Tuesday, August 31, 2010

ihram 2010.



alhamdulillah. berakhir sudah projek ihya' ramadhan 2010 kolej kediaman tuanku kurshiah. macam2 ada. yang pasti, semuanya akan dirindui. penangan ukhuwwah yang bermula dalam ramadhan ni memang superb. moga kami beroleh redha Ilahi. doa rabitah!

(^_^)

Monday, August 30, 2010

=.=


sudah memasuki 10 malam terakhir ramadhan. bagaimana dengan rahmat dan keampunan-Nya? moga x menzalimi diri sendiri. huhu. mujahadah lagi!

Friday, August 27, 2010

sutera kasih.


Sutera Kasih : In-Team

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan

Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Kepada Allah kita menyembah, kepada Allah kita meminta pertolongan.

hari ni.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

masih bernafas sampai saat ni. semoga nafas yang dipinjamkan diredhai Allah.

27 ogos 1965. tanggal kelahiran mak tersayang. yang satu, xde yang lain. susah nak luah dengan perkataan.

wallahu'alam.

lagi, malam ni 17 ramadhan. hari yang mana dalam kalendar islam, sangat2 special. antara yang paling diingati, nuzul quran dan kemenangan perang badar. mari ingat semula!

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

oh ye. lagi, malam ni jom baca Al-Kahfi :)

dalam diari hidup saya, hari ni insyaAllah macam2 jadi. tapi harap moga semuanya x lebih menjauhkan saya daripada yang sepatutnya.

muhasabah.

Wednesday, August 25, 2010

1/2.


alhamdulillah. dah pun 1/2 ramadhan. 15 hari dah berlalu. fasa rahmat pun dah lepas. n sekarang pertengahan fasa keampunan. macam mana diri sendiri? iman pun setengah dan separuh ke? huhu. mujahadah lagi. tepuk dada, tanya hati.

oh ye. by the way, dalam kalendar islam hari ni ulangtahun kelahiran cucu Rasulullah s.a.w. cuba teka siapa? saidina hassan bin ali.

baru menyedari ke'best'an sejarah. alhamdulillah.
(^_^)

Monday, August 23, 2010

malam.

.hidupkan malam sebaiknya.

Saturday, August 21, 2010

21 oktober 2010.

.kafa.
.bubur lambuk dan grand iftar.
.intifada.

curi masa. khilaf sendiri x guna blog waktu2 camni. sikit sharing2.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan me
ndapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."


(HR Muslim)

Friday, August 20, 2010

muhasabah ramadhan.

layan lagu muhasabah ramadhan by unic, in-team dan hijjaz.
bonus ada short film.
jom cari ibrahnya.

Thursday, August 19, 2010

fullstop.


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
(Al-Baqarah;152)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Dia sentiasa bagi balasan yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. Chill la kamu. Usaha lagi k. Rezeki, kurnia Dia kasi x terkira. InsyaAllah ni yang terbaik. :)

Tuesday, August 17, 2010

kafa.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

kafa = kelas asa fardhu ain

istimewa buat pelajar universiti malaya,
siapa mahu bonus bulan ramadhan ni angkat tangan! hehe. jom lazimi diri sendiri untuk ke majlis2 ilmu terutamanya dalam bulan barakah ni, yang insyaAllah dinaungi sayap para malaikat dan disuburi dengan zikir2 alam semesta. haa. mahu? taman2 syurga di dunia tu. fikir2kan k.

KAFA, salah satu projek dibawah MPMUM akan dijalankan hampir setiap minggu pada hari sabtu, bermula minggu ni. detail untuk kelas yang pertama:

tarikh : 21 ogos 2010
pendaftaran : 8.00 pg - 9.00 pg
masa : 9.00 pg - 1.00 tgh
tempat : dewan perdana 1, KPS
yuran modul : RM3

sebarang pertanyaan boleh diutarakan ye :)

Sunday, August 15, 2010

momentum.


masih mencari extra momentum untuk excel dalam madrasah tarbiyyah ni.

Monday, August 9, 2010

Allahumma ballighna ramadhan.


alhamdulillah. sudah malam terakhir sya'ban 1431H. harapan masih dipinjamkan nyawa untuk merasa sya'ban tahun depan, insyaAllah.

entering ramadhan mode.

marhaban ya ramadhan. ahlan wasahlan ya ramadhan. atau ape2 ucapan menyambut ramadhan yang lain pun ok. x perlu berbahas. yang penting ramadhan x disembah tapi diraikan festival ibadah ini sebaiknya. strive for mardhotillah!

berperang dengan nafsu.

moga Allah benarkan untuk merasa nikmat iman dan islam sepanjang ramadhan kali ni. touch up mutaba'ah amal. raikan ramadhan, gandakan amalan. tapi bukan setakat ramadhan je tau. cuba biar istiqamah sampai bila2. ouh saya yang lemah. mujahadah!

Tuesday, August 3, 2010

fitrah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa untuk coret2 kat odyssey. baru ada feel nak menulis sejak sibuk dengan hidup student yang hectic ni. padahal sem ni baru 21 jam kredit. huhu. harapan agar urusan akhirat x tercicir.

naudzubillah.

sikit sharing2,


satu perkara yang saya dapat daripada ummi mum yang saya fikir sangat menarik untuk dikongsi. kamu tahu? tumbler kat atas ni islam. ha! apekah?

haa. cuba fikir semula. setiap benda atas muka bumi ni diperbuat daripada atom2. zarah2 kecil etc. alaa. yang macam kita belajar dalam sains tu. dan kamu pasti tahu siapa yang mencipta semua ni. nah. pastilah Allah Yang Maha Kuasa. setiap kali tumbler bergerak, atom2 akan vibrate. setiap kali atom2 ni vibrate, ia berzikir kepada Allah. subhanallah. so, konfem2 la tumbler kat atas ni pun islam. betul x?

sekadar mengajak untuk berfikir sejenak. hmm...