walaupun manusia boleh mengatur, ketahuilah bahawa sebenarnya Allah lah yang telah mengatur. dan diilhamkanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih sebagai asbab kepada apa yang Dia inginkan. bila Allah katakan kun fayakun, maka itulah dia. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar!
dan kerana manusia ini ciptaanNya yang berperasaan, kita akan selalu beremosi. tak salah, tapi harus boleh dikawal. kenangkan kembali kisah rasulullah saw dan para sahabat ketika penghijrahan ke madinah.
bagaimanakah perasaan ummu salamah dan abu salamah yang terpaksa bepisah demi berhijrah ke madinah?
apakah di fikiran suhaib ar-rumi sewaktu melepaskan seluruh hartanya demi mengejar kebenaran islam yang diyakini?
bagaimanakah perasaan abu bakar bila mengajak rasulullah saw untuk berhijrah hanya demi menyelamatkan aqidah mereka, tetapi rasulullah menjawab belum tiba masanya?
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(93:4)
ternyata perasaan kita bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan dengan para sahabat radiallahu 'anhum. now, back to business everybody! menanti-nanti apa lagi yang Allah nak bagi dalam aturan yang cantik ni :)
No comments:
Post a Comment