Friday, December 13, 2013

dia.


entri khas untuk dia, yang moga Allah selalu menjaganya.

dia yang pada awalnya lebih dikenali di alam maya berbanding realiti. dia yang bila sudah sering bertemu membuahkan sayang. sayang kerana Allah moga-moga. dia antara sosok qudwah terbaik disaksikan mata ini. dia yang diutus Allah untuk menyedarkan aku akan jalan yang panjang ini. dia yang ceria, yang lembut, yang prihatin, yang penyayang, yang tegas, yang terkadang juga gila-gila.

dia yang terpilih, yang tabah, yang kuat, yang sering diuji Allah dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. dia yang aku tahu, layak menerima ujian-ujian ini kerana dia mampu. dan moga Allah mengangkat darjatnya di sisiNya.

bintang syurga (unic dan raqib majid)

biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
 
aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

burung-burung hijau terbang
ruhku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekar ku bercantum
 
pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki Ilahi
 
kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
 
datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
 
derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

wahai ummi, moga Allah memberimu kekuatan. moga Allah memudahkan segala urusanmu. hanya mampu berharap dapat dititip doa yang terbaik untukmu.

sekadar curhat. dan perasaan ini hanya Allah yang tahu.

Sunday, December 8, 2013

pasca banjir.

kata bunga dan merah,

embun menitis di jendela
tanda mentari akan tiba
nun jauh di sana
di balik hati hiba
tiada lagi duka dan nestapa
tiada lagi gelap gelita gelita
hanya senyum di bibirnya

:)

pasca banjir?

banyak hikmah yang bisa dikutip. baik atau x semua Allah yang bagi kan? asalnya semua pun terbaik untuk kita. tapi disebabkan khilaf kita yang lemah ni kita selalu nampak sesetengah perkara tu sebagai tak baik. hakikatnya setiap perkara tu Allah dah tentukan hikmahnya. tsumma alhamdulillah.

Sunday, December 1, 2013

pasca kerja.

i go by aizat amdan,

so long fare thee well
the dancer and the dancing days have taken leave and fell
so turn down this bed of stone
quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

the long december rain is falling now
running down on streets to nowhere
music is my life you're my sweetest nightingale
but i can't hear it here no more
and i go i go 
 
hush now don't shake or break
words have fallen silent like soldiers to the grave
no matter what they do or say
lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face
 
pasca kerja?

merindui saat-saat sibuk itu. merindui waktu terasa mampu dimanfaatkan sebaiknya. merindui rasa dagang di kalangan yang lain. merindui mudah susah di alam realiti. merindui hujung-hujung minggu yang terasa sangat terisi. merindui anak-anak syurga fakih setiap ahad. merindui muayasyah bersama semua. rindu itu dan ini.

pasca kerja?

r.i.n.d.u.

moga Allah terima segala pekerjaan ni. Allahumma ameen.

Friday, November 15, 2013

a blog as a diary. curhat semata T_T


segala puji-pujian selayaknya hanya untuk Dia yang Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. 

yang mengetahui segala isi hati. yang terlihat dan tak terlihat. yang amat dekat dengan hamba-hambaNya. yang mengampuni dosa mereka. yang memberi ampunan seluas langit dan bumi yang tak berpenghujung. yang mempunyai rasa kasih yang tak terbatas. yang amat pemurah dan melimpah ruah rahmatNya.

diri ni hari-hari jadi pendosa. tapi Dia masih sayang. bila terasa teguran dan gurauan Dia, teringat kembali kisah mencintai penanda dosa yang pernah dikongsi oleh akhi salim. sungguh. beruntung punya penanda dosa yang menjadi peringatan dan pembakar semangat.

moga Dia pandu langkah-langkah kita. kerana sememangnya hanya Dia yang kita perlu. bukan manusia. bukan harta. hanya Dia. hanya Allah.

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku dan bukan di hatiku.

mode : sangat merindui zaman itu. zaman yang bersungguh-sungguh bekerja. tapi perasaan ni, siapa faham?
T_T

Monday, October 21, 2013

tawakkal cik kurr.



Sabda Rasulullah s.a.w,

Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.

(HR Tirmidzi)

Friday, October 18, 2013

sesi cermin.


Sabda Rasulullah s.a.w,

Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, jangan melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu, kerana itu lebih wajar supaya kamu tidak memperlekehkan nikmat Allah.

(HR Bukhari dan Muslim)

Friday, September 27, 2013

semalam.


alkisah suatu hari bernama semalam,

cik ana berpergian untuk satu temuduga jawatan yang dipanggil pitidi. satu jawatan yang entah kenapa hangat diperkatakan ramai tetapi nampak gayanya tidak sesuai dengan cik ana. setelah sampai dan menunggu hampir dua jam, akhirnya cik ana dipanggil masuk untuk bertemu dan diduga oleh pakcik datuk dan pakcik do.

cik ana ketuk pintu dan bagi salam. pakcik-pakcik jawab salam, minta dokumen dan persilakan duduk.

pakcik datuk bertutur dalam bahasa inggeris, ramah, merendah diri dan seorang father-figure. manakala pakcik do bertutur dalam bahasa melayu dan berperwatakan agak tegas.


antara dugaan sepanjang bertemu,

pakcik datuk: kenapa cik ana nak jadi pitidi ni? cuba cerita apa yang pentingnya jawatan pitidi ni?


tanya pakcik datuk lagi: pakcik nak minta cik ana ulas salah satu antara empat topik ni; 1) blueprint pendidikan, 2) keusahawanan bumiputera, 3) harga minyak naik, 4) chin peng.


pakcik do: ok cik ana, boleh awak jelaskan kedudukan pitidi dalam kementerian negeri?


tanya pakcik do lagi: malaysia mengamalkan sistem pembahagian kuasa. boleh awak terangkan apa pembahagian kuasa ni? pernah dengar kan? kalau tak pernah dengar tak boleh jadi rakyat malaysia ni.


soalan pakcik do yang terakhir tu buat cik ana rasa sangat loser.

jawab cik ana: maaf tuan saya tak pasti, boleh beri saya sikit hint? 

pakcik do: ada tiga.

cik ana: sistem pemerintahan di malaysia terbahagi kepada tiga iaitu majlis eksekutif, legislatif dan judisari. 


kemudian cik ana pause untuk satu jangka masa yang agak lama. setelah tidak tahu lagi apa untuk dijawab, 

cik ana kata: maaf tuan, saya tak ingat.

muka pakcik-pakcik yang menduga cik ana berubah. turut sama berubah adalah hati dan perasaan cik ana.

sesi pertemuan dan diduga diteruskan dengan sesi bual-bual santai sambil pakcik datuk memberikan tips untuk mencari suami serta resipi nasi goreng kepada cik ana. turut sama adalah sesi tazkirah.

sebelum pertemuan berakhir, cik ana diberi peluang untuk bertanya apa saja kepada pakcik-pakcik. cik ana tanya,

boleh saya tahu prestasi saya hari ni?

pakcik datuk ambil kertas penilaian dan membacakan apa yang ditulis.

she ..., ..., but no depth.



ouch! nampak tak di situ? sudah terang lagikan bersuluh muwasofat tarbiyyah cik ana compang-camping lagi.
oh my mutsaqaful fiqr!

no depth = ulasan tak cukup panjang = poin hanya yang di permukaan = tak cukup pengetahuan

=.='

bersungguh cik ana pulun baca hafal pelan integriti nasional, nbos, nkra, nkea, etp, gtp, dasar biotek negara, menteri itu menteri ini isu itu isu ini bagai tapi soalan sejarah sekolah menengah pun tak dapat jawab.

emm. alhamdulillah. tsumma alhamdulillah. mungkin ini bukan jalan yang harus cik ana datangi.
moga Allah pemudahkan apa yang terbaik untuk diri, orang lain dan deen ni. 

Allahumma ameen..

Friday, July 5, 2013

pesanan penaja.


tetamu istimewa bakal berkunjung tak lama lagi. really soon. doa lagi banyak-banyak.
moga sempat ketemu. biidznillah..

.اللهم بلغنا رمضان. اللهم بلغنا رمضان. اللهم بلغنا رمضان

jadi bersihkan piala-piala dan cawan-cawan yang ada untuk diisi dengan apa yang menjadi haknya!

peringatan terutama buat diri sendiri,
penyakit hati tidak boleh diubati kecuali dengan ilmu dan amal (jom10, m/s28).

Thursday, July 4, 2013

aku rela.


"Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
(Al-A'raf:128)

sequel entri doakan negara piramid. rasanya lebih mengesankan hati daripada insiden 05052013. banyakkan istighfar. kerana kemenangan tak akan datang pada pejuang yang bergelumang dosa. teruskan berdoa dan teruskan buat kerja. kerana janji-janji Allah itu pasti.


aku rela by algebra,

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta

Biarku tanggung rasa derita
Asalkan agama, selamat akhirnya
Yang membantah, hanya berfalsafah
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan
Lalu kebenaran disingkirkan
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini aku bahagia

Kerana pada kebenaran
Itulah terasa nikmat syurga

jalan masih panjang..

Wednesday, July 3, 2013

laytaka dawman qareeb.


less than a week now. be the slave of Allah. not the slave of ramadhan.


Narrated Abu Hurairah: The Prophet s.a.w.said, “Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven, and whoever stood for the prayers in the night of Qadr out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven .”
(Sahih Bukhari)

Sunday, June 30, 2013

berita gembira.


berita gembira by new sakha,

mungkinkan saja kamu tak senang
melihat musibah di hadapanmu
bolehlah saja kamu menangis
semua di balik itu Allah memberinya kebaikan

khabarkan berita gembira bagi yang sabar
bila datang musibah dia ucapkan
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
kami milik Allah akan kembali pada Allah
kamu kan mendapatkan tempat dan kedudukan
yang mulia di sisi Allah

janganlah kamu bersangka buruk
mari pujilah Allah walau dalam bencana
Allah menguji ketaatanmu
dengan rasa takut, lapar, sengsara, jiwa raga

wahai orang beriman bersabarlah 
bangkitlah tingkatkan takwa kepada Allah
di mana ada satu kesulitan 
di sana ada dua jalan
bagimu kemudahan

dengar je lagu ni, terngiang-ngiang ayat-ayat cinta Allah. moga tak hanya dengar, tapi beroleh sesuatu.
ameen. ameen. ameen.

Saturday, June 29, 2013

doakan negara piramid.


dua minggu lepas saya ambil ujian bahasa inggeris. pearson test of english for academic. alhamdulillah semua ok.
salah satu soalan yang perlu saya jawab adalah esei. soalannya,

every successful person is determined by the way he/ she was raised. give appropriate arguments based on your point of view stating one example of the person.


dan saya tulis mengenai dr muhammad mursi. siapa? sila cari biografi beliau.
esok hari yang agak merisaukan bagi saudara-saudara kita di mesir. moga semuanya baik-baik sahaja.
tembakkan doa, yuk!

Friday, June 28, 2013

durian hempap kepala!


replay recording ghurabaa' camp. teringat satu pesanan salah seorang muwajjih. setelah diolah dan ditambah perisa, lebih kurang beginilah ayatnya:

antunna yang ada blog tu janganlah biar bersarang lama-lama. bila balik je dari daurah ke apa ke, update la. jadikan blog tu macam diari antunna. nanti-nanti boleh baca semula..

erk sengih je mereka yang makan cili dan rasa pedas. bila dengar pesanan ni kepala dah pusing fikir macam-macam alasan. tak sempat la. lama tak online la. tak tahu nak share apa la. ini la. itu la..

ok berhenti perah otak cari alasan! kakak muwajjih ni seorang doktor. boleh je dia tulis-tulis. ada je masa. ada je yang nak dikongsi. bukanlah nak suruh update hari-hari. at least ada effort untuk buat sesuatu. pokoknya kena push diri sendiri. kalau tak tahu nak share apa, tu tandanya tak banyak membaca. ouch durian hempap kepala!

emm selalu orang kata waktu lapang ni la boleh buat macam-macam. tapi rasanya mujahadah sangat nak manfaatkan waktu lapang ni. anak pak man cakap kalau tak nak buang masa jangan biar diri rasa boring. tapi berkeringat jugak la nak amalkan hal yang satu ni. hmm. tiba-tiba seorang sahabat tegur,

kalau tak rasa perit, macam mana nak rasa manis?

okay i really need some help -.-'

Wednesday, June 26, 2013

cahaya di atas cahaya.


pagi ni buka odyssey. scroll semula entri yang lepas-lepas. kemudian buka timeline facebook. scroll semula post yang lepas-lepas. kemudian tutup laptop dan duduk senyap-senyap.

bila melihat semula diri ni lima-enam tahun yang lepas sampai sekarang, ada macam-macam perasaan. kelakar ada. malu pun ada. manis pun ada. betapa terasa post-post dan entri-entri lama tu peringatan masa lampau buat diri sendiri. betapa rasa Allah mengizinkan tarbiyyah tu mengubah kita. betapa rasa sayangnya Allah kat kita. memang terngiang-ngiang teringat firman Allah,

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (QS Ar-Rahman)

sememangnya segala puji hanya selayaknya bagi Allah. hanya kerana rahmah Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kita menjadi kita sekarang.


..Cahaya di atas cahaya, Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki..
(QS An-Nur : 35)

Monday, June 17, 2013

bukan. bukan ignorance.


terkadang bila ada sesuatu terjadi dan kita macam tak ada perasaan sangat, orang tanya kalau kita ni suka ambil mudah. take things for granted. atau tak serius dan tak kisah. tak ini. tak itu..


ohh bukan tu sebenarnya. kalau benda dah nak jadi kita memang tak boleh nak ubah. sedih, stress, marah lama-lama pun tak guna. jadi walau perasaan berkecamuk tahap perang dunia kedua sekalipun, sila cover line dan control macho. kemudian kembali.

Verily in the remembrance of Allah do heart find peace (QS 13:28)

jangan cepat melatah. jangan cepat melatah.
keep calm. cool. chill.

Hanya diriMu yang bisa membuatku tenang
Tanpa diriMu aku merasa hilang dan sepi

background lagu : dealova.

Friday, May 31, 2013

hujan.


hari ni baca buku mudahnya menjemput rezeki (fathuri salehuddin). nak share sikit kat sini. menurut pengarang tafsir al-quran asy-sya'rawy,

"rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk. bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya ialah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."

milik kita belum tentu rezeki kita. ok something to ponder.

hari ni mungkin hari besar untuk sesetengah orang. hari lain mungkin untuk sesetengah orang yang lain pula. atau juga mungkin untuk kita. yang penting percaya. yakin. iman. ok ni sebenarnya peringatan terutama untuk diri sendiri. nak share sikit lagi,

Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan membangga diri. (Al-Hadid 57 : 22-23)

diari : satu hari baca mari bersabar (amru khaled). tak habis lagi. satu hari baca how to win friends and influence people (dale carnegie). tak habis lagi. satu hari baca itu satu hari baca ini. tapi x habis-habis pun lagi. rupa-rupanya dah hampir sepuluh buku yang baca hanya separuh jalan je.

tiba-tiba teringat al-'asr.
masa tu dihabiskan untuk apa je? ohh hujan dalam hati..

Sunday, May 26, 2013

cepumas.


hang lama lagi ka? bila nak menikah? - tok

hang dah ada yang masuk meminang ka? - makteh

fareha lulus exam ptd tak? - maklong

bukan ka hang nak sambung belajar? - maksu

sorang lagi dah kahwin. kamu bila lagi fareha? - maklang

kamu buat apa sekarang? dah kerja? tak nak jadi cikgu? - paklang

hujung minggu ni balik kampung. bertalu-talu soalan cepumas. betul. kita hanya berusaha sedaya mampu.
tapi hasilnya Allah yang bagi.

usaha lagi. lebih bersungguh-sungguh.

Friday, May 10, 2013

countdown.


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,

اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان


Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR Ahmad dan Tabrani)

nota kaki : banyak countdown dalam hidup ni. tapi countdown mati?

Monday, May 6, 2013

hitamkeluar.


sungguh. mata berkaca-kaca. perasaan bercampur-baur.
insiden 05052013 dalam ingatan.

sesi introspeksi dan pujuk diri.
tak apalah. mungkin belum bersedia. dan mungkin juga belum all out.
ingatlah,


so, teruskan berusaha. gencarkan kerja dakwah dan tarbiyyah.
masanya akan tiba. biidznillah.
berlapang dada. tingkatkan amal.

Friday, May 3, 2013

sakti.


kerana yang sakti itu hanya kuasa Allah. yang nampak mustahil boleh jadi x mustahil jika Dia mahu.


sabda Rasulullah s.a.w,

“Wahai anakanda, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa perkataan. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”

(HR Bukhari & Muslim)


duhai diri, hafal saja x cukup. beriman lalu amalkan. dan dengan izinNya kau akan diuji dengan apa yang kau imani. bersiap-siagalah.

Sunday, April 28, 2013

ruh.


sabda Rasulullah s.a.w,
“Ruh-ruh itu ibarat perajurit-perajurit yang dibariskan. Yang saling mengenal di antara mereka pasti akan saling melembut dan menyatu. Yang saling tidak mengenal di antara mereka pasti akan saling bebeda dan berpisah.”
(HR Bukhari (3336) dan Muslim (2638))


kab, kum, kuth, kal, kaf atau kaish sekalipun namanya. apa yang menyatukan kita adalah ruh itu. walau di mana pun kita berada, moga Allah redha..

Sunday, April 14, 2013

common knowledge.


13042013
0900
peperiksaan pengetahuan am untuk M41

kesimpulan?

air terjun kat pipi. sudah terang lagikan bersuluh mutsaqaful fiqr tu penting!
semua orang sila check muwasofat tarbiyyah masing-masing.

Tuesday, April 2, 2013

parrot.


"You've been studying the Quran. Before you memorize it and after you memorize it, you're still impatient as you were before. Then the only difference between before and after, is the difference of a parrot memorizing certain line.
Before and after, it's still a parrot."
(Timeless Guidance by Akhi Nouman Ali Khan)

T_T

memang sentap! teguran Allah kasi even time tengah tengok youtube. huhu.
tak nak jadi burung kakak tua.

Monday, April 1, 2013

shoot.


two down. one more to go. siapa nak hadiahkan ana kuda? :)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ ما اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ، أَلآ إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ، ألا إن القوة الرمي، ألا إن القوة الرمي

“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” 
(HR Muslim no. 1917)

Thursday, March 21, 2013

bulat-bulat.


alhamdulillah. pujian selayaknya hanya untuk Allah.
tahniah kakchik. result spm keluar hari ni. apa pun resultnya, tahniah.

berfikir.

man jadda wajada. siapa yang bersungguh-sungguh dia akan berhasil.

seminggu dua ni asyik dengar lagu ni je.
indeed. sudah sunnatullah siapa yang berusaha dia akan berjaya.
jadi berusahalah. insyaAllah sukses.
tapi harus diingat. bukan usaha yang menentukan kejayaan. hanya dengan kehendak Allah sesuatu akan berlaku.
kun fayakuun.

..aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah.. (Ghaafir 40:44).

semalam, 20mac2013/8jamadilawal1434H, genap 3 tahun.
harini. 21mac2013/9jamadilawal1434H, genap 23 tahun.

moga usia dibersihkan, diluhurkan di bawah bayangan al-quran.

Tuhan ampunilah daku 
kuharapkan hidayah dariMu
saat ini hingga nanti 
aku kembali kepadaMu
~sendiri, tashiru.

Sunday, March 10, 2013

saman.


kelmarin ana dapat sepucuk surat. di luar sampul tertulis private and confidential. bila buka, surat saman! memandu melebihi had laju. 104km/h melebihi had 90km/h. itu masa ana memandu di kawasan mentakab. di lebuhraya kuala lumpur - karak.

kata ana, nak potong lori-lori yang lambat berderet kat lorong kiri. tapi kereta-kereta kat belakang pulak bagi isyarat lampu kononnya memandu lambat di lorong kanan. keadaan memaksa ana memandu laju. 

sedang asyik meluahkan perasaan tiba-tiba terdengar ada yang berkata,

orang tu kalau betul-betul dia baik, x akan berubah dek keadaan. susah ke senang ke sama je.

gulp. telan air liur je la.

dalam hati aku cakap kat ana,

alhamdulillah. xpe la ana. kau buat salah kau dapat surat saman. at least kau tahu kau salah. boleh kau muhasabah. betulkan kesilapan. taubat. kembali.

aku kira, macam mana la kalau buat dosa pun dapat surat saman. campur kali dosa kecil dosa besar. mesti dah bertimbun x mampu nak bayar! untung la kesalahan yang macam ana tu ada yang menegur. kalau salah dosa yang sah-sah lagi parah ni? silap-silap dah menggunung macam uhud pun masih x sedar lagi.

Allahu..

sangat refleksi diri. kita x tahu dosa kita banyak mana. kadang-kadang rasa nak minta dapat sakit yang boleh jadi kafarah dosa. takut-takut x mampu nak tanggung nanti. tapi aku tahu itu pun salah.

jadi, mohon tegurkan bila tersalah. mohon ditarik semula bila menyimpang. dan mohon bersabar bila membetulkan. 

Antara dosa terbesar yang boleh dilakukan seorang hamba adalah apabila dia melakukan dosa dan Allah ada dalam ingatannya, namun dia terus larut dalam dosa itu.
(inche gabbana, 2013)

Monday, February 25, 2013

counting.


kasih yang membawa ke syurga.


23 tahun. dan masih mengira. moga kekal hingga syurga.
ameen. ameen.ameen.


Thursday, February 7, 2013

of sweat, tears and blood.


9:112

memoirs of precious time and space. indeed favours from Allah.
thank you Allah. thank you sisters.
may Allah forgive us and accept our worship.

Thursday, January 24, 2013

Ya Badrotim.


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين حميد مجيد

kerinduan

Assalamu 'alayka by Maher Zain

My heart is so full of longing
I wish to be close to my beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you oh Muhammad

I left all my troubles and worries
As I entered your mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn't stop my tears from falling
In your presence oh Muhammad

Oh Taiba your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I've left my heart with my beloved
Sending blessings on Muhammad

Assalamu 'alayka
Ya Rasul Allah
Assalamu 'alayka
Ya habibi
Ya Nabi Allah
Ya Rasul Allah


diari : kadang-kadang kita mengaku mencintai dakwah. tapi kita terlupa untuk lebih mencintai baginda yang memulakan dakwah tu. selawat dan salam atas junjungan kecintaan kita. moga kita beroleh syafaat baginda kelak.
ameen. ameen. ameen..

Wednesday, January 9, 2013

ohoi syok sendiri!


selalu kita fikir kita punya masalah besar. selalu juga kita fikir orang lain tak tahu masalah dan tak memahami kita. tiba-tiba emo x tentu fasal. wahai! alangkah syok sendirinya kita. kasi ketuk sikit hati tu. biar kurangkan berfikir tentang diri sendiri je. fikir juga tentang orang lain.

merah tanda berhenti jadi self-centered

Daripada Abu Darda’ ra, Rasulullah saw bersabda :
Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.
(HR Muslim)

Tuesday, January 1, 2013

curtain fall.


bila orang mula review setahun yang lalu. 2012. aku juga jadi menghisab. apa yang lepas-lepas tu diredhai?
ada air terjun kat pipi.

jatuh bangun. suka air mata. putus asa terus asa. setiap tahun pun ada. tapi harapnya setahun yang lalu moga x rugi sendiri. dan rahsia itu Allah Yang Maha Tahu. sungguh nikmat yang Allah beri tak terhitung. ighfirlii Ya Rabb! ighfirlana Ya Rabb!

himpunan jiwa-jiwa pemuda

penutup tirai 2012 di bumi tarbiyyah. maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan? alhamdulillah tsumma alhamdulillah.