Tuesday, April 27, 2010

mehnah.


Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi atas nikmat iman dan islam. InsyaAllah masih ada.

Mehnah atau ujian dalam erti kata lain. Ada apa dengan mehnah? Apa yang kita lihat pada mehnah? Mehnah adalah ujian yang diturunkan untuk kita belajar erti hidup. Bukti hidup kita masih berjalan. Yela. Kalau xde mehnah, x thrill la hidup ni. Betul x?

Kembali ke pangkal jalan. Apa yang kita faham sebenarnya pasal mehnah ni? Sekadar dugaan atau tribulasi? Yang membebankan dan membuatkan kita menangis serta putus asa. Lalu kembali kepada tujuan utama hidup ni? Haih. Sayang la kalau fikir macam tu. Mehnah daripada Allah itu sangat luas skopnya. Bahkan nikmat itu juga dikatakan sebagai mehnah. Rencah dalam hidup. Haa. Apa pulak la rencah2 ni.

Apa yang saya nak tekankan di sini, hampir semua perkara yang terjadi dalam hidup insan sehari-hari dikira sebagai mehnah. X kira la kesenangan atau kesusahan. Dan perkara depan mata yang paling kita semua x nampak, kesenangan adalah ujian yang paling berat. Haa. Kenapa pulak kan? Relax2 dulu dan fikir-fikirkan.

Bila diturunkan musibah, kita acapkali berkata pada diri sendiri bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu. Lalu kita kembali berdoa dan meletakkan sepenuh pergantungan pada Yang Kuasa. Alhamdulillah. Memang tu la yang sepatutnya. Tapi bila kita diberikan kesenangan, kita lupa pada Pemberi Nikmat. Selalu sangat kita lupa nak buat sujud syukur. Paling x pun berdoa agar kita jadi hamba yang bersyukur. Haih. Susah la macam ni. Kata Muslim. Islam is the way of life. Tapi x jelas pun ciri2 tu dalam diri sendiri. Jadi jangan cakap je. Bagi diri sendiri ni jangan tahu tulis je. InsyaAllah mari kita saling mengingati antara kita semua.

Saya menulis ni mungkin sebab terkesan dengan exam bumi dan manusia tadi. Terlalu excited. Tamak barangkali. Tapi apa2 pun, Allah jugalah yang menggerakkan hati saya untuk luahkan semua ni. Bagi yang disayangi lillahi ta’ala, chill la sahabat. Hidup memang indah. Disusun baik dengan pelbagai mehnah agar kita x lupa tanggungjawab kita kat atas muka bumi ni. Lagipun kalau hidup selalu senang x syok la kan? Kena la ada asam, garam, gula, kicap dan sebagainya. Hehe. Moga2 saya mampu jadi hamba yang bersyukur. Moga2 kita semua mampu jadi hamba yang bersyukur. AMIN.

Ok lagi 2 paper. Bio Pop dan Sejarah S&T. Perang!!!

"Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya."
(Al-Mulk;2)

2 comments: