Tuesday, May 1, 2018

Engkau Ada


Hujan lebat menyembah bumi
Membungkus kota dengan hiba
Menghindar bintang dari angkasa
Kelabu pada pandangan manusia

Percik air mengalir dalam ketaatan
Membasuh luka dan duka
Menghapus dosa-dosa
Membuang gusar dan galau
Menyejukkan hati yang rindu
Dengan kasih dari Mu

Jauh di suatu sudut hati
Aku tersenyum memikirkan
Kerana aku tahu Engkau ada

[Brewster Rd, 010518, 2119]