Tuesday, April 6, 2010

10 hak.

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. tapi macam mana kita sekarang ni? tidur berlebihan, makan melebihi kenyang, cakap perkara2 yang mungkar. kalau x pun cakap perkara2 yang lagha. jarang mengucapkan syukur kepada Allah swt dan sebagainya.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. qada puasa ramadhan tahun lepas dah habis belum? mintak maaf dari semua orang? especially yang kita dah terbuat dosa. dan yang paling penting persediaan untuk mati. ramai yang pasti takut akan mati. tapi bagi yang betul2 memahami *sy belum orgnye* , mati itu amat dirindui!

3. HAK KEPADA KUBUR

Memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi. qiam pun jarang. apatah lagi tahajjud. istighfar2.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. lidah itu lebih tajam dari mata pisau. jadi berhati2lah dalam setiap kata2 kita setiap hari. moga semuanya mendapat redha Allah swt.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. timbang dulu apa yang dapat dilihat di mata dunia.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. sudah2 lah mengunjing orang lain. x mahu diibaratkan memakan daging saudara kita sendiri. mari cuba sehabis mungkin!!! lagi satu, jemaah adalah yang terbaik. saling sokong-menyokonglah kamu dikala senang mahupun susah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak. pendek cerita, kurangkan berbuat dosa. hakikatnya manusia itu x lepas dari membuat dosa setiap hari mereka hidup. jadi jom kurangkan dosa sehari-hari..fight-oh uh!!!

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. redha memang x mudah. cakap senang, buat susah. tapi percayalah, insyaAllah bila semua faham, redha tu akan jadi penawar hati kita. AMIN.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. mencari syafaat rasulullah dalam selawat ke atas baginda. cuba contohi sifat para sahabat dan sahabiah walaupun ketara beza iman kita dengan mereka.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. hak yang paling dituntut dan yang paling aula. fikir2kan. renung2kan. tepuk dada, tanya diri, tanya iman. wallahu'alam...

Rasulullah s.a.w. bersabda:,
"Sampaikanlah pesanku biarpun dengan sepotong ayat".


nota kaki : peringatan paling penting buat FAREHA. dan x lupa kawan2 dan pengunjung odyssey yang dicintai lillahi ta'ala.

No comments:

Post a Comment