Friday, May 31, 2013

hujan.


hari ni baca buku mudahnya menjemput rezeki (fathuri salehuddin). nak share sikit kat sini. menurut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawy,

"rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya ialah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."

milik kita belum tentu rezeki kita. ok something to ponder.

hari ni mungkin hari besar untuk sesetengah orang. hari lain mungkin untuk sesetengah orang yang lain pula. atau juga mungkin untuk kita. yang penting percaya. yakin. iman. ok ni sebenarnya peringatan terutama untuk diri sendiri. nak share sikit lagi,

Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membangga diri. (Al-Hadid 57 : 22-23)

diari : satu hari baca mari bersabar (amru khaled). tak habis lagi. satu hari baca how to win friends and influence people (dale carnegie). tak habis lagi. satu hari baca itu satu hari baca ini. tapi x habis-habis pun lagi. rupa-rupanya dah hampir sepuluh buku yang baca hanya separuh jalan je.

tiba-tiba teringat al-'asr.
masa tu dihabiskan untuk apa je? ohh hujan dalam hati..

2 comments:

  1. teringat kata mak.

    "jika tu bukan rezeki kita,dah nak suap makanan kat mulut pun boleh jatuh"

    "dalam rezeki kita,ada rezeki orang lain.rezeki kawan,haiwan. jangan kedekut belanja kawan,bagi haiwan makan"

    :)

    ReplyDelete
  2. betul.

    faa paling suka part "jangan kedekut belanja kawan, bagi haiwan makan"

    :)))

    ReplyDelete