Monday, April 3, 2017

Sepekan lalu.

 
Genap sepekan yang lalu, Cik Ana berpergian lagi ke Mahkota Segiempat untuk bertemu dan diduga. Kali ini perasaannya berbeza, harapannya juga berbeza. Benarlah Allah yang maha membolak-balikkan hati. Yang dibenci boleh dicinta. Yang tidak diharapkan boleh jadi amat diharapkan. Apa juga keputusannya kelak, resmi seorang petarung tidak akan mundur selagi belum mencuba. Itulah pegangan lumat Cik Ana.
 
Di medan pertarungan, Cik Ana bertemu dan diduga oleh Puan Tan Sri dan Tuan Doktor (tiada lagi Pakcik Datuk dan Pakcik DO). Pertemuan yang singkat, tetapi masih segar di ingatan hingga ke hari ini.
 
Puan Tan Sri: Silakan duduk Cik Ana. Perkenalkan diri, latar belakang keluarga dan pendidikan Cik Ana.
 
Puan Tan Sri: Apakah beza sistem pendidikan di tempat Cik Ana mengaji dengan sistem pendidikan tanah air tercinta?
 
Puan Tan Sri: Mengapa Cik Ana mahu menyertai bidang pengurusan dan keluar daripada bidang penyelidikan? Pada pandangan Cik Ana, mengapakah ahli sains di tanah air tercinta tidak mencapai taraf antarabangsa?
 
Tuan Doktor: Bagaimanakah prestasi Cik Ana di tempat mengaji?
 
Puan Tan Sri: Apakah sukan yang Cik Ana ceburi?
 
Tuan Doktor: Apakah komponen yang paling mencabar di kampung PAC? Mengapa?
 
Tuan Doktor: Apakah kayu ukur sesebuah kejayaan bagi Cik Ana? Boleh berkongsi apakah yang ingin dicapai oleh Cik Ana dalam hidup ini?
 
Puan Tan Sri: Mengapa Cik Ana rasa kami perlu memilih Cik Ana? Adakah membanting tulang di dalam makmal menghadkan kebolehan Cik Ana?
 
Sekian saja catatan diari Cik Ana untuk kali ini. Semoga Allah bukakan jalan yang terbaik.
Allahumma ameen..
 

No comments:

Post a Comment