalam gerabak dakwah ni. mujahadah mereka, tadhiyyah mereka, kecintaan mereka, semuanya memberikan aku motivasi di saat melemah dan futur. tak terkecuali juga mereka kader-kader dakwah yang di luar sana. para ikhwan misalnya. sangat amat termotivasi dengan mereka. teringat-ingat wajah mereka yang dijatuhkan hukuman gantung mandatori dan juga hukuman penjara.tapi mereka nampak tenang. tenang menerima berita kematian. tenang mengetahui akan terasing dipenjara. tapi aku tahu, mereka juga tenang kerana akhirnya akan berehat daripada dunia yang melelahkan ni. mereka tenang. jauh lebih tenang daripada aku yang tidaklah terganggu gugah dengan ujian sebesar ujian mereka. malu.

kata seorang tokoh ahli sufi, abu al-qasim al-junaid:

jagalah himmah kamu kerana ia adalah permulaan bagi semua perkara.

T_T


Sunday, April 19, 2015

kekuatan dalam kelemahan.


Engkaulah cinta yang selama ini aku cari
Ku relakan jiwa tuk mencari kekuatan dalam kelemahan
Mencari cahaya yang sekian lama hilang
Meski jatuh ku tersungkur dalam pencarian
Sesungguhnya aku malu padaMu Tuhan atas dosa yang lalu
Bantulah ku bangkit dari kancah kejahilan
MenujuMu yang membawa sinar kebahagiaan

Relakan Jiwa ( Versi Islamic Cover) by Auza'i Asmat.

sangat merasakan part 'mencari kekuatan dalam kelemahan'. kita bukanlah sesiapa tanpa islam. dengan kekurangan yang ada, Allah masih memilih kita. dengan kekhilafan dan ketidak sempurnaan kita jugak, janganlah berputus asa kerana Allah mengira usaha.


notakaki: pernah ada era syok sendiri tulis cover lagu versi islamik huhu. tapi tu semua dulu bila tak banyak benda nak buat. sekarang terlalu banyak yang nak difikirkan. tanggungjawab lebih banyak daripada masa.