Wednesday, October 21, 2009

tips menjaga kecantikan.


"saya ni cantik ke x??"
jika itu soalan yang diajukan kepada kita, x kira lah daripada sesiapa pun, apa yang akan kita jawab?? pastilah yang sejujurnya. ke berbohong sekadar nak menyedapkan hati si tukang tanya soalan??
orang kata, cantik tu subjektif. ye, saya percaya. tapi, bagaimana kita sendiri mentafsirkan maksud cantik tu?? apa maksud cantik luaran, cantik dalaman yang sering diperkatakan orang ramai??
saya x punya definisi tersendiri bila bercakap mengenai 'cantik'. tapi x mengapa. kat sini cuma nak berkongsi petua kecantikan yang mudah dan percuma *oh ye. bapa saudara sy yg beri* :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. *sy juga x tahu kenapa, tp akan bertanya kpd yg lebih alim* Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Solat fardhu + solat sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa. Dalam penemuan saintifik juga ada menyatakan pelbagai hikmah yang menyihatkan badan apabila melaksanakan solat. Saya x ingat tajuk satu buku tu, tapi boleh la survey di jalan masjid india ye.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku.)
(HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. Zikrullah tu kan penyejuk hati. InsyaAllah bukan bibir saja yang menawan, hati pun turut bercahaya.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Sebaiknya ikutlah diet yang Rasulullah amalkan.


6. Untuk mengembangkan *perkataan yg x sesuai tp x tau nk ganti dgn yg lebih baik* diri, sebarkan salam dan sapaan. Bukankah salam itu doa?? Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. insyaAllah. Tapi jangan lupa ikhtilat muslimin dan muslimat pula.

~ingatlah. Allah itu cantik, dan suka akan kecantikan.~

2 comments:

  1. tma kasih bebyk atas tips tersebut.

    sgt b'manfaat n berilmu.

    tma kasih ye..

    ReplyDelete
  2. hoho. hanya ckit prkongsian. afwan.

    ReplyDelete