Tuesday, June 16, 2015

Rasulullah, ajarkan aku cinta.


semakin lama berada atas jalan ni, semakin banyak istilah-istilah asing yang diketahui. almaklumlah bukan pelajar aliran agama dan sebelumnya pulak tak pernah secara formal belajar bahasa arab. hanya orang biasa yang bertatih-tatih dengan bahasa syurga yang indah ni.

hence, that explains my situation if i question a lot.

alhamdulillah. mengenali tarbiyah membuatkan diri lebih mendalami tafsir quran, mengamalkan tadabbur dan sedikit demi sedikit belajar bahasa arab. lebih-lebih lagi bila dapat murabbi dan mutarabbi taiko arabic. fuhhh. dan sungguh, ada je peluang untuk belajar daripada mereka. nikmat yang mana lagi yang nak didustakan? tsumma alhamdulillah.

muayasyah.

salah satu istilah yang diperkenalkan semenjak disapa dakwah dan tarbiyah. kurang lebih maksudnya adalah bergaul mesra. satu konsep fundamental dalam memahami dan memenangi hati manusia. paling penting, ia adalah kerja para rasul dan anbiya'. kerja mulia.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan perkara yang disakiti mereka lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur gaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan perkara yang disakiti mereka.

(HR Bukhari dan At-Tarmizi)

saranan muayasyah. rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyantuni dan mendidik umat di sekelilingnya. rasulullah s.a.w. berada di mana-mana. mudah dijumpai di rumah, masjid, pasar, hatta di tepian jalan sekalipun. dan kerana rasulullah s.a.w. uswah hasanah, tak pernah gagal menjadi inspirasi terutamanya di kala hidup sesak dan melelahkan ini.

taken from someone's instagram. teruskan berlari :)

diary: few of my dear mutarabbi are exactly like me with no basic arabic. when they tried to use these alienated terms, they are just adorable hehe. may Allah grants us kowledge and join us with the righteous. ameen ameen ameen. now, let's finish off the cupcakes project!

No comments:

Post a Comment