Friday, May 20, 2011

curtain might fall.


alhamdulillah. 2-3 hari ni rasa lebih segar. kurang sihat sejak balik rumah ahad yang lepas. jadi teringat pada kata-kata iqbal syarie:

"Allah jadikan demam agar manusia berehat daripada terus-terusan berbuat maksiat. Benar atau tidak?"

bagi saya ada benarnya. hamdalah. muhasabah sendiri T_T

nikmat Allah yang mana satu yang kamu nak dustakan? banyak kali disebut dalam surah ar-rahman. astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah. mungkin kita x menidakkan. tapi kita seringkali lupa. betul kan? contoh paling dekat, bila dah sakit ni baru ingat rasa nak bersyukur jadi sihat. huhu. sentiasa beringat-ingat. moga sakit ni jadi kifarah dosa yang bertambun ni. ameen.

mode=semester break

hmm. ataupun ni lebih betul?

mode=tarbiyyah dzatiyyah

yup. tu lebih tepat. mendidik diri sendiri. huhu. ni pasti lebih susah. jauh lebih susah daripada jawab exam hari tu? erk. abaikan. yang penting apakah persiapan kamu untuk cuti ni? eh bukan! apakah persiapan saya untuk cuti ni?

cintaku seharusnya kepada apa yang mendekatkanku kepadaMu

sungguh kan? cukup ke setakat checklist yang kamu fikir dapat manfaatkan masa kamu tu? tabayyun fareha. huhu. mungkin checklist sudah panjang. tapi belum tentu dapat dihabiskan. dan belum tentu dapat maintainkan diri sendiri! huhu. beramallah dengan apa yang kamu imani. moga mutabaah amal kamu x gersang.

ok cukup. x mahu entri panjang-panjang. siapa je pun yang suka entri berjela-jela kan? saya sendiri sejujurnya x berapa gemar. huhu. cuma mahu beritahu, ni adalah entri last odyssey di sini. lepas ni akan pindah ke rumah baru.

kenapa tukar atau apa-apa soalan pun yang ada biarlah disimpan. odyssey will still exist in blogspot. x akan di delete seperti my life journal. cuma macam mana nak keep updated dengan blog lain saya belum tahu. insyaAllah akan diusahakan supaya saya x tertinggal entri-entri kamu semua.

diari : pasti rindu nak menulis di sini. insyaAllah, masih kekal kita berukhuwwah fillah. barakallahuminkum :)

Saturday, May 14, 2011

hujung-hujung.


sudah boleh berblog [mode=jiwa tenang]

alhamdulillah. exam untuk sem 4 dah pun berlalu. excel atau x? tu semua kerja Allah. yang penting kita usaha. betul x? serahkan sepenuhnya pengharapan dan pergantungan pada Allah. yup. tu tawakkal namanya. moga tawakkal kita adalah sebenar-benar tawakkal. ameen.

teringat pulak pasal D.U.I.T. yup. mesti ramai dah familiar dengan D.U.I.T. kan?

D=doa
U=usaha
I=istiqamah
T=tawakkal

hmm. sebenarnya turutan ni x betul. teringat jugak pasal krisis konsep tawakkal kat kolej waktu final exam sem lepas. x perlu cerita lebih. main pointnye kat sini, tawakkal tu seharusnya diletakkan yang paling awal. yup. tawakkal datang sebelum doa, usaha, istiqamah. hmm. macam mana pulak tu? xkan belum usaha nak berserah je?

sedikit pencerahan sekadar sedinar dua daripada diri yang kurang ilmu ni. andai salah, minta tegurkan ye.

tawakkal tu patut dihadirkan paling awal antara semua sebab kita memang patut berserah diri pada Allah. harus redha akan semua yang dah ditakdirkan. baru boleh teruskan dengan doa, usaha dan istiqamah. kerana apa?

kerana risau terlintas kat hati kotor ni, berjaya disebabkan usaha sendiri. dapat dean list sebab berkampung kat library sampai x sempat makan dan sebagainya. dapat score A memanjang sebab stay up untuk study tiap-tiap malam. heh. sila jangan perasan ye. semuanya sebab Allah yang nak bagi. kualiti lebih prior berbanding kuantiti. kalau study sampai berjanggut tapi barakah tu xde, rugi sendiri je. huhu.

peringatan penting untuk diri sendiri dan semua yang membaca. tawakkal tu no.1! tapi jangan pulak lupa pada D.U.I. insyaAllah segala yang terbaik tu datang dari Dia.

diari : tajuk hujung-hujung sebab hari ni last berada di kolej kediaman ketiga tuanku kurshiah, universiti malaya. dan mungkin juga hujung-hujung untuk odyssey. apa-apa pun, hadapi harimu dengan jiwa yang tenang (89;27-30). kerana dirimu begitu berharga ^^

Tuesday, May 10, 2011

satu lagi :)


alhamdulillah. one more left *enthusiastic* . go paper genetic!

diari : sudah berkira-kira macam mana nak manfaatkan cuti ni. check and recheck! dah panjang list ni rupanya. boleh tambah lagi kalau mampu, insyaAllah :)

Sunday, May 8, 2011

dia yang satu tiada dua.


pesanan sebelum teruskan pembacaan. sila selidik dahulu bagaimana terciptanya hari ibu. bagi odyssey, everyday is a mother's day. saya x mahu terlibat dalam apa-apa x jelas asal-usulnya. cuma hari ni mahu share rasa hati mengenai mak, since hari ni banyak sangat dengar words mak, ibu, ummi, mama etc.

"mak, kelas kaklong pukul 5 ni cancel. nak drive balik rumah (kuantan) sekarang boleh?"
"eh? xyah la. dah nak malam ni. lagipun kereta tu mana tahan."

"mak, kalau kaklong x dapat stay kolej, boleh duduk luar?"
"xyah la. x selamat. duduk dalam kawasan um je la. try mintak kolej lain dulu."

"mak, cuti ni kaklong x dapat buat LI (praktikal). banyak masa free. boleh kaklong pergi kursus intensif bahasa arab sebulan kat mesir?"
"mesir? tempat orang gaduh-gaduh tu? xyah la kaklong. kt uia (kuantan) kan ada."

kaklong sedar. terkadang keinginan kaklong x berpada-pada. kaklong akui sesekali kaklong buat mak risau. tapi kaklong tahu mak sentiasa percaya kat kaklong.

"mak, kawan kaklong ajak piknik (rehlah) kat TC (teluk cempedak). boleh?"
"ok. pergi la."

"mak, lepas exam nanti kaklong ada program (daurah). boleh balik lambat sikit?"
"program? ok je."

kami semua x dibesarkan dalam suasana dakwah dan tarbiyyah terbentang depan mata. tapi hakikatnya mak tahu kaklong join usrah-usrah ni semua. mak mungkin x paham sepenuhnya jalan yang kaklong pilih ni. but still mak benarkan. terima kasih mak.

mak dan saya. tinggi lebih kurang sama. like mother, like daughter ;)

satu perkara yang best. mak selalu tahu apa yang kaklong rasa, insyaAllah. x perlu cakap mak dah sedia maklum. x perlu cerita mak dah paham. kuasa seorang ibu. tengok muka dan dengar suara anak dia pun dia dah dapat detect apa yang anak dia rasa. subhanallah.

mak,

jasa mak hanya Allah yang boleh balas dengan imbalan yang sepatutnya. moga Allah benarkan kaklong berbakti pada mak dunia dan akhirat nanti.

diari : entri ni mungkin kedengaran bias. huhu. tapi percayalah! ayah jugak sama. kurang berbeda. cuma entri ni khas untuk meraikan hari ni, yang banyak disebut mengenai mak :)

Friday, May 6, 2011

hud-hud.


alhamdulillah. masih diberi keizinan. alhamdulillah. hari ni cerita pasal hud-hud lagi. hehe. sila jangan bosan ye dengan hud-hud.

saya mahu entri sama macam kak ramlah dan cik mus'ab. ta'aruf dengan salahuddin dan adeeyat. jadi, kali ni ta'aruf pulak dengan hud-hud.

menjadilah aku dan kamu laksana hud-hud di zaman sulaiman a.s. proaktif menjalankan perintah Allah. ameen.

kamu kecil. ye. x sehebat DAK dan yang lainnya. tapi saya sayang kamu. sila jangan sakit lagi ye.
moga saya x salah gunakan kamu. moga saya manfaatkan kamu.
terima kasih Allah! terima kasih mak ayah!

" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
(Az-Zukhruf;13/14)

Wednesday, May 4, 2011

bacteria and viruses.


~by dragonartz

alhamdulillah. selesai paper ketiga pagi tadi. paper bacteriology. alhamdulillah juga. rasa perform lebih baik untuk paper ni berbanding dengan paper virology yang lepas. tapi kita x tahu kan? boleh jadi yang dapat buat lebih baik tu, x dapat score yang kita harapkan. dan boleh jadi yang rasa x dapat buat dengan baik tu, yang dapat score lebih baik. wallahu'alam. apa-apa pun, tu semua kerja Allah kan? yang penting kita tawakkal dan usaha. pasal result nanti lain cerita. huhu.

ok. sikit sharing buat yang mungkin blurr-blurr lagi. tapi kalau kamu future microbiologist, jangan blurr-blurr jugak ye :)

bacteriology = study of bacteria
virology = study of viruses

bacteria bukan virus? bukan. bukan. generally, bacteria adalah hidupan tapi virus bukan hidupan. currently yang pasal kematian kat pulapol tu adalah disebabkan oleh virus adenovirus. tapi kematian yang disebabkan demam kencing tikus tu disebabkan oleh bacteria Leptospira spp. saiz virus jauh lebih kecil berbanding bacteria, kira-kira 10-300 nanometer. ok x boleh ambil pembaris untuk ukur ye. lagi, bacteria bawa manfaat dan mudarat tapi virus hanya mendatangkan mudarat pada hidupan lain. saya pernah cerita pasal hal ni pada seorang adik comel. so, konklusi yang dibuat oleh adik comel ni,

"bacteria ni macam jin sebab ada yang baik, ada yang jahat."
"virus ni macam syaitan, semua pun jahat."

hmm. kata-kata adik ni ada benarnya. tapi saya x berani nak komen lebih-lebih. sebabnya, kamu tahu? semua benda yang Allah ciptakan untuk kita kat atas muka bumi ni ada gunanya. macam kita x diciptakan sia-sia.

"Dan tidaklah Kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya."
(Ad-Dukhan 44;38)

cuba fikir. kalau xde virus, xde la penghasilan vaksin kan? kalau xde penghasilan vaksin, xde la kajian untuk menghasilkan sesuatu bahan yang dapat mencegah penyakit. bak kata orang putih, prevention is better than cure. bukan dah terhantuk, baru terngadah. nah, kan bagus tu. subhanallah.

diari : teringat kata-kata dr. chan,

"this is what i like about microbes. unlike human, they don't scream when you cut or burn them."

insyaAllah mungkin inilah hikmahnya saya x memilih jalan perubatan. tapi tetap dengan jalan yang dipilih oleh mak. microbiology :)

Sunday, May 1, 2011

activated.



lepas lebih 4 bulan deactivated *hoo bukan sesuatu yang membanggakan*.
facebook saya diaktifkan kembali. mungkin ramai akan tanya,

"kenapa sekarang?"

saya nak pinjam kata-kata kata encik hirman,

"xde masa yang sesuai"

ye. saya tahu sekarang exam. tapi x exam bukan sebab untuk boleh berfacebook. dan exam bukan sebab untuk x boleh berfacebook.

diaktifkan untuk saya membuktikan sesuatu pada diri sendiri *insyaAllah sukses*.
fareha, sila mujahadah! *dalam usaha menyempurnakan muwasoffat tarbiyah*.

diari : bakal diactivate lagi. sementara waktu ni, boleh link dan bina ukhuwwah sebanyak mungkin. jadi, boleh la keep in touch sebelum deactivate ye :)