Tuesday, March 9, 2010

Hari Wanita Antarabangsa.

setiap tahun, hari wanita antarabangsa disambut pada tanggal 8 mac *kalau tahun ni kira semalam la* . mungkin ramai yang x menyedari sambutan berkenaan kerana di malaysia, sambutan hari wanita biasanya diraikan pada 25 ogos. saya juga baru tahu hal ni tadi. Di Malaysia, tarikh berkenaan dipilih sendiri oleh perdana menteri pertama, tunku abdul rahman putra al-haj, yang diisytiharkan pada 1961. sejarah sambutan hari wanita antarabangsa sebenarnya jika diimbas kembali bermula pada 1910 tetapi wanita di AS mula meraikan hari wanita peringkat kebangsaannya pada 1908 yang secara tidak langsung menjadi ilham untuk menggerakkan acara berkenaan ke peringkat antarabangsa. pada mulanya sambutan itu dilihat sebagai cara bagi wanita menuntut hak asasi dan berpolitik, melihat perkembangan dan kemajuan yang dialami atau sekadar satu hari sambutan untuk wanita. namun, pada 1910 seorang sosialis AS, lena hewis mengumumkan bahawa tanggal 8 mac bukanlah bertujuan meraikan sesuatu sebaliknya ia adalah hari untuk merancang atau memikirkan usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan keadaan wanita di seluruh dunia. tanpa disedari hari wanita antarabangsa adalah titik tolak kepada perkembangan dan kemajuan wanita hari ini tidak kira di mana saja mereka berada. wanita, makhluk yang dicipta Allah, penuh kasih sayang. dan kerana rasa sayang tu juga la doa mereka lebih senang dikabulkan. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh. syurga di bawah telapak kaki ibu. dan pelbagai lagi la keistimewaan wanita yang disebut dalam hadis2. di sini saya dengan rasa bangga dan bersyukur mengakui saya adalah seorang wanita. walaupun hakikatnya, ramai daripada golongan ahli neraka itu adalah daripada kaum hawa, kebanyakan mereka yang menghuni syurga juga adalah dari kalangan mereka yang bergelar muslimah. menyedari diri ni masih jahil dan kurang sempurna dalam menjadi wanita solehah. so, marilah kita sama2 muhasabah serta koreksi diri. top up mana yang patut. delete mana yang perlu. dan ape2 lagi la langkah yang wajar diambil. salam mujahadah.

^_^

4 comments:

  1. wanita yg soleh itu lebih baik drpd 1000 lelaki soleh.Erm...menarik,1st time dengar..
    moga anda termasuk dalam golongan wanita solehah itu. =)

    ReplyDelete
  2. ni ape yg diberitahu olleh sowg teman tu. tp hadith ni sahih atau x sy xtaw. AMIN.

    ReplyDelete
  3. slmt hari wanita faa..bersma2 kta memperbaiki dri..

    =p..

    ReplyDelete