alkisah utusan langit, isa ibn maryam a.s.
suatu hari, seorang lelaki pandir mencampakkan kekotoran pada wajahnya dan mencaci makinya dengan kata-kata yang jijik dan menyakitkan.
isa a.s. membalasnya dengan mengucapkan kalimat-kalimat yang sejuk lagi indah kepada lelaki tersebut. isa a.s. memberikan semangat dan penghiburan. lalu kepada lelaki itu dihulurkannya buah anggur serta minyak wangi.
para murid isa a.s. bertanya, "mengapa kamu balas kata-kata kejinya dengan perkataan-perkataan mulia dan kamu memberinya anggur serta haruman walaupun dia mencampakkan kotoran di wajahmu?"
"kerana setiap orang," jawab isa a.s., "hanya bisa memberikan apa yang dia punya."
..............................................................................................................................................................
subhanallah. qudwah hasanah. contoh daie hebat untuk diteladani. kita hanya boleh memberi apa yang kita ada!
lalu apa je yang kita sumbangkan sehari-hari? anger? hatred? dishonest?
lalu apa je yang kita sumbangkan sehari-hari? anger? hatred? dishonest?
introspeksi! moga dapat mencontohi utusan-utusan langit ini, insyaAllah..
p/s : 15th may 1948 in the remembrance of nakba. do you care?
No comments:
Post a Comment