Assalamu'alaikum. InsyaAllah, it's my turn to give tazkirah. I posted a note on facebook. Then I thought I might as well post it here. So here it goes..
Hari ni saya nak berkongsi satu kisah. Kisah menjelang kewafatan Khalifah Ar-Rasyideen ke-2, Al-Farouq. Mungkin ada antara kita yang pernah dengar saya cerita kisah ni tapi xpe insyaAllah tak rugi apa-apa kalau pun dengar dua kali kan hehe. Punca kewafatan Umar adalah kerana dibunuh oleh Abu Lu'luah. Umar tak meninggal on the spot tapi beberapa hari lepas tu. Boleh refer Umar Series jugak untuk lebih feel dan faham :)
The story begins..
Di saat-saat akhir kehidupan Umar, beliau رضي الله عنه memanggil enam orang ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh Zubayr Al-Awwam, Thalhah Ubaidillah, Saad Abi Waqqas, Ali Abi Talib, Abdurrahman bin Auf dan Uthman Ibn Affan رضي الله عنهم.Dalam kesakitan Umar bertanya, “Adakah antara kalian yang bercita-cita untuk menjadi khalifah selepasku?”Semua yang hadir terdiam takut. Umar mengulangi pertanyaan beliau lalu Zubayr memberanikan diri untuk menjawab, “Benar. Sememangnya apa yang menjauhkan dan menghalangi kami darinya, sedang engkau hai Umar telah melaksanakannya? Padahal tidaklah kami lebih rendah daripadamu di kalangan Quraisy, juga dalam hal siapa yang lebih dulu masuk Islam, dan juga dalam hal kekerabatan dengan Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم?”Umar tersenyum lalu bertanya, “Bersediakah kalian aku beritahukan tentang sifat-sifat diri kalian?”Mereka menjawab, “Ya kerana engkau jujur dan keras, dan takkan meringankan penilaian ni jika pun kami meminta maaf!”Kata Umar sambil menghela nafas,“Adapun engkau hai Zubayr adalah orang yang cepat terbakar amarah, sempit dada, serta penuh cita-cita. Engkau seorang mukmin di saat redha, dan sekaligus seorang kafir di saat murka. Sehari sebagai manusia dan sehari sebagai syaitan. Boleh jadi jika aku memilihmu dan menyerahkan khilafah kepadamu, nescaya engkau akan berbuat aniaya hatta hanya pada satu mud gandum. Fikirkanlah, hai Zubayr. Demi Allah, Dia takkan menyerahkan urusan ummat Muhammad ini kepadamu sedang dalam dirimu masih mempunyai sifat-sifat ini.”Zubayr tertunduk malu.Kemudian Umar menghadap ke arah Thalhah lalu bertanya, “Apakah aku akan bicara tentangmu atau diam?”“Bicaralah. Aku tahu, sesungguhnya engkau takkan bicara tentang kebaikanku sedikit pun!” jawab Thalhah.“Demi Allah, hai Thalhah. Aku tidak mengenalmu lagi sejak hilangnya jari-jarimu di medan Uhud. Kau dirasuki bangga diri dan sombong. Telah wafat Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم dalam keadaan murka atas apa yang engkau katakan sehingga turunlah ayat hijab. Hai Thalhah, apakah akan aku tambah lagi ataukah aku diam?” Thalhah menangis lalu berkata, “Diamlah! Itu cukup!”Kemudian Umar menghadap ke arah Saad. “Adapun engkau, hai Saad, adalah tukang berburu, pemilik busur, anak panah, dan tombak. Engkau adalah sebahagian dari sekumpulan kuda perang dan pasukan. Engkau seorang panglima perang yang memiliki kuku-kuku singa. Namun kau bukan khalifah! Bahkan Bani Zuhrah pun takkan sanggup kau mengurusnya!”Lalu Umar menghadap ke arah Ali lalu berkata,“Dan adapun engkau, hai Ali. Demi Allah, seandainya bukan kerana unsur jenaka dalam dirimu, nescaya engkau mampu membawa mereka kepada tujuan yang terang dan kebenaran yang jelas ketika engkau memimpin mereka. Sayangnya, mereka takkan mahu dan takkan melakukannya.”Setelahnya, Umar menghadap ke arah Abdurrahman lalu berkata,“Dan engkau, wahai Abdurrahman. Seandainya setengah iman seluruh kaum Muslimin ditimbang dengan imanmu, maka imanmu akan lebih berat. Akan tetapi dalam dirimu terdapat kelemahan. Dan hal khilafah ini, tidak akan baik jika dipegang oleh orang yang memiliki kelemahan seperti kelemahanmu!”Abdurrahman mengangguk-angguk dan tersenyum.Terakhir, Umar menghadap ke arah Uthman dan memintanya menghampiri beliau . Kata Umar lembut,“Sepertinya, hai Uthman. Kaum Quraisy akan mempercayakan urusan khilafah ini kepadamu lantaran kecintaan mereka atasmu. Lalu engkau akan mempersamakan dan mengangkat Bani Umayyah serta Bani Muaith atas manusia dan memuliakan mereka dengan fa’i. Lalu sekelompok serigala serigala Arab akan menyerang dan membunuhmu di tempat tidurmu. Demi Allah, seandainya mereka menyerahkan khilafah kepadamu, niscaya itulah yang akan kau alami. Dan seandainya engkau menerima, niscaya itulah yang akan terjadi.”
Sekian. Kisah ni diolah sikit-sikit daripada buku Dalam Dekapan Ukhuwwah (Salim akhukum Fillah, 2010).
Alhamdulillah wa syukru lillah. Dalam mengharungi jalan yang panjang dan tak mudah ni, Allah mengurniakan saya sahabat terbaik macam kamu-kamu. Mungkin la ada yang perangai pelik-pelik sikit (ok gurau je ni), tapi kamu-kamu lah pelengkap kekurangan saya. Sahabat yang ketawa dan air mata bersama, bila salah ditegur, bila tak tahu pulak diajar. Kalau nak harap diri sendiri, introspeksi tu mungkin bias lagi-lagi saya yang dove ni sebab susah nak nampak kesalahan diri melainkan orang lain yang tolong point out. Tambahan pulak kalau jenis yang hot tempered dan sensitif. Fuhh semangat..
Apa-apa pun saya amat sangat berharap mampu jadi seperti para sahabat macam cerita kat atas. Mampu berkata benar dan mampu menerima teguran dengan baik. Bayangkanlah kalau ada antara kawan kita sebijik macam Umar dan kita berada di posisi Zubayr, Thalhah, Saad, Ali, Abdurrahman dan Uthman? Pengsan atau naik angin dah agaknya kena fire macam tu. Tapi para sahabat yang ditegur x mudah melatah. Para sahabat رضي الله عنهم telan jugak walaupun pahit sebab tahu Umar jujur dalam menegur mereka. Umar sound mereka macam tu tak bermakna mereka ni teruk. Walhal merekalah bintang-bintang yang kita nak ikut dan contohi. Lagi-lagi enam sahabat di atas yang tergolong dalam 10 orang sahabat yang dijamin syurga buat mereka. Moga tarbiyah Allah membukakan hati kita sebesar-besarnya untuk jadi macam mereka رضي الله عنهم. Allahumma ameen..
Sungguh ukhuwwah tu bonus yang tak ternilai. Paling tinggi itsar, paling rendah berlapang dada. Jom bersama mengejar redha Allah, yuk! Uhibbukunna fillah..
dari cerita ni, nampak sangat betapa pentingnya duat itu berjiwa sensitif.. menjadikan dia senang untuk memahami karakter mad'u. tak membebankan apa yang tak mampu.. sekaligus melonjakkan potensi masing2 dalam gelanggang tersendiri.
ReplyDeletemasih berusaha ke arah tu :(
ReplyDelete