Tuesday, October 6, 2009

[no subject]

oh. cuma luahan hati. mungkin membosankan untuk dibaca.

dalam setengah jam yang lalu, saya msg mak nak beritahu pasal pembayaran yuran yang dah pun settle pagi tadi. tetiba mak pulak yang call. nak mintak saya tolong adik yang ada kat pasum tu settlekan yuran, jpa dan kpt dia. memang sebelum tu kakngah ada call saya, tanya macam mana saya buat semua tu tahun lepas. tapi satu yang mak beritahu saya yang kakngah x beritahu. kakngah dah pun dapat result midsem exam yang lalu. oh. mungkin kakngah terlupa. biasanya dia akan beritahu saya. tapi xpe la. mak dah pun inform saya. result exam kakngah sangat baik. jauh lebih baik daripada result saya masa di pasum dulu. alhamdulillah dia dapat semua A. semua A dan hanya fizik yang dapat A-. maknanya algebra, calculus, bio 1, bio 2, kimia 1, kimia 2 dapat round A. saya x terkejut. sebab saya tahu kakngah mampu buat dengan baik. dengan sangat baik. kalau dulu, saya menyalahkan subjek yang diajar di pasum yang agak sukar untuk diikuti bagi pelajar biasa seperti saya. tapi sekarang x lagi. dah xde alasan memandangkan kakngah dapat score 4.00 flat. alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira sebab saya punya adik yang sebegitu sempoi. kalau nak dilihat dari cara kakngah belajar, dia x nampak macam study hard. tapi kakngah memang cekap dan cepat tangkap apa yang diajar dalam kelas. mungkin itu kelebihan dia semenjak di bangku sekolah rendah lagi. sentiasa jadi best student. hampir setiap tahun. hinggalah kakngah grad tingkatan 5 di mrsm pc. tu pun dapat anugerah pelajar terbaik. kalau nak dibandingkan dengan saya, sangatlah jauh bezanya. kendatipun kami ni adik-beradik, selalu juga orang bandingkan kami. tapi mak dan ayah x pernah nak bandingkan kami. bagi mereka kami semua 4 beradik ni sama je. alhamdulillah. selama ni, saya x pernah rasa macam ni. rasa macam iri hati atau boleh kata x senang sebab kakngah dapat result yang baik daripada saya. rasa dikalahkan. kalau sebelum ni, saya yang mendahului dan adik2 yang ikut jejak langkah saya. tapi sekarang saya dah gagal jadi role model yang baik. huhu. rasa sangat sedih dan mungkin x ikhlas. naudzubillah. saya harap saya x begitu. saya nak jadi hamba yang bersyukur. tahu apa tu erti syukur. moga Allah membantu saya menangani konflik diri ni. di luar orang mungkin nampak saya sebagai seorang yang ceria. jovial. tapi di dalam siapa yang tahu. semua ni membuatkan saya terfikir semula saat saya mendapat tawaran untuk melakukan foundation di msu dalam bidang perubatan (PILN) selepas spm yang lalu. tapi saya juga x pasti kenapa dengan PASTInya saya tolak tawaran yang berharga tu. dan lepas tu terima tawaran untuk masuk um. entah. mungkin memang salah saya. tapi x. semua tu qada' dan qadar. insafi diri. kalau la saya terima tawaran tu, mungkin sya sudahpun bersama-sama qiela di medical school di warsaw, poland. tu pn jika result saya baik. hmm. tapi saya sedar. sebahagian daripada 'kalau' tu memang x elok. buat keimanan saya berkurang terhadap takdir Allah. naudzubillah. apa2 pn, saya sangat kagum dengan semangat kakngah. kalau dulu, dia teringin sangat nak further study di russia dalam bidang perubatan. tapi mungkin dah memang bukan rezeki. kakngah x termasuk dalam senarai. saya tahu kakngah betul2 sedih sebab x diterima bawah program mara yang satu ni. lepas daripada kena reject tu, kakngah semacam x kesah dah dengan PILN. belajar di malaysia je katanya. xpe la. alhamdulillah kakngah ok. tapi saya masih lagi sedaya upaya ikhlaskan diri sendiri terima semua ni. dulu saya fikir saya dah pun tangani semua ni. tapi nampaknya x. saya kerap ingatkan diri sendiri. pujuk diri. percaya dengan apa yang ditentukan oleh-Nya. ye. mungkin ini yang terbaik. saya pasti. setiap insan punya rezeki masing2. cuma tempat dan masa yang menentukan. insyaAllah. bila mengenangkan semula masa berbual dengan mak tadi, hati rasa sayu. rupa-rupanya mak tahu saya rasa sedih bila dapat tahu mengenai result kakngah. mak pun lekas2 pujuk saya. pesannya, xpe. mungkin ini memang sudah rezeki masing2. rezeki kaklong dan kakngah. saya akur. subhanallah. hati seorang ibu. begitu dia tahu anaknya dalam kesedihan tanpa diberitahu. Allah tu Maha Besar.

apa2 pn, sekarang saya akan teruskan study saya dlm bidang sains mikrobiologi di um ni. dengan harapan agar apa yang dirancang dalam hidup ni, diredhai dan diperkenankan oleh Allah. wallahu'alam. Yang Maha Esa lebih mengetahui. moga saya sentiasa ikhlas dalam menghadapi semua ni dengan izin dari-Nya. AMIN...

sedikit lega. agak membantu blog ni. alhamdulillah.

6 comments:

  1. jgn pikir 2 kali pasal keputusan kite...
    semua 2 takdir...
    kalo da choose path 2...just go ahead...
    lagi satu, pasal result...
    xyah iri hati...mne la taw nnti kite ade lebih kt tmpt lain...
    sape tahu rezeki Allah...

    ReplyDelete
  2. x sangke de yg nk bace. seriously.
    neway, thanx ye paan.
    really appreciate it.
    :)

    ReplyDelete
  3. smlam boring..
    bce je la ape yg ade utk dibace...
    trsentuh jugk la kan...

    ReplyDelete
  4. salam...
    syukran ya najihah iman.
    alhamdulillah..

    ReplyDelete