subhanallah. alhamdulillah. lailahaillallah. allahuakbar.
kalau baca extra yang atas tu, dapat extra pahala, insyaAllah :)
apa khabar iman dan jasad? moga semuanya baik-baik saja dengan seizinNya. apa khabar pula kehidupan? masih bertarung dengan pilihan dunia yang melelahkan ni? huhuhu.
Ighfirlana Ya Rabb! Robbi yassir wala tua'assir.
sekolah kehidupan yang mengajarkan kita banyak hal. yang pasti membutuhkan kita membuat pilihan dalam banyak perkara. dan moga kita dituntuni hidayah dari Allah. dan bukan dengan kehendak nafsu kita semahunya. ameen.
lately banyak berbicara pasal istikharah. kelmarin murabbi ingatkan pasal istikharah. semalam akhawat sebut pasal istikharah. hari ni kena explain pada mutarabbi pasal istikharah. alhamdulillah. istikharah untuk mementukan jodoh pilihan yang diambil dalam semua perkara dalam hidup. yup. bukan sekadar jodoh, ok! saya khilaf kerana tidak istikharah setiap hari. walhal setiap hari ada pilihan yang harus dibuat. jadi peringatan untuk diri sendiri dan x lupa kamu semua.
Rasulullah saw mengajarkan doa kepada kita :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
(HR Bukhari - Kitab al-Jumu’ah, no: 1162)
maksud doa mathurat:
Jangan Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
mode : blurr. eh?!
No comments:
Post a Comment