alhamdulillah. milikNya segala apa yang ada di langit, di bumi dan apa je yang ada di antara keduanya. dan apa-apa je yang kita ada dulu, semalam, hari ni, esok, lusa dan sampai bila-bila, semuanya daripada Allah. yang baik hatta yang kurang baik pun semuanya daripada Allah. pasti!
jadi ada apa dengan pemindahan kiblat? aseefah if x berkenan. angah quote ni dari status skype ummi. pinjam ye? hehe. maksud di sebalik tajuk entri? wallahu'alam..
beberapa hari yang lalu,
Allah izinkan saya bermu'ayasyah dengan seseorang yang rapat dengan saya yakni mutarabbi tersayang, adik A. ukhti fillah ni menyatakan hasratnya untuk melengkapkan separuh daripada agamanya. walaupun dia masih muda. ye usia bukan hanya berdasarkan angka. subhanallah. we had a good talk. dan dia menyedarkan saya tentang sesuatu. hakikat yang insan itu punya fitrah.
beberapa hari yang lalu,
kami diminta untuk membentangkan peta hidup dalam sesi bulatan gembira kami. sungguh! ini telah membuka mata saya tentang banyak perkara yang x diperinci dalam timeline yang telah saya plan sejak hampir setahun yang lalu. kata murabbi kakak S, planning saya kurang menjurus kepada ummah itu sendiri. masih planning di tahap fardhu muslim. selfish kah? astaghfirullah..
beberapa hari yang lalu,
seseorang yang comel turut menyarankan sesuatu kepada saya. mendirikan masjid in order untuk menjaga diri sendiri dan juga orang lain. saranan yang agak kelakar pada mulanya kerana kami pada asalnya bercakap mengenai masalah kulit (ok ini sungguh tipikal bagi kaum hawa). haha. tapi bila difikir-fikirkan semula memang ada benarnya. terima kasih sahabat H. jazakillahu khair.
beberapa hari yang lalu,
jadi teringat tentang cerita ummi pasal pesanan sheikh solah. then satu dokumen yang julung-julung kalinya dibuka telah diakses dan tempat-tempat kosong yang ada mula diisi. mula tabayyun apa sebenarnya masalah diri sendiri ni. check semula mutabaah amal, hafazan dan sebagainya. and to my surprise, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki! malu dengan diri sendiri. ighfirli Ya Rabb. sobs sobs..
hidup ni bukan untuk kita sorang-sorang je. cukup-cukuplah memikirkan masalah diri sendiri. fikir pula masalah orang lain. masalah umat ok!
nota kaki : hari ni 9 jamadilawal. selamat hari lahir cik fareha. moga berkurangnya umur kamu dalam kebaikan. moga Allah redha.. ameen :)
No comments:
Post a Comment