Sunday, September 5, 2010

sahur.

sikit sharing diari ramadhan. alhamdulillah hari ni x terlepas sahur. semalam satu famili saya x bangun sahur. erk. mak cakap ni kali pertama x bangun sahur sejak kahwin dengan ayah, 20++ tahun lalu. comel x? hehe. tapi sayang. hilang peluang nak kutip barakah Allah. huhu. muhasabah kembali.

kamu tahu? dalam sahur tu ada berkat? sahur membezakan puasa kita dengan ahli kitab?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(HR Muslim)

haa. hadis sahih tu. insyaAllah kita semua mampu buat. bonus sharing:

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(HR Bukhari dan Muslim)

moga sharing yang agak telat ni membawa manfaat. better late than never :)

2 comments: