Friday, October 30, 2009

perjuangan.


aja2. fighting2. sejujurnya saya sendiri x tahu ape yg dimaksudkan dengan kata2 ni. tapi bunyinya macam kata2 pembakar semangat. oh abaikan.


semangat dalam berjuang. ape tu?? sejauh mana kita memandang 'perjuangan' itu?? dari konteks ape?? hmm.. saya sendiri meletakkan perjuangan tu dalam semua aspek hidup ni.
oh kenapa susahkan diri?? tak. tu matlamat saya.




berjuang dari segi ape?? jihad dalam memerangi nafsu *jihad yang paling utama* . jihad fisabilillah la pokok pangkalnya. perjuangan dalam amal makruf, nahi mungkar. berjuang dalam menuntut ilmu. boleh jadi juga berjuang untuk orang tercinta *btul2 ni* . oh ye terlupa. berjuang bermati-matian dalam berebut puding *teringat cite my boss, my hero* . gurau jek. chill.




teringat pula text msg daripada seorang sahabat. katanya:

andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya
andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqomah
andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai tertarik padanya
tapi hakikat perjuangan bukan begitu
turun naiknya, sakit pedihnya
umpama kemanisan yang x terhingga
andai rebah bangkitlah semula, andai terluka ingatlah janjinya
nahnu ansorullah
perjuangan yang paling dekat buat masa ni adalah di medan imtihan. maat taufiq wannajah, insyaAllah. berjuang adalah sukar jika berseorangan. jadi berjemaahlah. jika x mampu, ingatlah Allah sentiasa ada untuk kita. doa senjata mukmin. wallahu'alam...
p/s : download lagu 'perjuangan' drpd saff-one...

Monday, October 26, 2009

[tukar tajuk]


tips2 sukses




insyaAllah. dalam seminggu lagi saya akan mengambil final exam untuk sem 1 ni. preparation?? setakat ni masih belum cukup la kalau nak suruh jawab exam tiba2. tapi nekad. akan buat yg terbaik. *seme owg pn cmtu* . oh ye. peringatan untuk diri sendiri setiap kali nak berblog:


GXEX1412
-3/11/2009
- *lampiran c*
-3.00 ptg

SHES1200
-5/11/2009
-Aras 2
-3.00 ptg
SHES1202
-9/11/2009
-Aras 2
-3.00 ptg

SCES1200
-11/11/2009
-DTC
-8.30 pg

SXEX1400
-13/11/2009
-Aras 1
-8.30 pg

SXEX1101
-17/11/2009
-Aras 1
-3.00 ptg


jgn berputus asa dari rahmat Allah


study. study. study.

tapi jalan dakwahku pula macam mana?? teringat pula semasa tazkirah di pasum dulu. kata akak naqibah saya, dakwah muslimah ni menurun bila dah mula mendirikan rumah tangga. eh yeke?? tapi xpe la. bagi saya yang masih belajar ni, akan cuba konsistenkan rutin berblog saya. insyaAllah istiqamah. walaupun x dinafikan musim2 exam ni akan menurun sikit. nak lebih tumpu pada study, alasannya.

ape2 pun, best of luck saya ucapkan pada yang akan menduduki exam. dan juga pada yang telah dan sedang pun mengambil exam. usaha + tawakkal + redha. insyaallah semua akan sukses. AMIN.

Sunday, October 25, 2009

kem pengurusan 2009.


KEM PENGURUSAN JENAZAH DAN PENYEMBELIHAN.

alhamdulillah. dah selesai pun kem pengurusan ni pada malam semalam. sama seperti projek2 kolej yang lain, projek kali ini turut mengalami beberapa masalah. mungkin x akan pernah ada yang sempurna.



tapi saya sentiasa berpegang kepada kata2 mantan ketua protokol IHRAM kami. kata kak nadiah, "dalam projek2 ni lah kita semua nak belajar. jadi kalau buat silap, xpe. baru kita tahu mana betul, mana salah. sama2 la kita belajar." *lebih kurg laa ayatnye* .



jadi kepada semua nadi penggerak kem ni, terutamanya pengarah, majlis tertinggi dan ketua2 unit yang ada, tahniah yang sesungguhnya diucapkan. saya mungkin x rasa apa yang anda semua rasa. tapi saya juga memahami. kata maap mula2 saya hulurkan atas segala khilaf diri ni. andai ada "lain kali' , insyaAllah kita semua dapat buat dengan lebih baik. yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan.



tahniah dan terima kasih ye buat semua.

Thursday, October 22, 2009

egois.

lagi perkongsian. egois daripada mestica. baru taaruf dengan lagu nasyid ni semalam daripada seorang teman. tapi kami dan pun mesra hari ni. ni lirik2 hikmat:

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan
setelah 'dibaca antara dua baris' , saya berpendapat yang lagu ni ditujukan kepada semua dan setiap pemimpin yang ada di atas muka bumi ni. ni hanya cara saya tafsirkan lagu ni. mungkin lain bagi orang lain.
tapi suka saya ingatkan di sini. bahawa setiap satu daripada kita adalah merupakan pemimpin sebenarnya. bagaimana pula boleh macam tu?? jika difikir kembali, kita secara automatik dan x sedar bahawa kita sering dan selalu memimpin diri kita saban hari. dalam erti kata lain, memimpin membuat keputusan dalam setiap apa yang kita mahu dan sedang buat. x perlu menjawat apa2 jawatan. besar atau kecil. kita sudahpun digelar pemimpin hari ni. apa lagi pada masa akan datang. memimpin keluarga, dan juga ummah. insyaallah.
silalah dalami maksud untaian kata di atas ni. jika terkena pada batang hidung sendiri, sama2 lah kita hijrah ke arah yang lebih baik.

Wednesday, October 21, 2009

tips menjaga kecantikan.


"saya ni cantik ke x??"
jika itu soalan yang diajukan kepada kita, x kira lah daripada sesiapa pun, apa yang akan kita jawab?? pastilah yang sejujurnya. ke berbohong sekadar nak menyedapkan hati si tukang tanya soalan??
orang kata, cantik tu subjektif. ye, saya percaya. tapi, bagaimana kita sendiri mentafsirkan maksud cantik tu?? apa maksud cantik luaran, cantik dalaman yang sering diperkatakan orang ramai??
saya x punya definisi tersendiri bila bercakap mengenai 'cantik'. tapi x mengapa. kat sini cuma nak berkongsi petua kecantikan yang mudah dan percuma *oh ye. bapa saudara sy yg beri* :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. *sy juga x tahu kenapa, tp akan bertanya kpd yg lebih alim* Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Solat fardhu + solat sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa. Dalam penemuan saintifik juga ada menyatakan pelbagai hikmah yang menyihatkan badan apabila melaksanakan solat. Saya x ingat tajuk satu buku tu, tapi boleh la survey di jalan masjid india ye.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku.)
(HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. Zikrullah tu kan penyejuk hati. InsyaAllah bukan bibir saja yang menawan, hati pun turut bercahaya.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. Sebaiknya ikutlah diet yang Rasulullah amalkan.


6. Untuk mengembangkan *perkataan yg x sesuai tp x tau nk ganti dgn yg lebih baik* diri, sebarkan salam dan sapaan. Bukankah salam itu doa?? Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. insyaAllah. Tapi jangan lupa ikhtilat muslimin dan muslimat pula.

~ingatlah. Allah itu cantik, dan suka akan kecantikan.~

Tuesday, October 20, 2009

martial arts.


seni bela diri?? tadi ada satu majlis ringkas di dm tentang kesedaran seni bela diri.. en fazil cakap akan ada kelas pertahanan diri masuk sem 2 nanti. yang pasti saya mahu join program ni. uhuh?? penting sangat ke seni bela diri ni?? of course la kan. dalam akhbar zaman ni pun dah banyak cerita pasal jenayah. dari depan sampai belakang. penuh cerita2 yang seangkatan dengannya x kira la dari segi sosial ke, ekonomi ke, politik ke, sukan pun dua kali lima.


hmm.. pesan mak selalu di hati, "zaman sekarang ni ramai orang jahat. jadi kena hati2.".. baiklah mak. oleh sebab itu, mak dah pun hantar saya dan adik ke kelas taekwondo (WTF) sejak di bangku sekolah rendah lagi. pada mulanya teringin nak belajar silat. tapi sayang. di sekolah rendah saya dulu x ada yang mengajar silat. jadi saya pun memilih taekwondo walaupun ada banyak lagi martial arts yang lain. judo, karatedo, silambam, wushu, kick boxing, kung fu, etc.


o0h. sangat meridui zaman2 itu. saya dah pun berhenti daripada training taekwondo di tingkatan 2. berharap agar dapat teruskan lagi sampai black belt. oh ye. by the way saya baru red belt. dan sangat sukakan taeguk, sparing dan tournament. masyuk..!! (^_^)

Monday, October 19, 2009

jarum penyelamat?


oh. ada ke jarum penyelamat?? sebenarnya apa yang saya maksudkan di sini adalah syringe needle yang digunakan untuk membuat transfusi darah. dan x terkecuali derma darah. o0oh. jadi kenapa dengan derma darah?? hari ni bersamaan 20 oktober 2009, aktiviti menderma darah di bawah program KU-SAFE telah berlangsung di Bilik Sidang, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, UM dari jam 10.00 pg - 5.00 ptg.


oh. di sini saya nak menyatakan rasa ketidakpuasan hati *betul ke??* kerana x layak untuk menderma darah (addicted untuk derma darah, x tahu kenapa). huhu. x cukup tempoh 3 bulan untuk buat donation (last donation julai lepas). lagi pula, semalam hanya tido setengah jam gara2 unexpected fire drill yang diadakan pukul 2.30 pg, buat saya x boleh tido lagi selepas tu. sebelum ni juga sudah banyak kali direject oleh para nurse yang bertugas *memahami perasaan cik anneh yg turut pernah direject* . jadi hari ni saya nekad x mahu dimalukan lagi. maap ye abg. shuk .bukan x berani, jauh lagi x sudi. cuma x layak. insyaAllah akan ada lain kali ok.

ni basic qualification untuk derma darah. tapi lepas tu ada ujian lagi untuk pastikan kita betul2 layak atau x.

1. mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan.
2. berat melebihi 45 kg.
3. berumur antara 18-60 tahun.
4. tiada pengambilan antibiotik dan alkohol dalam masa 24 jam sebelumnya.
5. tidak mengandung dan tidak mengalami haid.
6. tidur berturut-turut yang melebihi 5 jam.
7. tidak dalam tempoh 3 bulan selepas derma darah yang terakhir.

memetik kata2 pembuat pengumuman pagi tadi:

setitik darah mampu menyelamatkan seratus nyawa.







Sunday, October 18, 2009

isolated??

feeling isolated, rasa terasing?? what's the first thing on your mind when we say the word 'terasing'?? judul buku hilal asyraf?? ye. mungkin.


cover ni lain drpd yang sy tahu

tapi hari ni saya nak bercakap sikit pasal terasing = diskriminasi. ye betul. terasing x bermaksud diskriminasi. but somehow it does reflect the word.

apa pendapat anda bila anda sendiri terasing?? baik ke terasing ni?? ke x?? pada pendapat saya, manusia rasa terasing bila terasa disisihkan oleh semua yang ada di sekeliling. kenapa?? mungkin kerana kita ada membuat sesuatu yang menyebabkan orang mengasingkan diri daripada kita?? tapi tu fitrah manusia biasa. insan yang selalu buat silap. muhasabah diri balik ok.

yang tadi tu mungkin yang x baik pasal terasing. tapi, apa sebenarnya yang baik pasal terasing ni??

bukan perpisahan terasing ye


teringat balik abg. nik cerita pasal seminar iman di sisi orang asing. dalam al-quran juga Allah s.w.t. ada berfirman. maksudnya:

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan. (Al-An'am, 116)

ingatlah kawan2, islam itu datang dalam keadaan yang asing dan pulang dalam keadaan yang asing. so, jadi terasing ni bukanlah sesuatu yang buruk, insyaAllah...

Saturday, October 17, 2009

Muhasabah dan koreksi diri.

oh ye. mula2 sekali saya nk mintak maap atas semua yang serba x kena. maap atas kata yang x beralas, cakap yang terlepas, gurau yang melampaui batas, atau merajuk x kena tempat, terpukul kat mana2 atau ape2 je la yang menyinggung hati sahabiah semua. x la berniat nk buat semua tu. mungkin x perasan dan hati x terkawal. moga saya juga diampuni oleh-Nya. AMIN.




baru2 ni saya ada membaca buku terjemahan kitab mukashafah al qulub, mengenai mahabbah dan koreksi diri. tapi kat sini saya nak menyentuh sikit pasal koreksi diri. zaman sekarang ni dah maju. semua orang dah pandai. menang berkata2. bercakap mengenai agama pun x kurang hebatnya. tapi sayang. xde praktikal. lisan je yang lebih. kat sini juga saya cuma nak ingatkan diri sendiri dan sahabat yang lain, laksanakanlah apa yang kita cakap. seperti maksud firman Allah s.w.t. :

Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang x kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang x kamu kerjakan. (As-Saff ; 2,3)

x terkecuali, sebelum dan selepas perlaksanaan tu ada baiknya kita sama2 muhasabah diri semula. topup yang baik, delete yang kurang baik ok. insyaAllah.


Malik bin Dinar berkata, "Kudengar Hujaj berceramah. Dia berkata, "Allah mengasihi orang yang suka mengoreksi diri sendiri sebelum dia mengoreksi orang lain."
Wallahu'alam...

Friday, October 16, 2009

dr fish.

oh ye. hari ni xde kuliah. jadi saya, nonoe, qibah ngan wafaa telah tawaf satu bangunan times square 10 tingkat tu memandangkan nonoe ngan wafaa x pernah ke ts.
keluar awal pagi, balik lewat petang.

pusing punya pusing, kami singgah di satu kedai ni. tempatnya agak terpencil. tapi xpe la. setelah penat akak tu berceloteh mempromote service mereka, kami pun setuju untuk buat treatment ni. oho. mula2 memang rasa geli. tapi lama2 ok je. setahu saya, nama saintifik ikan ni Garra rufa. feed on dead skin. ok la ha. pengalaman pertama yang menyeronokkan.
oh ni bukan kaki kami. kaki orang lain.
round2 lagi (total 7 jam), kami beli ni je:


kasut crocs ciplak yang kesemua kami berempat beli.

oh ye. esok deepavali. so, hepi diwali kepada semua yang menyambut deepavali.

.:sekarang masa untuk sambung study:.

(^_^)

Wednesday, October 14, 2009

travelog.

hari sabtu yang lepas lepak2 ngan kakngah jap kat bazar di masjid jamek. dah jodoh. beli novel ni.
juangkan kebenaran walaupun pahit...

travelog seorang da'i garapan abdul rahman mohamed.. ni buku terakhir sebelum final exam.. insyaAllah diredhai oleh-Nya.. kalau wo ai ni berkisar pasal ateis, novel ni pulak menceritakan muslim itu sendiri.. try la baca.. moga2 dapat manfaat bersama.. so, lepas ni akan tumpukan pada final exam pulak.. duit jpa dah masuk semalam.. alhamdulillah.. lepas exam nak joli banyak2.. shopping buku.. waahh.. indahnya hidup...:)

Saturday, October 10, 2009

.:blog walking:.

hari ni mood saya merayau-rayau di alam maya ni bertambah-tambah. mungkin saya perlu beli buku yang baru. ye, mungkin betul tu.

Langit Ilahi oleh Hilal Asyraf.
Hari saya dituntut membuktikan kata.
hasil tulisan beliau buat saya terkesan. untuk post kali ni, saya turut terkesan seperti post2 yang lalu. manusia selalu beri nasihat. saya juga bagi nasihat kepada kawan2 yang lain. mengaku je la. tapi harus sentiasa beringat. Allah mungkin akan menuntut apa yang kita selalu ucap pada orang lain. wallahu'alam...
http://ms.langitilahi.com/

iLuvislam.com
Oleh : Ustaz Pahrol Mohd. Juoi, Editor : NuurZaffan.
Apakah Politik Kita Jadi Ibadah?
kebetulan. betul. lepas tazkirah tadi kami turut berbincang mengenai politik. terus terang saya kata, saya x suka politik baik yang dalam mahupun luar. kenapa?? tanyalah saya face to face. yang penting banyak pendapat yang saya terima daripada mereka yang disayangi. alhamdulillah.
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1974

laman blog salman maskuri.
Jangan menilai seseorang melalui luarannya.
suka saya follow blog ni. banyak persoalan yang ditimbulkan dijawab dengan baik dan memuaskan hati. perkongsian kali ni mengenai menilai seseorang. ye. pasal judge orang sekeliling kita. baca dan selami betul2. insyaAllah dapat terima apa yang disampaikan. AMIN.
http://akhisalman.blogspot.com/2009/10/jangan-menilai-seseorang-melalui.html

revivalis.
TAHNIAH UM!!!!!
Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.
http://mahasiswakk3.blogspot.com/2009/10/tahniah-um.html

sebenarnya banyak lagi web dan blog yang saya lawati. tapi cukup sajalah untuk hari ni. mungkin saya boleh paparkan url yang selalu saya klik. mungkin nanti. hehe

kesedaran.

hari yang panjang. *padahal sme je sehari de 24 jam*

pukul 8 pagi dah start tutorial biostats. lepas habis kelas gi makan kat kafe sains yang baru. *ok laa* lepas tu direct gi green paradise. *oh tu nme grup kami* jaga gerai sampai pukul 1++. balik cepat2 untuk solat jemaah di surau. lepak2 dengan sahabiah2 tercinta lepas habis tazkirah:

bermula la cerita kesedaranku bila kami bercakap mengenai isu2 semasa dalam dan luar kolej. tiba2 seorang sahabat ni cakap "mata pena lebih tajam daripada lidah." eh2. sedikit terasa bila sahabat ni pandang saya. oho. tahulah saya bahawa dia mahu saya berdakwah melalui blog.

baiklah. lepas ni saya akan cuba untuk lebih banyak berbicara mengenai ad-din dan yang seangkatan dengannya. insyaAllah...

malam pula ada majlis rumah terbuka kursiah dan pengenalan kepada festival bersama kurshiah (FESBOOK ). *oh.bkn facebook ye* . best.

Friday, October 9, 2009

WO AI NI.

malam semalam lepas habis discussion biostats, sempat khatamkan novella ni.







"ambillah sepuluh macam ramuan. ambillah akar pohon fakir bersama-sama akar pohon tawaduk atau kerendahan hati, jadikanlah padanya tumbuhan taubat, taruhlah ke dalam lompang keredhaan dan tumbuklah dengan penumbuk qanaah. lalu, simpan di kuali taqwa, tuangkanlah padanya air malu, didihkanlah dengan api mahabbah, tuangkanlah ke gelas syukur, kemudian kipasilah dengan kipas harapan, lalu minumlah dengan senduk pujian. sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu daripada semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."



buku yang menarik. mungkin hanya bagi saya sebab saya suka membaca. tapi, cubalah baca dulu. :)

Wednesday, October 7, 2009

tombok hati.


just got back from tun ahmad zaidi rc a.k.a. 10th. first time ever *sigh* . i think it's not that bad like what people used to tell me. the residential college i mean. but never mind. tonight we recite surah al-baqarah (2 : 1-20). tadabbur the verse t0o. read between the lines. so, what did i got?? many new go0dies but this one really got into my interest. tombok hati (ubat hati). sounds familiar?? ok la ha.. let's share these so called remedies for dying soul.

1. read the quran and understand the meaning
2. do night prayer (qiamullail)
3. stay with the solihin
4. fasting
5. zikrullah

give it a try. no harm. insyaAllah we'll make it toward the goal.
p/s : downloading 'tombok ati' by opick.
:)

Tuesday, October 6, 2009

[no subject]

oh. cuma luahan hati. mungkin membosankan untuk dibaca.

dalam setengah jam yang lalu, saya msg mak nak beritahu pasal pembayaran yuran yang dah pun settle pagi tadi. tetiba mak pulak yang call. nak mintak saya tolong adik yang ada kat pasum tu settlekan yuran, jpa dan kpt dia. memang sebelum tu kakngah ada call saya, tanya macam mana saya buat semua tu tahun lepas. tapi satu yang mak beritahu saya yang kakngah x beritahu. kakngah dah pun dapat result midsem exam yang lalu. oh. mungkin kakngah terlupa. biasanya dia akan beritahu saya. tapi xpe la. mak dah pun inform saya. result exam kakngah sangat baik. jauh lebih baik daripada result saya masa di pasum dulu. alhamdulillah dia dapat semua A. semua A dan hanya fizik yang dapat A-. maknanya algebra, calculus, bio 1, bio 2, kimia 1, kimia 2 dapat round A. saya x terkejut. sebab saya tahu kakngah mampu buat dengan baik. dengan sangat baik. kalau dulu, saya menyalahkan subjek yang diajar di pasum yang agak sukar untuk diikuti bagi pelajar biasa seperti saya. tapi sekarang x lagi. dah xde alasan memandangkan kakngah dapat score 4.00 flat. alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira sebab saya punya adik yang sebegitu sempoi. kalau nak dilihat dari cara kakngah belajar, dia x nampak macam study hard. tapi kakngah memang cekap dan cepat tangkap apa yang diajar dalam kelas. mungkin itu kelebihan dia semenjak di bangku sekolah rendah lagi. sentiasa jadi best student. hampir setiap tahun. hinggalah kakngah grad tingkatan 5 di mrsm pc. tu pun dapat anugerah pelajar terbaik. kalau nak dibandingkan dengan saya, sangatlah jauh bezanya. kendatipun kami ni adik-beradik, selalu juga orang bandingkan kami. tapi mak dan ayah x pernah nak bandingkan kami. bagi mereka kami semua 4 beradik ni sama je. alhamdulillah. selama ni, saya x pernah rasa macam ni. rasa macam iri hati atau boleh kata x senang sebab kakngah dapat result yang baik daripada saya. rasa dikalahkan. kalau sebelum ni, saya yang mendahului dan adik2 yang ikut jejak langkah saya. tapi sekarang saya dah gagal jadi role model yang baik. huhu. rasa sangat sedih dan mungkin x ikhlas. naudzubillah. saya harap saya x begitu. saya nak jadi hamba yang bersyukur. tahu apa tu erti syukur. moga Allah membantu saya menangani konflik diri ni. di luar orang mungkin nampak saya sebagai seorang yang ceria. jovial. tapi di dalam siapa yang tahu. semua ni membuatkan saya terfikir semula saat saya mendapat tawaran untuk melakukan foundation di msu dalam bidang perubatan (PILN) selepas spm yang lalu. tapi saya juga x pasti kenapa dengan PASTInya saya tolak tawaran yang berharga tu. dan lepas tu terima tawaran untuk masuk um. entah. mungkin memang salah saya. tapi x. semua tu qada' dan qadar. insafi diri. kalau la saya terima tawaran tu, mungkin sya sudahpun bersama-sama qiela di medical school di warsaw, poland. tu pn jika result saya baik. hmm. tapi saya sedar. sebahagian daripada 'kalau' tu memang x elok. buat keimanan saya berkurang terhadap takdir Allah. naudzubillah. apa2 pn, saya sangat kagum dengan semangat kakngah. kalau dulu, dia teringin sangat nak further study di russia dalam bidang perubatan. tapi mungkin dah memang bukan rezeki. kakngah x termasuk dalam senarai. saya tahu kakngah betul2 sedih sebab x diterima bawah program mara yang satu ni. lepas daripada kena reject tu, kakngah semacam x kesah dah dengan PILN. belajar di malaysia je katanya. xpe la. alhamdulillah kakngah ok. tapi saya masih lagi sedaya upaya ikhlaskan diri sendiri terima semua ni. dulu saya fikir saya dah pun tangani semua ni. tapi nampaknya x. saya kerap ingatkan diri sendiri. pujuk diri. percaya dengan apa yang ditentukan oleh-Nya. ye. mungkin ini yang terbaik. saya pasti. setiap insan punya rezeki masing2. cuma tempat dan masa yang menentukan. insyaAllah. bila mengenangkan semula masa berbual dengan mak tadi, hati rasa sayu. rupa-rupanya mak tahu saya rasa sedih bila dapat tahu mengenai result kakngah. mak pun lekas2 pujuk saya. pesannya, xpe. mungkin ini memang sudah rezeki masing2. rezeki kaklong dan kakngah. saya akur. subhanallah. hati seorang ibu. begitu dia tahu anaknya dalam kesedihan tanpa diberitahu. Allah tu Maha Besar.

apa2 pn, sekarang saya akan teruskan study saya dlm bidang sains mikrobiologi di um ni. dengan harapan agar apa yang dirancang dalam hidup ni, diredhai dan diperkenankan oleh Allah. wallahu'alam. Yang Maha Esa lebih mengetahui. moga saya sentiasa ikhlas dalam menghadapi semua ni dengan izin dari-Nya. AMIN...

sedikit lega. agak membantu blog ni. alhamdulillah.

Saturday, October 3, 2009

usrah terchenta lagi.

alhamdulillah... setelah beberapa kali x dpt hadir aktiviti *SAMPLE dan mjls brbuke pose* , akhirnya sy dpt bersua muka dgn akak naqibah terbaru sy, kak kamariah a.k.a. kak eri... kak eri (perubatan tahun 4) yg sgt disenangi... oh ye. ada lagi satu... sy juga dpt seorang adik baru *adik la memandangkan dye lg muda drpd sy* ... hehe... atiqah (dip lab technologist) nama diberi... ok la ha... pengganti kak sarah, kak fauhan dan asma... jadi kami berlima termasuk ateek (kejuruteraan bioperubatan tahun 1) dan juga aleen (sains statistik tahun 1)... moga halawatul ukhuwwah yg dibina dipelihara dan berada dlm maghfirah-Nya, insyaAllah... AMIN.

lepas geram.

0o00hhh... sy x minat POLITIK... x kire luar atw dlm... jgn libatkn sy... penat zahir batin...

Thursday, October 1, 2009

lantern and mooncake festival







waahhh... chantek2... ni kali pertama sambut pesta tanglung, kt kk3 ag... semangat !!! semua kaum pn join... tp x dpt pegi ikut perarakan di tasik varsiti td... x abes revise ag *pemalas* ... sok de midsem xm ntuk biostats... so, sambung stdy smule... harap2 sok segalanye dipermudahkan... AMIN.