Tuesday, September 25, 2012

prophetic parenting.



highly suggested! disebabkan baru start baca jadi x banyak boleh review. sila sila sila bagi menambah ilmu di dada. boleh beli di kedai iman atau di mana-mana toko buku yang hebat sahaja. toko buku biasa-biasa tiada.
sekian,terima kasih.

“All humans are dead except those who have knowledge;
and all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds;
and those who do good deeds are deceived, except those who are sincere;
and those who are sincere are always in a state of worry.”
Imam Shafiie rahimahullah

let us start with the first and try the best to put action on the others,insyaAllah :)


Sunday, September 23, 2012

ku bersaksi.


Aku melihat dunia pada mengenalMu
Namun tak hentikanku untuk terus mencariMu
Sampaiku rasa ada suatu yang berbeza
Kehampaan di jiwa terjawab sempurna 


Di sini ku temukan kedamaian
Tiada yang lain kan menggoyahkan
Ku ikrarkan sungguh sepenuh hatiku
Sepenuh hatiku 


Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah
Penguasa Alam semesta
Dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad utusanNya
Bagi seluruh manusia di dunia 


Keyakinan hati ini membuatku memilih jalan ini
Selamanya akan aku pasrahkan
Hidup dan mati kepadaMu Tuhan


~Firdaus ft Noh~

Wednesday, September 19, 2012

versatile.


swiss army knife

alhamdulillah. sepetang bersama ayahanda tercinta. bersiar-siar menaiki satu-satunya kereta di rumah yang x pernah saya pandu. dan pemandu petang itu adalah saya! tsumma alhamdulillah.

ok. kali pertama drive menggunakan kereta auto setelah lima tahun mempunyai lesen kereta. lame. sungguh. itulah yang terjadi bila sudah terbiasa berkereta manual dan takut memandu kereta auto (setelah melalui pengalaman kurang baik menjadi penumpang orang lain yang x biasa memandu kereta bukan manual). ok fullstop. itu bukan point yang sebenar.

nak ceritanya jadi teringat pada pesan akhawat ukhtis cookies. tarbiyyah itu! menjadi akhawat harus berani. menjadi akhawat haruslah versatile. macam swiss army knife! boleh memotong. boleh menggunting. boleh membuka penutup botol etc etc. menjadi akhawat harus belajar banyak perkara termasuk memandu kereta auto (in my case). dan juga begini begitu yang terlalu banyak untuk diceritakan. pokoknya, harus serba boleh! mungkin sudah jatuh hukum wajib? err.

apa-apa yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu yang wajib akan diambil kira sebagai wajib.