pagi ni buka odyssey. scroll semula entri yang lepas-lepas. kemudian buka timeline facebook. scroll semula post yang lepas-lepas. kemudian tutup laptop dan duduk senyap-senyap.
bila melihat semula diri ni lima-enam tahun yang lepas sampai sekarang, ada macam-macam perasaan. kelakar ada. malu pun ada. manis pun ada. betapa terasa post-post dan entri-entri lama tu peringatan masa lampau buat diri sendiri. betapa rasa Allah mengizinkan tarbiyyah tu mengubah kita. betapa rasa sayangnya Allah kat kita. memang terngiang-ngiang teringat firman Allah,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (QS Ar-Rahman)
sememangnya segala puji hanya selayaknya bagi Allah. hanya kerana rahmah Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kita menjadi kita sekarang.
..Cahaya di atas cahaya, Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki..
(QS An-Nur : 35)
No comments:
Post a Comment