Tuesday, March 22, 2011

mati.


"kematian itu..sama ada kerana dibunuh atau kerana penyakit, ialah perkara yang sama. kita semua menunggu hari terakhir hidup kita..tiada yang berbeza. sama ada ditembak apache atau kerana sakit jantung..saya memilih (dibunuh dengan) apache."
~Dr. Abdel Aziz Ali Abdulmajid al-Rantissi


himmah seorang martir Allah. cita-cita tinggi untuk syahid dan subhannallah, beliau meninggal dengan cara yang diinginkan. itulah rantissi, PA kepada sheikh ahmad yassin.

setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. alhamdulillah. ditegur untuk ingat mati. alhamdulillah. masih diberi peluang untuk cuba delete dosa dan topup pahala. alhamdulillah. tiada apa-apa berlaku tadi. sungguh. masih terkejut.

scene gas meruap dan api menyambar buat diri rasa tersentap. sungguh Allah Maha Kuasa. ditakdirkan saya cuai dalam lab tadi tapi masih membiarkan saya bernyawa tanpa apa-apa injury pun. syukru lillah. terfikir macam mana kalau ada apa-apa tadi. meninggal dalam keadaan yang x berapa nak 'siap' ni? huhu. jauh sangat nak dibandingkan dengan rantissi. moga rahmat Allah mencucuri beliau di sana. al-fatihah.

Friday, March 18, 2011

hud-hud.


alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa untuk share favourite stuff odyssey.
lately suka dengar tanya sama itu hud-hud. plus, beberapa hari lepas ada jumpa cerita pasal hud-hud dalam tafsir surah al-naml. nak tahu lebih? jom bedah al-quran. bila lagi nak tadabbur kan? :)

~hudhud by arconic

READ BETWEEN THE LINES!

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari


~tanya sama itu hud-hud by m.nasir

boleh baca maksud tersirat lagu ni kat sini. dapat link ni dari seorang sahabat. thanx kamu, jazakillah :)

Saturday, March 12, 2011

dia.


"Selayaknya, bagi jiwa-jiwa yang mengazamkan dirinya di jalan ini, menjadikan dakwah sebagai laku utama. Dia lah visi, dia lah misi, dia lah obsesi, dia lah yang mengelayuti di setiap desah nafas. Dia lah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada redha dan maghfirah Tuhannya kelak."


kali kedua tengok sang murabbi. alhamdulillah wa syukru lillah. hari ni rasa lebih bersemangat. perasaan yang sangat best tapi x tahu nak cerita macam mana. moga mampu disalurkan ke jalan yang haq, insyaAllah.

Thursday, March 10, 2011

spectacles.

menjelaskan apa yang kabur.

masih punya mata untuk melihat walaupun keupayaannya dah berkurang. alhamdulillah. few days ago, ditegur oleh seorang teman yang lebih suka saya gunakan cermin mata berbanding contact lens. ok, point noted! insyaAllah kalau prioriti yang lain dah selesai, spec baru akan menyusul. tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal spec baru. mahu share something. hanya input yang x seberapa yang diharap mampu beri manfaat buat semua.

melihat dunia dengan kaca mata islam.

apa tu kaca mata islam? mungkin soalan ni dah klise. tapi apakah jawapan kita? ambil masa untuk fikir dan jawab pada diri sendiri. tipikal bagi odyssey, adalah melihat melalui penglihatan seorang mukmin. yup! lensa yang membezakan antara dua. dan yang pasti bukan mudah menjadi seorang mukmin. x semudah mengaku jadi seorang mukmin. huhu.

lately selalu jugak menasihati teman-teman yang lain supaya menjaga hati. yes. menjaga hati dalam langkah menjadi seorang mukmin. hmm. memerlukan mujahadah yang sangat sangat sangat kuat. x mudah sebab hati x tetap dan berbolak-balik. tapi harus berusaha dan tetap meminta pada Allah agar ditetapkan hati dalam jalanNya.

'jagalah hati, jangan kau kotori,
jagalah hati, lentera hidup ini"

mula beramal, insyaAllah...

Friday, March 4, 2011

bz.


~by elbooga

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
(Al-Mulk 67;2)

kesibukan dunia yang diharap berbaloi untuk akhirat, insyaAllah..