Monday, September 27, 2010

rindu.

alhamdulillah. dah lebih 2 minggu syawal menjengah. ramai pun yang dah habis puasa 6. tapi dah x dengar lagi takbir raya yang live punya. macam awal2 raya dulu. hanya yang recording. rindu.

Friday, September 24, 2010

karat.

.berus besi x mampu membuang karat jahiliyyah.

Wednesday, September 22, 2010

busy.

Daripada Ma'qil bin Yasar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Beribadat di saat huru hara (dunia kacau bilau), adalah seperti berhijrah kepadaku.
(HR Muslim)

NOW, REMEMBER! (nada dr hasimah) ;)

sesibuk mana pun kita dengan hal dunia ni (sebagai student =.=), moga kita tetap menjalankan tanggungjawab sebagai 'abid dan khalifah, insyaAllah..

Tuesday, September 21, 2010

ya ayyuhasy syabab!

berehat sebentar bersama blog di tengah kesibukan menyiapkan lab report.


get the message?

Sunday, September 19, 2010

sandaran hati.

~by Letto~


yakinkah ku berdiri

di hampa tanpa tepi

bolehkah aku

mendengarMu


terkubur dalam emosi

tak bisa bersembunyi

aku dan nafasku

merindukanMu


terpuruk ku di sini

teraniaya sepi

dan ku tahu pasti

Kau menemani


dalam hidupku

kesendirianku


teringat ku teringat

pada janjiMu ku terikat

hanya sekejap ku berdiri

kulakukan sepenuh hati


peduli ku peduli

siang dan malam yang berganti

sedihku ini tak ada arti

jika Kaulah sandaran hati

Kaulah sandaran hati


inikah yang Kau mahu

benarkah ini jalanMu

hanyalah Engkau

yang ku tuju


pegang erat tanganku

bimbing langkah kakiku

aku hilang arah

tanpa hadirMu


dalam gelapnya

malam hariku


dedikasi buat sahabat : najwa hanim. teringat kamu oke bila dengar lagu ni. kenangan masa muda2 dulu. ecehh ;)

Saturday, September 18, 2010

subtle.

.ghazwul fikr yang berleluasa.

Friday, September 17, 2010

mazhab.

sharing daripada akh hafinas adamtiara..

Oleh: Moderator MSFTW

Si A: Kau tahu tak bahawa menyentuh Isteri sebenarnya tidak membatalkan Wuduk

Si B:Tapi dalam mazhab Syafie mengatakan ia batal. Kita kena la ikut Mazhab Syafie

Si A: Bagaimana pula kau kata kita mesti ikut Mazhab Syafie? Yang kita perlu ikut ialah Quran dan Hadith yang sahih.

Si B: Kau ni tak belajar ke. Kan ustaz kita kata kena ikut 1 mazhab sahaja. Kau jangan cuba hina Imam Syafie

Si A: Aku nak tanya kau, apa nama sebenar Imam Syafie dan apa kitabnya?

Si B: Err...Err.. Mana lah aku tahu.

Si A: Kau sendiri tak tahu nama sebenar Imam Syafie (Muhammad Bin Idris) apatah lagi kitabnya ( Al-Umm, Ar Risalah dll). Jadi aku lebih mengetahui mengenai mazhab Syafie melibihi kau.

Si B: Tapi Malaysia mestilah ikut Mazhab Syafie. Kalau dah keluar negara tu barulah boleh tukar Mazhab.

Si A: Sejak bila Imam Syafie membentuk Mazhab ikut sempadan negara? Sempadan yang ada kini pun sempadan yang ditentukan oleh British. Mana mungkin mazhab mengikut garis sempadan yang dibuat British? Ketika Zaman Imam Syafie (wafat 204 H) negara Malaysia belum lagi terbentuk.

Si B: Tapi kita kena la ikut 1 pendapat Mazhab sahaja. Mana boleh tukar-tukar.

Si A: Aku lebih mendalami ilmu mazhab Syafie dan Imam Syafie tak pernah kata macam yang kau kata.

Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Si B: Err..Err.. Kau mana boleh cakap macam tu. Kau bukan Ustaz. Kau kena dalami dulu ilmu agama betul-betul baru boleh cakap (Si B sudah berada dalam situasi mati akal namun tetap berdegil)

Si A: Kau pernah dengar hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim?

Si B: Mestilah pernah sebab itulah hadith yang paling banyak keluar dalam ceramah dan TV. Tu kan hadith sahih.

Si A: Kenapa kau tak pakai riwayat Imam Syafie? Kenapa kau pakai Riwayat Imam Bukhari dan Muslim? Bukankah itu seperti menjadi Mazhab Bukhari dan Muslim?

Si B: Err.. Err.. Tapi Imam Syafie lebih pandai dari kita kan? Lebih pandai dari Ulama sekarang

Si A: Saya ingin bertanya, antara Dr Yusuf Qardawi dan Imam Syafie, yang mana lebih banyak berjumpa dengan hadith sahih?

Si B: Sudah tentulah Imam Syafie. Dia kan Imam Mazhab (Si B memberi jawapan tanpa berfikir)

Si A: Imam Syafie wafat pada tahun 204 H. Manakala Imam Bukhari lahir pada 194 H. Ketika wafatnya Imam Syafie, Imam Bukhari berumur 10 tahun dan ketika itu Sahih Bukhari masih belum wujud. Maka Imam Syafie belum pernah membaca kitab hadith paling sahih iaitu Sahih Bukhari. Dr Yusuf Qardawi pernah membaca Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud , Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah dan Sunan Nasai yang kesemuanya wujud selepas kewafatan Imam Syafie. Jadi Dr Yusuf Qardawi melihat lebih banyak pendapat dan membandingkannya.

Si B: Kau siapa nak menilai Ulama macam tu. Kau sendiri tak perfect lagi. Kau kena belajar lagi jangan main cakap sebarangan (Si B menggunakan hujah emosi untuk mempertahankan egonya).

Si A: Kau pernah bayar Zakat tak?

Si B: Mestilah pernah, itu kan Wajib.

Si A: Kalau ikut Mazhab Syafie, tidak sah zakat dengan mata Wang sekarang. Ia hendaklah dari barangan ruji dan asasi. Jika ikut Mazhab Syafie, kau tak boleh berurusan dengan air di mesin kerana air di mesin tidak ada akad " Aku jual, aku beli".

Kalau satu-satu pendapat Imam Syafie itu lebih kuat dalilnya berbanding Imam lain, maka kita ambil pendapatnya.

Kesemua Imam Mazhab berpendirian yang sama dalam hal ini.

Imam Abu Hanifah berkata: (mazhab hanafi)
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik berkata: (mazhab maliki)
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam ahmad bin Hambal berkata: (mazhab hambali)
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

Imam Mazhab itu adalah salah seorang perawi hadith sahaja. Dan ada beratus perawi hadith di dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukan dihadkan kepada 4 orang sahaja. Lihat:
http://ahlulhadist.wordpress.com/

Si B: Tapi hormatilah mazhab lain. Jangan menghina mazhab lain

Si A: Ini bukan soal menghormati dan menghina. Kitalah yang menghormati Imam-imam Mazhab jika berdisiplin mengikut hadith yang sahih dalam sesuatu hukum tanpa taksub kepada tokoh. Ini kerana semua Imam berdisiplin sama dalam hal ini. Jika kamu nak tahu, mazhab maliki menghalalkan makan daging anjing. Bolehkah kita membenarkan perkara itu? Kita mestilah menegahnya dan mengemukakan dalilnya. Mungkin Imam Mazhab tidak berjumpa dengan hadith tersebut namun dijumpai oleh Imam yang lain.

Si B: Kau ni nak ikut mazhab lain kau lagi pandai dari Imam Syafie ke?

Si A: Kau ni taqlid dengan mazhab Syafie kau lebih pandai dari Imam Malik, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah ke?

Si B: Dah la, malas aku nak bercakap dengan kau. Baik kau pergi belajar dulu dan belajar dengan guru. Kau WAHABI !!! (Senjata terakhir)

KESIMPULAN

Moralnya di sini, jika kita orang awam menyaksikan perbualan ini, akal yang waras akan dapat membezakan siapa yang salah dan siapa yang benar dalam perbualan ini. Namun amat didukacitakan ego menghalang seseorang dari menerima kebenaran dan menilai pendapat.


Kata Ulama mahsyur Dr Yusuf Qardawi:


Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat dalam masyarakat kita, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandang luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s 202,Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)

Wallahua'lam.

Thursday, September 16, 2010

seorang yang x seorang.

alhamdulillah. balik semula ke kolej. saya mungkin seorang2 sekarang ni. tapi sebenarnya x. Allah kan ada. di kanan dan kiri jugak ada. syukran bagi yang concern. jazakumullah.

Tuesday, September 14, 2010

microbe.

beraya pula bersama journal, lab report, presentation dan poster.

Monday, September 13, 2010

puasa 6.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam di hari bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun.

(HR Muslim)

Sunday, September 12, 2010

steps.

.insyaAllah.

graduates from the best madrasah. ramadhan kareem. hoping that we passed it successfully. paradigm shifts? may we have the istiqamah in everyday lives.

self-building. through the best life manual. may we not leave the quran and sunnah.

long journey? maybe a short one to the eternal life. may Allah bless us with strength, guide our way and not to let us go astray. may we reflect the real muslim.

.ameen.

Friday, September 10, 2010

1 syawal.

hari pertama meninggalkan ramadhan. alhamdulillah. segala puji-pujian hanya untuk Allah.

sejak malam tadi dah boleh dengar orang takbir raya sana sini. kt masjid, tv, etc. sayu hati ni.

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(HR at-Tabrani)

moga masih berpeluang dengar takbir raya lagi lepas ni. insyaAllah.

sikit sharing2 di hari pertama lebaran:

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari ’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(HR Muslim)

berharap hari kemenangan ni layak untuk diri ni...

Thursday, September 9, 2010

malam raya.


alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

diberi kesempatan menghabiskan ramadhan tahun 1431H ni. moga ramadhan kali ni lebih bermakna daripada yang sebelumnya. dan semoga kita semua diredhai Allah. moga Allah pertemukan kita lagi dengan bulan mulia ni untuk tahun2 yang akan datang. ameen.

sikit sharing2 sempena malam 1 syawal.

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW
bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Ibnu Majah)

mari hiasi syawal kita dengan takbir, tahmid dan tasbih insyaAllah..

nota kaki : teringat pesanan sisters ukhuwwah fillah. moga segala amalan yang dilipat gandakan sepanjang berada di madrasah tarbiyyah kali ni x terhenti setakat bulan ramadhan je. insyaAllah bulan mulia ni dijadikan platform untuk gain inertia untuk 11 bulan yang akan datang. moga kita semua dipermudahkan olehNya. ameen..

Tuesday, September 7, 2010

balik kampung.

insyaAllah hari ni akan balik ke kampung di sitiawan, perak. pagi ni mak dan ayah ada hal mendadak. jadi kami akan bertolak usai zuhur. dijangka sampai lepas isyak. moga2 tarawikh x terlepas. huhu. mujahadah fareha!

hmm. raya pertama tanpa tokwan. x tahu macam mana. mungkin terasa lain. tapi insyaAllah kami ok.


rasa macam x sempat. masih x cukup. sayang nak lepaskan ramadhan. apa yang dapat ramadhan kali ni? istighfar. muhasabah. berfikir sejenak.

muhasabah ramadhan.

Album : Nur Syawal
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

teringat status fb seorang kawan ni:
"Kalaulah Ramadhan adalah universiti, confirm aku extend."

diari ramadhan.

sharing daripada budak2 tinggi imaginasi kolej kediaman tuanku kurshiah. ni gimik untuk penutup ihram 2010 yang lepas. kenangan.


nota kaki : adat bertuntung @ memasang pelita di kurshiah memang kami start seawal puasa. meraikan bulan ramadhan ye. bukan tujuh likur.

Sunday, September 5, 2010

sahur.

sikit sharing diari ramadhan. alhamdulillah hari ni x terlepas sahur. semalam satu famili saya x bangun sahur. erk. mak cakap ni kali pertama x bangun sahur sejak kahwin dengan ayah, 20++ tahun lalu. comel x? hehe. tapi sayang. hilang peluang nak kutip barakah Allah. huhu. muhasabah kembali.

kamu tahu? dalam sahur tu ada berkat? sahur membezakan puasa kita dengan ahli kitab?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(HR Muslim)

haa. hadis sahih tu. insyaAllah kita semua mampu buat. bonus sharing:

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(HR Bukhari dan Muslim)

moga sharing yang agak telat ni membawa manfaat. better late than never :)

Friday, September 3, 2010

pulang.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

dah sampai rumah. siap sempat berbuka kat rumah lagi. syukur.
jom topup pahala yang x sempat nak buat kat kolej dan kampus. tolong mak ayah sebaik mungkin. jom jadikan sisa2 ramadhan tahun ni lebih bermakna.

moga kita beroleh redha Allah :)

Wednesday, September 1, 2010

mati.


astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim.

ingat mati menghilangkan keinginan pada dunia. itu pasti. andai x, ada something wrong somewhere. tapi sejauh mana saya sendiri mengingati mati? istighfar lagi. sesungguhnya orang yang cerdik itu adalah mereka yang selalu ingat kepada kematian. ingatkan saya bila saya lupa.

muhasabah.