Wednesday, December 2, 2009

hari AIDS sedunia.

oh ye. sebenarnye hari AIDS sedunia ni disambut semalam *utk tahun ni la* . 1 disember setiap tahun. oho. baru tahu masa tengok MHI pagi semalam.

bermula dari tahun 1988, WHO telah mengisytiharkan 1 disember sebagai hari AIDS sedunia. setiap tahun mempunyai satu tema. tema tahun ni, yakni 2009, adalah " Bersama, Kita Adalah Penyelesaiannya" .

teringat pula zaman2 sekolah dulu. ade kelab prostar. x join pun. so, x tahu prostar tu ape. prostar = program sihat tanpa AIDS untuk remaja. o0oh.

semalam fahrin ahmad jadi artis undangan dalam slot untuk hari AIDS sedunia kat mhi ni. tapi nama puan yang lagi sorang tu x ingat laa. maap ye puan. hehe. tapi menurut puan ni, sejak daripada tahun 1986 sampai la sekarang, dah lebih daripada 80 000 rakyat malaysia yang disahkan menghidap AIDS. tu yang kementerian tahu je. yang x tahu konfem la lagi ramai betul x??

kat sini kalau nak cerita pasal AIDS pun, pasti ramai yang dah sedia maklum. lagi2 bagi mereka yang belajar subjek seperti biologi etc. so, x payah la nak cerita. cuma kat sini nak ingatkan kepada mereka yang x tahu. ambil tahu !!!

kita mungkin x sedar kalau ade di antara kita yang ade HIV. sebab HIV kalau makan perskripsi yang doktor bagi, kite memang xkan sedar kalau orang tu sakit. tapi kalau kita dah tahu, tolonglah jangan sisihkan mereka. memang senang nak cakap, tapi susah nak buat. tapi kalau kita betul2 ade ilmu pasal HIV dan AIDS ni, pasti. sure. kita tahu penyakit ni x berjangkit dengan mudah. influenza A H1N1 pun lagi cepat merebak tau !!! so, ambil tahu. ok??

p/s : semua yang kat atas ni adalah berdasarkan ape yang saya tahu. mungkin salah baca atau salah dengar. kalau ade yang nak buat rujukan, minta rujuk yang lebih baik ye. (^_^)v

4 comments: