Thursday, July 22, 2010

first impression.

siapa sangka

boleh jadi


tajuk entri tanggapan pertama. erk. kenapa pulak ada gambar2 kat atas ni? nah. fikirkan ye.

dalam masa seminggu ni, ada lecturer dan kawan satu lab yang tanya saya.

"when do the APIUM student finish the class?"

"are u an IES student?"

oh ye. bagi yang belum tahu, APIUM = akademi pengajian islam universiti malaya. IES = kod nombor matrix student API.

tergelak besar coursemate yang lain bila dengar lecturer dan kawan tanya saya macam tu. hmm. saya nampak macam student yang ambil pengajian islam ke? erk. saya x la pakai tudung labuh yang bulat tu. tapi entah la. first impression kata orang.

bak kata orang putih,

"don't judge a book by its cover."

haa. betul la tu. saya pun setuju. bak kata orang melayu pulak,

"rambut sama hitam, hati lain2."

saya memang sokong dua2 statement kat atas. memang ada benarnya. kadang2, apa yang kita nampak x sama dengan relitinya. contoh, kadang2 kita rasa kesian tengok orang lain dalam kesusahan. tapi balik2 kita pulak yang dianiaya. backstabber punya hal. tapi bukan hal ni yang saya nak cakap. insyaAllah. asalkan niat kita ikhlas, Allah akan beri ilham untuk kita rasa apa yang betul, dan apa yang x.

kita manusia biasa. x macam Rasulullah yang bijaksana, mampu menilai bagaimana peribadi seseorang dan sentiasa dilindungi Allah dari segala penipuan. justeru, mari berdoa agar Allah sentiasa berikan petunjuk kepada kita dalam apa hal sekalipun. doa senjata orang mukmin. insyaAllah kita akan ok.

tapi,

first impression jugak penting. dalam banyak keadaan memang sangat2 penting. contoh, kita nak jalinkan ukhuwwah dengan seseorang. tapi muka kelat macam ayam berak kapur. memang la orang lain lari. xnak kawan dengan kita. cuba kalau muka berseri2. warm and friendly gitu. kan mudah untuk orang dekat. nak berdakwah pun insyaAllah senang. emm ni salah satu contoh yang saya terfikir. banyak lagi contoh yang kita boleh tengok.

so, what's the next step? kesimpulan saya, cuba untuk tunjukkan yang terbaik. kalau orang lain x mampu, kita sangka baik. memang senang nak cakap tapi susah nak buat. jom sama2 mujahadah yok! fight-oh uh!!!

2 comments: