Monday, January 11, 2010

hijrah cinta updated.

alhamdulillah. kerja2 wiring di kolej dah pun selesai dan wifi sudah boleh berfungsi seperti sediakala. berbalik semula pasal seminar hijrah cinta oleh ustaz hasrizal.

Dan sungguh, Kami telah mengutuskan Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan Kami perintahkan kepadanya, "Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan, kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

Ibrahim;5

pada awal seminar, beliau menerangkan mengenai peristiwa hijrah kepada kami. mostly beliau menceritakan semula mengenai sejarah serta implikasi penggunaan kalendar hijriah dan jugak masihi. kemudian apa itu hijrah??

Hijrah tidak akan berakhir sehingga berakhirnya taubat. Taubah tidak akan berakhir sehingga terbit matahari daripada barat.

HR Ahmad

antara maksud hijrah adalah rangsangan untuk berubah. yang pasti, ape yang kita mahu adalah hijrah ke arah yang lebih baik. hijrah menjadi yang lebih hebat, insyaAllah.

Orang yang hebat, adalah mereka yang menongkah arus.

HR Tarmidzi

bagaimana pulak nak jadi orang yang menongkah arus?? pesan beliau, biarlah slowly. jangan extreme sangat nak berubah mendadak.

Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.

Hud; 112 dan 113

konklusinye bila dah decide nak berhijrah, jangan overdo dan jangan terpengaruh dengan orang yang zalim (harus ade uzlah nafsiah) . aware dengan konsep iceberg. selalu bersama jemaah, bercampur dengan orang ramai dan attach diri dengan masjid.

sekarang, boleh relate dengan cinta. hehe. baru nak masuk bab cinta. saya punya pandangan sendiri bila berbicara pasal cinta. tapi x perlulah diberitahu sekarang. back to the point, cinta juga perlu masa untuk kita sesuaikan diri. dan jangan pulak terpedaya dengan anasir2 luar yang x baik yang boleh rosakkan cinta tu sendiri. minta petunjuk daripada hati (istaqhti qalbak) .

kat sini, ustaz hasrizal banyak berkongsi pengalaman, lebih daripada yang fakta. jadi kami hanya mendengar dan x perlu menyalin. bagi yang mahu tahu lebih mengenai kisah hidup beliau, boleh ke saifulislam.com ye.

ni serba sikit yang boleh dikongsi. moga2 kita semua dapat manfaat bersama daripada ape yang beliau sampaikan, insyaAllah.

4 comments:

  1. thanks for sharing :)
    best2..

    p.s : 1 day leh share cik fareha punye point of view ttg 'hubb' =D

    ReplyDelete
  2. nedd : alhamdulillah.. kredit jugee ntuk sahabat2 yg ajak gi..tma n ifa..

    najihah : my pleasure..:)
    'hubb'?? hehe.. lme ag kut..

    ReplyDelete
  3. thx, sgt informative.
    bila nk bg pandangan faa psl cinta pulak?

    ReplyDelete