Monday, May 31, 2010

buta.





serangan lagi.
butakah kita?
saya pasti ramai dah tahu.
berita pun dah banyak kat tv.
apatah lagi internet.
kapal bantuan kemanusiaan diserang rejim israel.
tapi ramai juga yang buat x tahu.
qunut nazilah x terlafaz.
inikan lagi boikot yang memang sekelip mata je.
kalau masih x sedar,
baiklah buta mata,
daripada buta hati.

~muhasabah dan koreksi diri~

Sunday, May 30, 2010

safe and sound.


alhamdulillah. selamat sampai rumah petang tadi. syukur juga tokwan makin sehat. lepas colostomy, implant, chemo etc. dengan kudrat 70-an, moga tokwan masih kuat. insyaAllah.

mood membaca hilang. 4-5 buku lagi yang x khatam. hmm. i wonder why? mungkin sekarang mood shopping. huh? ape tu?

no reading? fine. manfaatkan waktu anda ye fareha! baik. any suggestion?

Friday, May 28, 2010

balik kampung.

bukan kampung saya

insyaAllah pagi ni nak balik kampung. baru dapat tahu tokwan masuk wad. kena chemo. moga2 perjalanan kami baik2 saja hendak-Nya.

balik kampung..o0o..balik kampung..
*xde mood raye ye di sini. hehe*

pesan mak : jaga mak dan ayah bila dah tua.

huhu. sayu je. baiklah. selagi Allah pinjamkan nyawa, kaklong akan tetap jaga mak dan ayah sampai bila2. insyaAllah.

Al-Israa;23-24

Thursday, May 27, 2010

-


iman senipis kulit bawang. rapuh. bila2 masa je boleh tersiat. terkoyak. lagi2 waktu cuti ni. mungkin lagi banyak waktu yang disia2kan daripada yang betul2 bermanfaat. dugaan. naudzubillah.

Wednesday, May 26, 2010

a couple of days.

alhamdulillah. bff hangout lepas setahun x jumpa. not bad for the first timer. kek 'tunjuk' yang sedap. let pictures do the talking.









Tuesday, May 25, 2010

kembali.

ok. mula2 sekali, ni bukan entri pasal lagu kembali daripada far-east ye. hehe. alhamdulillah. terasa jugak nak online. lately rasa boring dah nak menghadap skrin ni. tapi xpe la dah ade mood kembali. moga kembali yang membawa manfaat dan x buang masa je. insyaAllah. ok. banyak blog nak kena catch up ni. pinjam word yang cik nn selalu pakai jap. marathon!
(^_^)

Tuesday, May 18, 2010

ratu cantik.

astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim.

pertama-tama sekali just nak cakap. semua ni x pasti kesahihannya. bukan nak memburukkan mana2 pihak. tapi apa yang penting, kita lihat apa yang ada di sebalik hal ni. nak upload gambar pun x sanggup. faham2 la ye apa yang ada dalam pertandingan ratu cantik. kita umat akhir zaman. apa yang boleh kita buat? moga sama2 beroleh ibrah daripada kejadian ni.

LAS VEGAS – Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.

Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.

Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

sumber

Monday, May 17, 2010

rigevidon.


pil 'pertama' dalam hidup saya. patutnya kena mula makan 2 minggu yang lepas. tapi nak buat macam mana. dah terlambat. huhu. tapi lain doktor, lain preskripsi die. konsultansi pun lain. different services. xpe la.

jadual baru yang bermula semalam dan insyaAllah akan berakhir bila balik sini semula. kelakar jugak bila fikir2 semula. kami anak-beranak buat alarm pukul 10 malam. so that semua makan ubat ni on time. excluding ayah dan adik paling bongsu la. mak yang akan pantau. hehe.

moga2 Allah permudahkan. moga2 usaha kami ni membuahkan hasil. insyaAllah.

guruku.


Guruku

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

(Bridge)
Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan

selamat hari guru diucapkan teristimewa buat mak dan ayah, ahli keluarga lain yang menjadi guru, ahli keluarga dan kawan2 yang bakal menjadi guru, dan guru2 yang telah mengajar saya secara langsung mahupun x langsung :

- 1 Bijak, 1997, SK Maran
- 1 ptg, 1997, SAR Maran
- 2-6 Bestari, 1998-2002, SK Pandan
- 3-6 ptg, 1999-2002, SAR Kg Chendering
- 1 Asnad, 2003, SMK Seri Kuantan
- 2 Asfar, 2004, SMK Seri Kuantan
- 3-4 Ibnu Abbas, 2005-2006, SMK Seri Kuantan
- 4 Gastisia, 2006, SMS Seri Puteri
- 5 Cattleya, 2007, SMS Seri Puteri

x ketinggalan guru2 set, guru2 kelas terapung, guru2 tusyen, guru2 arithmetic, guru2 sukan yang lain. dan x lupa kepada semua kita yang menjadi guru kat atas muka bumi ni x kira la guru kepada orang lain, ataupun guru kepada diri sendiri. semoga kita semua diredhai Allah. wallahu'alam.

Friday, May 14, 2010

Rasulullah bersama 8 dirham.

Rasulullah pagi itu sibuk memperhatikan bajunya dengan cermat. Baju yang satu-satunya dan itupun ternyata sudah lusuh. Baju yang setia menutup aurat beliau. meringankan tubuh beliau dari terik matahari dan dinginnya udara. Baju yang tidak pernah beristirahat. Tetapi beliau tak mempunyai wang apa pun. Dengan apa beliau harus membeli baju? Padahal baju yang ada sudah waktunya diganti. Rasulullah sebenarnya dapat sahaja menjadi kaya mendadak, bahkan terkaya di dunia ini. Tapi sayang, beliau tak mahu mempergunakan kemudahan itu. Jika beliau mahu, Allah dalam sekejap boleh mengubah gunung dan pasir menjadi butir-butir emas yang berharga. Beliau tak sudi berbuat demikian kerana kasihnya kepada para fakir yang papa. siapakah yang akan menjadi teladan jika bukan beliau..? Contoh untuk menahan derita, menahan lapar dan dahaga, menahan segala cubaan dan ujian Allah dengan kesabaran. Selalu mensyukuri nikmat Allah tak kira berapa pun besarnya. Siapa lagi kalau bukan beliau yang menyertai umatnya dalam menjalani iradat yang telah ditentukan Allah. Iaitu kehidupan dalam jurang kedukaan dan kemiskinan. Siapa pula yang harus menghibur mereka agar selalu bersabar dan rela dengan yang ada selain beliau? Juga siapa pula yang harus menanamkan keyakinan akan pahala Allah kelak di akhirat jika bukan beliau?

Hanya beliaulah yang mampu menjalankan berbagai hal diatas. benar,...baliaulah satu-satunya manusia yang mendapatkan amanat dari Allah untuk semua umat manusia. Tugas yang lebih murni dan mulia daripada intan berlian serta butiran emas yang lain. Lebih halus dari sutera serta lebih indah dari segala keindahan yang dikenal manusia di dunia ini. lebih megah dari segala kedudukan dan darjat kehidupan manusia yang katanya sudah megah.

"Semua itu hanyalah merupakan kesenangan dunia sedang di sisi Allah yang paling baik dan sebaik-baik tempat kembali"

Perjuangan itu tidak mudah. bahkan sangat berat bagi beliau. Menegakkan yang hak hanya dapat dicapai dengan penuh keimanan dan kekuatan. sabar dalam menghadapi setiap malapetaka yang menimpa, bersyukur yang dilakukan dengan hati bersih. dalam keadaan bagaimanapun, baik dalam duka mahupun suka, bersyukur dan keimanan harus selalu menyertai. Itulah pokok risalah yang dibawa Rasulullah saw. Allah Maha Bijaksana, tidak akan membiarkan hamba-Nya yang terkasih kebingungan. Rasulullah diberinya rezeki sebanyak lapan dirham. Bergegas beliau melangkah ke pasar. Tentunya kita maklum. wang sekian itu dapat dibelikan apa.? Apakah cukup untuk membeli makan, minum, serta pakaian penutup badan? Oleh sebab itu, bergembiralah hai para fakir dan miskin! Nabi kita, Muhammad saw telah memberikan contoh begitu jelas. Nabi yang kita cintai, hamba kesayangan Allah pergi ke pasar dengan wang sedikit seperti yang kita miliki. Tetapi nabi kita ini, dengan redha pergi ke pasar berbekal wang lapan dirham untuk berbelanja. Meskipun beliau miskin, beliau hidup dengan senang sekali. Beliau belum ingin mati meski kemiskinan menjerat setiap hari.

Di tengah perjalanan menuju pasar, beliau menemukan seorang wanita yang menangis. Ternyata wanita itu kehilangan wang. Segera beliau memberikan wangnya sebanyak dua dirham. Beliau berhenti sejenak untuk menenangkan wanita itu. Rasulullah bergegas menuju ke pasar yang semakin ramai. Sepanjang lorong pasar banyak sekali masyarakat yang menegur beliau dengan hormat. Selalu menjawab dan memberikan salam yang mengingatkan akan kebesaran Allah semata. Beliau terus menuju tempat di mana ada barang yang diperlukannya. Dibelinya sepasang baju dengan harga empat dirham. beliau segera pulang. Di perjalanan beliau bertemu dengan seorang tua yang telanjang. Orang tersebut dengan hiba memohon sepotong baju untuk dipakainya. Rasulullah yang memang pengasih itu tidak tahan melihat. Langsung diberikannya baju yang baru dibeli. Beliau kembali ke pasar utnuk membeli baju lagi seharga dua dirham. Tentu saja lebih kasar dan rendah kualitinya daripada yang empat dirham. dengan gembira beliau pulang membawa bajunya.

Langkahnya dipercepat kerana sengatan matahari yang semakin terik. Juga angin malam yang telah mulai berhembus perlahan. Beliau tidak ingin kemalaman di jalan. Tak lama beliau melangkah ke luar pasar, ditemuinya lagi wanita yang menangis tadi. Wanita itu kelihatan bingung dan sangat gelisah. Rasulullah saw mendekatinya dan bertanya mengapa. Wanita itu ternyata ketakutan untuk pulang. Dia telah terlambat dari batas waktu, dan takut dimarahi majikannya jika pulang nanti. Rasulullah saw terus menyatakan akan menghantarkannya.

Wanita itu berjalan yang diikuti Rasulullah saw dari belakang. Hatinya tenang kerana Rasulullah saw pasti akan melindungi dirinya. Dia yakin majikannya akan memaafkan, kerana kepulangan yang dihantarkan oleh manusia paling mulia di dunia ini. Bahkan mungkin akan berterima kasih kerana pulang membawa kebaikan bersama dengan kedatangan nabi dan rasul mereka. Mereka terus berjalan hingga sampai ke perkampungan kaum Anshari. Kebetulan saat itu yang ada hanyalah para isteri mereka.

"Assalamu'alaikum warahmatullah" , sapa Rasulullah saw keras. Mereka semuanya diam tak menjawab. Padahal mereka mendengar. Hati mereka diliputi kebahagiaan karena kedatangan Nabi. Mereka menganggap salam Rasulullah saw sebagai berkah dan seperti lebaran saja. Mereka masih ingin mendengarnya lagi. Ketika tak terdengar jawaban, Rasulullah saw memberi salam lagi. Tetap tak terdengar jawapan. Rasulullah saw mengulang untuk yang ketiga kali dengan suara lantang, Assalamu'alaikum warahmatullah. Serentak mereka menjawab.

Rasulullah sangat hairan dengan semua itu. Beliau menanyakan pada mereka apa sebabnya. Mereka mengatakan, " Tidak ya Rasulullah. Kami sudah mendengar sejak tadi. Kami memang sengaja, kami ingin mendapatkan salam lebih banyak". Rasulullah melanjutkan, "Pembantumu ini terlambat pulang dan tidak berani pulang sendirian. Sekiranya dia harus menerima hukuman, akulah yang akan menerimanya" . Ucapan ini sangat mengejutkan mereka. Kasih sayang Nabi begitu murni, budi pekerti yang utama, yang indah tampak dihadapan mereka. Beliau menempuh perjalanan begitu panjang dan jauh hanya untuk menghantarkan seorang budak yang takut dimarahi majikannya. Lagipula hanya karena terlambat pulang. Bahkan memohonkan maaf baginya pula. Sehingga karena harunya, mereka berkata, "Kami memaafkan dan bahkan membebaskannya. Kedatangannya kemari bersama anda kerana untuk mengharap redha Allah semata". Budak itu tak terhingga rasa terima kasihnya. Bersyukur atas kurnia Allah swt dan kebebasannya kerana dari Rasulullah saw.

Rasulullah saw pulang dengan hati gembira. Telah bebas satu perhambaan dengan mengharap redha Allah swt sepenuhnya. Beliau juga tak lupa mendoakan para wanita itu agar mendapatkan berkah dari Allah swt. Semoga semua harta dan turunan serta semoga selalu tetap dalam keadaan iman dan islam. Beliau sibuk memikirkan peristiwa sehari tadi. Hari yang penuh berkah dan kurnia Allah swt semata. Akhirnya beliau berujar dengan, "Belum pernah kutemui berkah angka lapan sebagaimana hari ini. lapan dirham yang mampu mengamankan seseorang dari ketakutan, dua orang yang memerlukan serta memerdekakan seorang budak".

Bagi seseorang muslim yang memberikan pakaian pada saudara sesama muslim, Allah akan memelihara selama pakaian itu masih melekat.

Thursday, May 13, 2010

optimistik.


optimistik. berprasangka baik. atau apa2 aja yang kamu tafsirkan sebagai berpandangan positif. dan totally opposite dengan pesimistik. oh. kenapa pulak kena optimistik? saya terpanggil untuk tulis entri ni lepas mak bagi satu artikel pasal mikrobiologi pagi tadi. tq mak. sayang mak lebih. hehe. hmm. teringat pulak x lama dulu. kawan2 ramai yang tegur.

"eh fareha, jangan la optimistik sangat."

"xde la fareha. jangan la pikir baik sangat."

saya mula jadikan optimistik ni sebagai habit sejak pasum dulu. baru je lagi. dalam 2 tahun je agaknye. main pointnye, saya kurang redha dengan takdir Allah. tapi alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang. saya dikurniakan petunjuk.

"...Jauhilah dari banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..."
(Al-Hujurat;12)

saya sebab apa boleh jadi macam tu saya rasa x perlu la diberitahu. tapi nak ceritanye, nak jadi optimistik ni bukan senang. saya ambil masa dalam setahun jugak la kut untuk sebatikan sikap ni dalam diri ni. tapi berbaloi mencuba. insyaAllah sampai sekarang boleh praktikkan dalam hidup sehari-hari.

ok. berbalik semula kepada soalan saya kat atas. jawapan saya senang. jadi optimistik buat hati saya lebih tenang? in what sense?

x pernah ke kita rasa penat untuk bersikap pesimis bila2 kita ada masalah? kalau kamu2 x penat, saya mengaku saya penat. saya x suka susahkan hati tahap kritikal sampai terkena tempias kat orang lain. nak moody2 la. bad mood la. ok. saya mengaku saya pun pernah xde mood. mood swing. etc. tapi kita cuba la untuk bersikap lebih baik.

tapi tu x bermaksud saya x ambil serius kalau saya ada masalah. orang kat sekeliling mungkin pikir saya x ambil berat kalau ada apa problem2. saya paham. dan saya mungkin dah lali dengan semua ni. saya rasa x perlu la nak gelabah2. marah2. nangis2. penat.

bila2 je ada masalah kita cuba untuk jadi tenang. barulah boleh pikir dengan lagi baik. kita patut berbalik semula kepada Allah. yang ni saya pasti ramai yang selalu sebut. ujian kesusahan yang Allah bagi tu sebenarnye lebih baik daripada ujian nikmat yang Allah kurniakan. sebab apa? sebab kita akan kembali mendekatkan diri pada-Nya bila kita lalai. leka. lagha. bergantung sepenuhnya kepada Dia untuk membantu kita. daripada kita happy2 dan mungkin jarang mengingat Allah bila kita senang.

bak kata orang putih. every cloud has a silver lining. kita sendiri pun percaya setiap ujian, pasti ada hikmah disebaliknye. so, start being optimist! moga Allah membantu kita semua. dan jika diuji Allah, moga saya sentiasa mampu buat apa yang saya tulis ni. wallahu'alam.

Wednesday, May 12, 2010

Hari Jururawat Sedunia.


selamat hari jururawat@nurse@misi sedunia! ditujukan khas kepada sepupu saya, kak latifah dan kawan sekolah lama, pq. selamat menjalankan tugas dengan baik. saya tahu kerja yang mencabar. dan perlu bawa banyak bersabar. kena tolong doktor2 dan plus, layan patient2 yang bermacam ragam. moga Allah merahmati dan redha dengan kamu berdua serta semua nurse yang ada dalam biosphere ni. AMEEN.

hari ni jugak tanggal 12 mei 2010, kapal pertama dalam armada antarabangsa untuk keamanan Gaza telah berlepas dari Ireland melalui Greece. moga selamat sampai ke Gaza, insyaAllah. sama2 kita doakan kebaikan mengiringi usaha murni ni. qunut nazilah jangan lupa! moga ini mampu meringankan sedikit sebanyak beban saudara kita di sana. AMEEN.

Tuesday, May 11, 2010

Ini Sejarah Kita 3.

Bani Umayyah
-permulaan sistem monarki (oleh Muawiyah dan diwariskan kepada anaknya, Yazid)
-permulaan armada tentera laut dan berpusat di Damsyik
-perluasan kuasa dan dakwah (e.g Syam)
-misi ke Afrika Utara dan Andalus : 'Utbah bin Nafiq dan Tariq bin Ziad
-Andalus jatuh dan islam menguasai 2/3 dunia
-sebab2 kejatuhan Bani Umayyah :
  • x meneruskan islah yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz
  • kezaliman, x melaksakan syura, tenggelam dalam syahwat
  • semangat asabiyyah dan persengketaan sesama kaum
  • pemberontakan menentang kerajaan
  • kelemahan anggota tentera
  • kegagalan Marwan bin Muhammad menyelamatkan Bani Umayyah
Bani Abbassiyah
-diasaskan oleh Al-Abbas Abdullah dan berpusat di Baghdad
-xde lagi kawasan untuk dibuka dan xde kerja perluasan kuasa
-tertumpu pada pembinaan tamadun
-ilmu fiqah, hadith, sains teknologi
-khalifah Harun Ar-Rasyid dan Al-Makmun
-Baitul Hikmah, penterjemahan, tokoh2 ilmuan
-menjadi world order dan digeruni seluruh dunia
-kemewahan mula melalaikan umat islam
-serangan daripada tentera salib (kiri) dan tentera monggol (kanan)
-1 800 000 muslim terbunuh dan buku2 ilmuan dicampak ke sungai
-pusat kerajaan bertukar ke Mesir
-sebab2 kejatuhan Bani Abbassiyah :
  • masalah aqidah dan penyelewengan mazhab tauhid
  • kelemahan semangat jihad dan ijtihad
  • kelemahan Khalifah Mu'tasim
Bani Uthmaniyyah
-diasaskan oleh Uthman Gazi di Turki
-Sultan Baybar 1 mengalahkan tentera monggol
-Sultan Sulaiman menguasai Balkan dan Hungary
-Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople
-Sultan Abdul Hamid 2 sebagai khalifah terakhir
-sebab2 kejatuhan Bani Uthmaniyyah :
  • Sultan Abdul Hamid 2 digulingkan
  • pengkhianatan oleh Mustafa Kamal
  • pembubaran sistem khalifah
alhamdulillah. hanya setakat ni untuk ISK. so, sepatutnya kita dah tahu jatuh bangun sesuatu zaman itu. sudah sunnatullah. kitaran hidup. dan sepatutnya kita juga sudah dapat mengagak waktu kebangkitan islam kelak. mari sama2 kita laksnakan formula kebangkitan ummah, insyaAllah.

Ini Sejarah Kita 2.

alhamdulillah. masih sempat online. asif kawan2 yang blog kamu saya x sempat menjengah. sejak balik ni rasa macam banyak benda pulak nak buat sampai x rasa nak online. i'll update myself a.s.a.p. ok? insyaAllah. ok sekarang nak sambung post yang lepas. masuk bab sejarah.


Allah telah membahagikan ilmu manusia kepada ilmu sains sosial (telur kuning) dan sains tulen (telur putih). sejarah termasuk dalam sains sosial. tapi kedua-duanya pun adalah sunnatullah dan pasti xkan pernah berubah.

"(Demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu."
(Al-Fath;23)

so, sejarah islam kita bermula bila? tentunya sejak dari terlahirnya Nabi Adam a.s. hingga nabi2 yang seterusnya dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir. sekarang kita fokus pada graf kat atas.

Mekah
-610M turunnya wahyu pertama ketika nabi berumur 40 tahun
-dakwah selama 13 tahun
-3 tahun secara sembunyi2 dan 10 tahun secara terang-terangan
-penanaman dan pengukuhan aqidah serta iman
-xde hukum syara' diturunkan
-diseksa dan diboikot
-tahun kesedihan (kematian Saidatina Khadijah dan Abi Talib)
-lawatan ke Taif dikecam hebat
-Allah kurniakan Isra' Mikraj sebagai hadiah buat nabi
-622M Perjanjian Aqabah 1
-623M Perjanjian Aqabah 2

Madinah
-hijrah, pembinaan Masjid Quba' (masjid pertama)
-Piagam Madinah (penubuhan negara islam yang pertama)
-dakwah selama 10 tahun
-Perang Badar (2H), Perang Uhud (3H), Perjanjian Hudaibiyah (6H), Perang Khaibar (7H), Perang Mut'ah (8H), Perang Tabuk (9H), haji terakhir (10H), kewafatan nabi (11H)

Khulafa' Ar-Rasyideen
-Saidina Abu Bakar as-Siddiq (2 tahun 3 bulan)
-selesaikan masalah nabi palsu, murtad dan enggan bayar zakat
-Saidina Umar Al-Khattab (10 tahun)
-pembukaan banyak wilayah islam yang baru
-memenangi 10 daripada 11 peperangan
-menubuhkan Majlis Syura, Baitul Mal dan pelbagai jabatan
-Saidina Uthman (12 tahun)
-pengumpulan Al-Quran kepada Resam Uthmani
-Saidina Ali (5 tahun)
-zaman fitnah, Perang Jamal dan Perang Siffin
-perlantikan Hassan bin Ali sebagai khalifah
-penyerahan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian

Monday, May 10, 2010

Ini Sejarah Kita.

alhamdulillah. hari ni nak share pasal mukadimah ISK dulu. yang lain akan cuba dikemudiankan. tapi asif. mungkin x lengkap. bagi yang perlukan penjelasan lebih boleh jumpa face to face ye. insyaAllah.

mula2 sekali saya nak tanya. siapakah kita? pelajar? anak? masyarakat? orang melayu? muslim? ye. semua betul insyaAllah. tapi yang paling tepat pastilah muslim. jadi kalau muslim, apakah tanggungjawab kita di atas muka bumi ni?

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku ingin menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(Al-Baqarah;30)

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Az-Zariyat;56)

jadi, dapat kita simpulkan kat sini bahawa tugas kita di bumi Allah ini adalah sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah. dengan matlamat yang jelas ni, kita patut sedar yang kita berpegang pada ajaran Allah, yakni islam. jadi, apa maksud islam itu sendiri? haa. kalau dalam skema spm dulu pun ada. islam adalah tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah swt.

"(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim), "Berserah dirilah!" Dia menjawab, "Aku berserah diri kepada Tuhan sekalian alam."
(Al-Baqarah;131)

penting untuk diingatkan, islam yang kita aplikasikan dalam hidup ni adalah islam. dan bukan Islam. eh. apa yang bezanya? 'i'slam dengan i huruf kecil bermakna kata kerja. 'I'slam dengan I huruf besar bermakna kata nama. jadi, kita xnak la jadi islam hanya pada nama. hanya serupa macam pada IC. kita mahu jadi islam yang mengamalkan islam itu sendiri. islam is the way of life bak kata orang ramai. so, mari jadi islam!

kita semua ni ada kelebihan masing2. ada yang suara sedap. muka cantik. hensem. pandai bercakap. pandai memasak. dan macam2 lagi la. lepas ni, kita sama2 cari kelebihan masing2 ye. insyaAllah dapat digunakan untuk islam kelak.

"Manusia itu ibarat logam. Mana yang baik di dalam jahiliyah, baik juga di dalam islam. Sekiranya mereka faham."
(HR Bukhari n Muslim)

sebagai pelengkap bagi hadis di atas,

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama."
(HR Bukhari)

so, dapat kita lihat kat sini. apa yang paling penting adalah bagi kita semua memahami islam itu sendiri. memahami dengan hati kerana hati yang menentukan kefahaman seseorang, bukannya otak atau akal manusia. tapi hati kat sini bukannya hati yang liver tu ye. tapi qalbu yang letaknya di dada kita.

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah) dan memiliki mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
(Al-A'raf;179)

"Maka tidak pernahkan mereka berjalan di bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj;46)

so, bila dah tahu semua ni kita kena lah capai matlamat kita. berbalik semula kepada hal2 yang di atas. matlamat kita adalah tujuan kita diturunkan iaitu sebagai khalifah dan 'abidullah. perumpamaan telur. telur kalau belajar bio ada dua bahagian. kuning dan putih. dan pastilah yang kuning yang paling penting sebab kuning yang akan membentuk anak ayam. putih juga penting tapi hanya sebagai penyalur nutrient dan sebagai perlindungan buat embryo. sama jugalah dengan kita. matlamat utama adalah khalifah dan 'abidullah. dan study kita ni hanya sebagai alat untuk mencapai matlamat. insyaAllah. study bukan untuk diri sendiri. tapi untuk menegakkan islam. moga2 niat kita sentiasa betul.


so, tugas kita sekarang adalah berdakwah kepada orang lain (kawan2 pun boleh) di samping menjadi student. diibaratkan kita yang berada di dalam kandang. mahu menarik mereka yang ada di luar kandang, insyaAllah.


salam mujahadah!

Sunday, May 9, 2010

tadaimas.

alhamdulillah. selamat sampai rumah maghrib tadi. rindu. baiti jannati.

alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa oleh yang Maha Pencipta untuk join daurah weekend ni. sungguh. sangat bersyukur sebab berkesempatan join daurah kali ni. daurah yang memang special sebab merangkumi ini sejarah kita (ISK), ini peranan kita (IPK) , ghozwul fikr (GF) dan urgensi tarbiyyah (UT). presentor2 pulak mumtaz. ukhti2 yang memang mantap, insyaAllah. x dinafikan memang bukan senang untuk dapat peluang macam ni. biasanya satu program bagi setiap daurah. tapi alhamdulillah rezeki. hehe. moga lepas ni dapat berkongsi dengan semua. dan insyaAllah juga dalam odyssey sendiri.

lagi satu. x lupa hari ni 9 mei 2010. selamat hari ibu buat mak tercinta. nor naseha rosni binti mohd arshad. kaklong sayang mak. moga segalanya diredhai Allah.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah bertambah-tambah dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Luqman;14)

♥♥♥♥♥♥♥

nota kaki : tengah guna wifi baru di rumah. waahh. 5 bar. excited. x serupa wifi di kolej. hehe.

Friday, May 7, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin.


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace.com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org

Kepada anda yang tidak dapat hadir, ayuh! Sebarkan usaha ini kepada kenalan-kenalan yang anda kenali tanpa mengira batasan bangsa, agama & politik!

Anda juga boleh salurkan sumbangan ke


Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

ihsan dari ini.

mungkin belum rezeki saya. jumaat sampai ahad ada daurah di serdang. xpe insyaAllah ni yang terbaik. walaupun dah beberapa kali miss peluang nak join aktiviti lifeline4gaza, sokongan xkan pernah sirna. so, sangat2 berharap kawan2 lain dapat datang. kalau sudi boleh berkongsi pengalaman ye, insyaAllah.

Wednesday, May 5, 2010

impacted.

pasti bukan saya

alhamdulillah. tadi dapat buat jaw x-ray. dental appointment yang seterusnya = 5 julai 2010. insyaAllah. nak cabut gigi bongsu yang impacted. ngEe. excited. ada buat homework sikit pasal gigi bongsu ni. artikel daripada Malaysian Dental Association. jom share.

Semua orang mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu atau desidus dan gigi kekal. Gigi susu mempunyai 20 batang gigi. Gigi kekal pula mempunyai 32 batang dan ia akan tumbuh ke dalam mulut ketika anda berumur enam tahun atau tujuh tahun.

Jenis gigi yang pertama tumbuh di dalam mulut ialah gigi insisif atau kacip. Gigi yang terakhir yang tumbuh ialah gigi bongsu atau molar ketiga. Gigi itu tumbuh ketika berumur 17 tahun. Lazimnya semua 28 gigi kekal (14 dirahang atas dan 14 di rahang bawah) akan tumbuh di dalam mulut anda. Gigi bongsu kadangkala tidak tumbuh langsung ke dalam mulut anda. Ini mungkin disebabkan benih gigi bongsu memang tidak terbentuk dalam rahang dari awal.

Keadaan itu boleh terjadi kerana rahang terlalu kecil sehingga tidak mempunyai ruang pada rahang untuk memuatkan benih gigi. Gigi bongsu yang terhalang itu dinamakan gigi bongsu terimpak. Gigi itu hanya dilihat dengan jelas melalui kaedah X-ray.

Gigi bongsu terimpak tidak perlu dicabut keluar daripada rahang jika tidak menimbulkan rasa sakit. Tetapi kadang-kadang ia boleh menghimpit saraf kecil di sekitar rahang sehingga menyebabkan rasa sakit. Rasa sakit itu boleh tersebar ke sekitar bahagian leher dan muka. Jika kedudukan gigi bongsu terimpak di bahagian rahang atas, ia boleh menyebabkan rasa pening yang berterusan di sekitar kening dan sebahagian kepala. Rasa sakit itu hanya boleh reda jika gigi bongsu terimpak dicabut.

Gigi bongsu terimpak hanya boleh dikeluarkan dengan kaedah pembedahan ringkas yang dinamakan surgeri minor. Satu torehan akan dibuat pada gusi untuk mendedahkan tulang rahang. Bahagian tulang rahang yang menghalang korona gigi bongsu terimpak akan dibuang dengan satu alat pemotong khusus atau dengan alat geruji gigi. Setelah itu gigi akan dicungkil keluar.


bunyi pun mengerikan. tapi insyaAllah lepas ni akan ok. nervous.

Tuesday, May 4, 2010

random.

alhamdulillah. selesai sudah sitting exam untuk final sem 2 ni. harapkan yang terbaik untuk semua, insyaAllah. moga redha Allah mengiringi. as usual, doa dan tawakkal jangan lupa ye. letakkan sepenuh pergantungan pada Allah. chill la sahabat. exam dah habis pun. hehe.

hmm. hari ni kalut sikit. maaf ye encik ezwan atas kemelampauan saya tadi. sampai terjatuh skrip2 exam yang x habis pun lagi dikutip. maaf. tindakan refleks. x sengaja. cuma cuak paper sendiri disemak depan2. moga mata2 lain yang memandang x berfikiran negatif. sungguh. xde niat yang x baik. wallahu'alam.

hari ni mod random. nak plan aktiviti2 lepas ni. moga masa terisi dengan perkara2 yang bermanfaat. plus, buku2 buah tangan KLIBF yang setia menanti untuk dibaca. set!

sikit perkongsian. tadi singgah laman fb seseorang. ade post lagu ni. lagu lama. best!