Monday, October 10, 2016

Intended.

 
[Alam Damai, 091016]
 
Indah semua ciptaanNya
Ini semua dari-Nya
Jangan pernah berat untuk bersyukur
Tak perlu bayar tak perlu merungut
 
Terima kasih keranaNya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut
 
Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dariNya
 
Subhanallah
Subhanallah
KasihMu Allah
Subhanallah
 
Ku tahu jalannya
Kamu tahu jalanmu
Kita semua setara
Tiada beza semua manusia
 
Marilah kita terus-terus memuji
Tak kira walau satu tika diuji
Laluilah dan ucap Allah Maha Suci
Nikmat disyukuri di langit dan di bumi
Dan bersyukur dengan ikhlas selalu untuk memberi
Itulah kunci pada pintu rezeki
Bererti mensucikan budi pekerti
Berterima kasih aku mendapat rezeki
 
(Raqib & Waris, 2016)
 

Monday, October 3, 2016

Lemon tree.

 
I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me about the blue blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon tree
 
I'm turning my head up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just another lemon tree

 
(Fools Garden, 1995)
 
 
[Mill Park, 100814]
 
When life gives you lemons, make lemonade out of it.
When life gives you struggle, make strength out of it.
 

Saturday, October 1, 2016

Footprints.

 
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
 
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
 
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
 
At-Taubah 9:38-42
 
[Carlton, 121115]
 
Antara ayat yang berulang kali dibacakan. Antara ayat yang sentiasa menjadi penguat di kala diperlukan.
1 Muharam 1438, semoga hijrah yang lebih membaikkan diri hari demi hari. Ameen ameen ameen.