alhamdulillah. mahu kongsi pasal 2 sultan since saya dengar ada lagi yang confuse antara salahuddin al-ayyubi dan muhammad al-fateh. insyaAllah. mahu lakukan sedikit pencerahan dengan ilmu yang sedinar dua ni. moga Allah redha.
ok. sedikit pengenalan basic untuk membezakan dua orang sultan ni. hanya intro di permukaan supaya tiada yang tertukar antara kedua-dua tokoh islam ni. x kenal maka ta'aruf bukan? so, sila take note.
1. mereka dilahirkan pada zaman yang berbeza. sultan salahuddin al-ayyubi dilahirkan terlebih dahulu daripada sultan muhammad al-fateh iaitu pada tahun 532H. manakala sultan muhammad al-fateh pula dilahirkan pada tahun 826H.
2. sultan salahuddin al-ayyubi adalah orang yang merebut kembali baitul maqdis daripada tentera salib. dan sultan muhammad al-fateh pula bertanggung jawab membebaskan kota constantinople daripada kerajaan byzantine.
3. yang digelar saladin oleh orang barat adalah sultan salahuddin al-ayyubi. dan yang digelar sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-baik tentera adalah sultan muhammad al-fateh yang turut diceritakan oleh rasulullah s.a.w. dalam hadith sewaktu perang khandak lebih kurang 800 tahun sebelum pembebasan constantinople.
ok. saya tahu entri ni memang pendek. asif. nak cerita banyak nanti terlalu panjang pulak. jadi bagi yang mahu tahu lebih boleh try google dulu, tapi sila hati2 dengan sumber yang diperoleh ok. xpe saya aware, duit jpa dan ptptn x masuk akaun lagi. tapi bagi yang ada duit lebih, boleh la invest untuk beli buku tokoh2 ni. insyaAllah x rugi. memang best baca cerita2 mereka! so, happy reading :)
alhamdulilah...baru atul tahu..berbeza org nyer...terima kasih atas info...
ReplyDeletealhamdulillah. semua pun ilmu Allah :)
ReplyDelete