baru lepas habis duduk sebentar beriman sejenak bersama mereka yang Allah kurniakan terbaik untuk diri ni mentarbiyah dan ditarbiyah. semua masih mengenang mukhayyam dan salah seorang mengatakan ni adalah mukhayyam withdrawal syndrome hehe. aku tersenyum sendiri mengenang mukhayyam sampai terbawa ke mimpi. moga Allah redha.
perang hunayn.
teringat suatu ketika dulu seorang ukhti tercinta menangis-nangis menceritakan tadabburnya kisah perang hunayn dalam usrah kami. beberapa hari yang lalu sewaktu mukhayyam diceritakan lagi sekali tentang perang ni oleh seorang ukhti yang lain. kata ukhti L sedih rasanya tak lagi dilayan seperti mana mula-mula mendapat tarbiyah dulu. waktu jadi adik-adik semuanya indah. bila dah jadi kakak-kakak semua nikmat tu tak tahu hilang ke mana. tak ada lagi kakak-kakak yang sangat concern, selalu masak, bawak makanan dan selalu jadi tempat curhat dan sebagainya.
sebagaimana al-quran adalah satu rahmat (28:86), tarbiyah dan dakwah jugak begitu. kita tak pernah minta tapi Allah yang bagi, Allah yang pilih (22:78).
kepada ukhti L, ukhti A menceritakan kisah sewaktu pembahagian ghanimah selepas perang hunayn. kisah yang sangat significant di mana para ansar mencemburui mereka yang baru memeluk islam dan mendapat harta rampasan perang hunayn. bila dikatakan kepada kaum ansar, tidakkah mereka gembira membawa pulang Allah dan rasul? berderai air mata. kata ukhti A, biarlah adik-adik pula yang mendapat nikmat mula mengenal tarbiyah. biarlah mereka pula yang rasa ghanimah perang hunayn. tidakkan kita gembira mendapat Allah dan rasul? kita yang terlebih dulu Allah izinkan mendapat rahmat ni sepatutnya gembira dan bersyukur.
perasaan.
banyak perasaan yang perlu dikorbankan. bukankah Allah telah menawarkan perdagangan dan kemenangan yang agung buat orang-orang beriman? jadi kalau belum betul-betul korbankan perasaan demi jalan mulia ni, kita masih belum berjual beli dengan sebenarnya dengan Allah? wahai! ini lah tamparan yang dirasakan bila sempat menjengah dinding ukhti M. disuruhnya jual semua sekali perasaan yang membebankan dan pastikan hatta satu pun tak ada yang tersimpan. kerana apa? kerana jalan mulia ni menuntut setiap daie berjiwa besar.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (9:111)
dan kerana tarbiyah itu sifatnya merubah. lalu daie harus akur dan mujahadah. curhat sewaktu mukhayyam betul-betul mencelikkan mata. kita mungkin sibuk mencari halangan adik-adik dalam mendekatkan diri kepada Allah. sibuk menyusun tarbiyah dan pembentukan mereka. tapi halangan kita sendiri pula macam mana? bagaimana pula murobbiah kita harus memikirkan kita? aku yang jadi harus akur dan mujahadah. perasaan yang menjadi halangan dakwah harus diketepikan sejauh-jauhnya.
benar. berkata mudah, beramal mujahadah! moga Allah kurniakan kekuatan yang melata buat kita semua.
No comments:
Post a Comment