satu ayat daripada al-quran yang sering disebut-sebut dan tak kalah jugak diri ni mahu memaknai ayat ni dengan amal. hanya saja masih berusaha kerana mujahadah tu sungguh tak mudah.
generasi terawal.
sabiqun al-awwalun.
malam ni diberi pesan oleh murobbi untuk berkongsi tentang dua sahabat.
zuljaushan al-dhabbabiy. salah seorang daripada ribuan sahabat yang datang bertemu rasulullah saw untuk memeluk islam sewaktu fathul mekah. jadi kenapa nak bercerita tentang zuljaushan sedangkan ada ribuan lagi yang sepertinya?
flashback. selepas peperangan di badar, rasulullah saw datang bertemu zuljaushan yang pada waktu itu belum muslim atas urusan dakwah. tak lain tak bukan untuk mengajaknya kembali kepada islam. pada waktu tu islam baru di awal fasa daulah di madinah. dan di sinilah ada satu golongan yang namanya sabiqun al-awwalun tu. pertanyaan lembut dan penuh hikmah rasulullah saw kepada zuljaushan,
"mahukah kamu menjadi salah seorang di kalangan orang-orang yang pertama?"
kalaulah pertanyaan ni ditujukan kepada kita yang dah mengetahui keistimewaan sabiqun al-awwalun ni di sisi Allah, tentu tanpa banyak soal kita akan menjawab ya. mungkin berebut kena tersangatlah mahu menjadi golongan yang diredhai Allah. tapi apa jawapan zuljaushan kepada rasulullah saw pada ketika itu?
"tidak wahai muhammad, aku akan lihat dulu. sekiranya kau menang, aku akan menyusuli. tapi sekiranya kau kalah, aku pun tak akan dapat apa-apa musibah."
akhirnya islam menang dan zuljaushan seperti apa yang dikatakannya. dia pun memeluk islam selepas pembukaan semula kota mekah. tapi apa istimewanya zuljaushan di situ? mungkin tiada. zuljaushan tidaklah tergolong dalam golongan generasi terawal. paling sedih bukannya zuljaushan tak tahu, malah dia menolak hanya kerana tak yakin dengan masa depan islam.
adakah sama golongan yang memperjuangkan islam dengan susah payah dengan golongan yang menikmati islam ketika islam sudah menang? tak. adakah sama golongan yang terdahulu dengan golongan yang terkemudian? tak. adakah sama sabiqun al-awwalun dan sabiqun al-akhirun? tentu saja tak sama.
diberi satu lagi gambaran salah seorang daripada golongan terawal. uthman bin maz'un.
kurang lebih latar belakangnya sama jugak seperti sesetengah sahabat yang lain yang kaya raya sebelum memeluk islam. golongan bangsawan dan ada segala-galanya yang diingini tapi melepaskan semuanya hanya demi Allah dan rasulNya. apabila penindasan terhadap orang islam berlaku, uthman bersamanya dua orang adiknya berhijrah ke habsyah. setelah tersebarnya khabar angin bahawa mekah telah menerima islam, meraka pulang semula ke mekah. ternyata semua berita tu palsu dan mereka ditahan daripada keluar semula dari mekah.
walaupun uthman dilindungi oleh kaumnya dan jugak alwalid bin mughirah pada waktu itu, semuanya dirasakan tak bererti. perlindungan tu turut dilepaskan dan uthman mengisytiharkan secara terbuka keislamannya. kesudahan pengisytiharan secara terbuka tu sama seperti sahabat yang lain. moga redha Allah ke atas mereka.
jadi yang mana satu kah kita? refleksi. mungkin ada je sisi-sisi diri kita yang sama macam zuljaushan. kalau ada moga dapat disisihkan. dan tak mustahil ada jugak sisi-sisi diri kita yang hampir dengan uthman. kalau ada moga Allah izinkan jadi kenyataan. fikirkan sejauh mana mahu menjadi seperti mereka yang terawal tu. sejauh mana mahu mengikuti mereka dengan baik. simpan refleksi ni untuk dijawab sejujurnya dalam hati.