Monday, May 10, 2010

Ini Sejarah Kita.

alhamdulillah. hari ni nak share pasal mukadimah ISK dulu. yang lain akan cuba dikemudiankan. tapi asif. mungkin x lengkap. bagi yang perlukan penjelasan lebih boleh jumpa face to face ye. insyaAllah.

mula2 sekali saya nak tanya. siapakah kita? pelajar? anak? masyarakat? orang melayu? muslim? ye. semua betul insyaAllah. tapi yang paling tepat pastilah muslim. jadi kalau muslim, apakah tanggungjawab kita di atas muka bumi ni?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah;30)

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Az-Zariyat;56)

jadi, dapat kita simpulkan kat sini bahawa tugas kita di bumi Allah ini adalah sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. dengan matlamat yang jelas ni, kita patut sedar yang kita berpegang pada ajaran Allah, yakni islam. jadi, apa maksud islam itu sendiri? haa. kalau dalam skema spm dulu pun ada. islam adalah tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah swt.

"(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), "Berserah dirilah!" Dia menjawab, "Aku berserah diri kepada Tuhan sekalian alam."
(Al-Baqarah;131)

penting untuk diingatkan, islam yang kita aplikasikan dalam hidup ni adalah islam. dan bukan Islam. eh. apa yang bezanya? 'i'slam dengan i huruf kecil bermakna kata kerja. 'I'slam dengan I huruf besar bermakna kata nama. jadi, kita xnak la jadi islam hanya pada nama. hanya serupa macam pada IC. kita mahu jadi islam yang mengamalkan islam itu sendiri. islam is the way of life bak kata orang ramai. so, mari jadi islam!

kita semua ni ada kelebihan masing2. ada yang suara sedap. muka cantik. hensem. pandai bercakap. pandai memasak. dan macam2 lagi la. lepas ni, kita sama2 cari kelebihan masing2 ye. insyaAllah dapat digunakan untuk islam kelak.

"Manusia itu ibarat logam. Mana yang baik di dalam jahiliyah, baik juga di dalam islam. Sekiranya mereka faham."
(HR Bukhari n Muslim)

sebagai pelengkap bagi hadis di atas,

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama."
(HR Bukhari)

so, dapat kita lihat kat sini. apa yang paling penting adalah bagi kita semua memahami islam itu sendiri. memahami dengan hati kerana hati yang menentukan kefahaman seseorang, bukannya otak atau akal manusia. tapi hati kat sini bukannya hati yang liver tu ye. tapi qalbu yang letaknya di dada kita.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah) dan memiliki mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
(Al-A'raf;179)

"Maka tidak pernahkan mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj;46)

so, bila dah tahu semua ni kita kena lah capai matlamat kita. berbalik semula kepada hal2 yang di atas. matlamat kita adalah tujuan kita diturunkan iaitu sebagai khalifah dan 'abidullah. perumpamaan telur. telur kalau belajar bio ada dua bahagian. kuning dan putih. dan pastilah yang kuning yang paling penting sebab kuning yang akan membentuk anak ayam. putih juga penting tapi hanya sebagai penyalur nutrient dan sebagai perlindungan buat embryo. sama jugalah dengan kita. matlamat utama adalah khalifah dan 'abidullah. dan study kita ni hanya sebagai alat untuk mencapai matlamat. insyaAllah. study bukan untuk diri sendiri. tapi untuk menegakkan islam. moga2 niat kita sentiasa betul.


so, tugas kita sekarang adalah berdakwah kepada orang lain (kawan2 pun boleh) di samping menjadi student. diibaratkan kita yang berada di dalam kandang. mahu menarik mereka yang ada di luar kandang, insyaAllah.


salam mujahadah!

5 comments: