Tuesday, May 11, 2010

Ini Sejarah Kita 2.

alhamdulillah. masih sempat online. asif kawan2 yang blog kamu saya x sempat menjengah. sejak balik ni rasa macam banyak benda pulak nak buat sampai x rasa nak online. i'll update myself a.s.a.p. ok? insyaAllah. ok sekarang nak sambung post yang lepas. masuk bab sejarah.


Allah telah membahagikan ilmu manusia kepada ilmu sains sosial (telur kuning) dan sains tulen (telur putih). sejarah termasuk dalam sains sosial. tapi kedua-duanya pun adalah sunnatullah dan pasti xkan pernah berubah.

"(Demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu."
(Al-Fath;23)

so, sejarah islam kita bermula bila? tentunya sejak dari terlahirnya Nabi Adam a.s. hingga nabi2 yang seterusnya dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir. sekarang kita fokus pada graf kat atas.

Mekah
-610M turunnya wahyu pertama ketika nabi berumur 40 tahun
-dakwah selama 13 tahun
-3 tahun secara sembunyi2 dan 10 tahun secara terang-terangan
-penanaman dan pengukuhan aqidah serta iman
-xde hukum syara' diturunkan
-diseksa dan diboikot
-tahun kesedihan (kematian Saidatina Khadijah dan Abi Talib)
-lawatan ke Taif dikecam hebat
-Allah kurniakan Isra' Mikraj sebagai hadiah buat nabi
-622M Perjanjian Aqabah 1
-623M Perjanjian Aqabah 2

Madinah
-hijrah, pembinaan Masjid Quba' (masjid pertama)
-Piagam Madinah (penubuhan negara islam yang pertama)
-dakwah selama 10 tahun
-Perang Badar (2H), Perang Uhud (3H), Perjanjian Hudaibiyah (6H), Perang Khaibar (7H), Perang Mut'ah (8H), Perang Tabuk (9H), haji terakhir (10H), kewafatan nabi (11H)

Khulafa' Ar-Rasyideen
-Saidina Abu Bakar as-Siddiq (2 tahun 3 bulan)
-selesaikan masalah nabi palsu, murtad dan enggan bayar zakat
-Saidina Umar Al-Khattab (10 tahun)
-pembukaan banyak wilayah islam yang baru
-memenangi 10 daripada 11 peperangan
-menubuhkan Majlis Syura, Baitul Mal dan pelbagai jabatan
-Saidina Uthman (12 tahun)
-pengumpulan Al-Quran kepada Resam Uthmani
-Saidina Ali (5 tahun)
-zaman fitnah, Perang Jamal dan Perang Siffin
-perlantikan Hassan bin Ali sebagai khalifah
-penyerahan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian

No comments:

Post a Comment