Thursday, January 28, 2010

PRK

alhamdulillah.. minggu yang agak tegang dah pun sampai hari jumaat.. means that i'll be home in the next few hours, insyaAllah.. can't wait.. ngee~
minggu tegang?? ofkos la minggu PRK.. sebenarnye dah start terasa bahangnye daripada last week lagi.. bila MPMUM dibubarkan.. tapi minggu ni baru nampak extreme sikit.. start dengan penamaan calon hari isnin hari tu, kempen selasa dan rabu.. finally pembuangan undi khamis..
macam2 jadi.. x perlu nak cerita lebih.. letih. penat. tenat. dengan semua ni.. saya dah pun mengundi.. dah puas hati.. rasa macam dah dewasa.. hehe.. poyo..
neway, semoga semua konflik dapat diselesaikan.. yang dah bermanifesto lebih2 tu, harap dapat tunaikan.. yang dah berjaya, tahniah.. yang kurang berjaya, cuba lagi kalau ade kesempatan k..
.........................................................................

Wednesday, January 27, 2010

bongkah kayu.

hehe. bukan nak cakap pasal bongkah kayu pun. saja post title ni.


saya punya seorang kawan. perwatakan kawan?? perkataan paling sesuai untuk gambarkan kawan adalah baik. tapi satu yang saya kurang senang pasal kawan. kawan suka berbahas. kadang2 berbahas pasal hal yang kawan x dapat nak buktikan pun. sesekali boleh buat orang lain tersinggung dengan ape yang kawan cakapkan. saya sendiri kadangkala terpaksa mendiamkan diri. takut hal yang dibahaskan berpanjangan. saya sayang kawan. dan xnak kawan x disukai oleh orang lain disebabkan hal ni. tapi susah nak tegur kawan. mungkin sebab kawan suka berbahas. atau saya yang x cukup kuat, takut kawan terasa hati dengan ape yang saya cakap. ape lagi yang boleh saya buat?? sedih...T_T

Sunday, January 24, 2010

berehat sebentar bersama2 blog.

curi masa study jap. artikel yang saya kira menarik untuk dikongsi. sekurang2nye saya suka...:)

Sakit Hati, Tulang Sendiri ?
www.iluvislam.com
Di Forwad kan Oleh: Edwardsiella
Editor: Afdhal87


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran.
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba
WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian,
LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Wednesday, January 20, 2010

better start now.


dah mula kira2. minggu depan test 25%. next week test 40%. w0w! saya patut mula sekarang. dah x boleh tangguh2 macam dulu. dah xde kejap2. assignment pulak ade 5 untuk sem ni! 5 yang semuanye boleh dikatakan susah. tambah tolak darab bahagi dengan aktiviti kolej dan universiti lagi. cuak. gerun. dapat urus masa dengan baik x ni? macam x pernah excel je dengan time management ni. tolong jangan sengal. macam mana pulak dengan kekasihku internet ni? adoyai. terpaksa curang. huhu. moga dapat buat yang terbaik dengan izin-Nya. AMIN...

Monday, January 18, 2010

お祝いの言葉!

alhamdulillah.. hari ni kawan2 RPKJ dapat result.. whether dapat further study ke jepun atau x.. ramai yang pass with flying colours.. tapi ada sebilangan yang x.. pasti Allah ade rancangan yang lebih baik untuk mereka.. moga2 mereka kuat, insyaAllah.. so i hereby, would like to congratulate them all for their big success.. especially to ili-chan and firdaus-kun (eventhough i know u can hardly remember me) .. omedetou gonzaimas!!!
^_^

kerugian.


alhamdulillah.. berkesempatan juga pergi ke diskusi ilmiah hatiku milik siapa? di apm.. dengan ahli panel yang hebat2 buat saya lagi excited.. ustaz pahrol mohd juoi dan ustazah fatimah syarha mohd noordin.. mantap!! memang dua2 pun antara favourite author saya.. lagi pula artis undangan malam ni adalah saujana.. tapi sayang, usai slot pertama saya dah x boleh fokus.. mengantuk sampai terpaksa kacau kawan2 kat sebelah.. huhu.. melepas dua slot.. memang saya dalam kerugian.. sob2..

Sunday, January 17, 2010

short trip.


alhamdulillah selamat pergi dan balik. trip to genting highlands. yup. fun, fun and..what else could i say?? it was fun. i'd like to express my gratitude to nonoe, tq ajak gi. not to forget, oya yang menemani. and the most important credit goes to abg jebat. yang dah tanggung semua ktowg punya expenses. x keluar satu sen pun ktowg hari ni. siap dapat souvenir lagi. huu..

dah lama x pergi. kalau x silap last time masa sekolah dulu. tapi hari ni dapat gak merasa lagi. hehe. suka. fresh. sejuk. segar. nyaman. puas. ha ape lagi nak cakap??senang cerita enjoy la. siap keluar asap2 dari mulut lagi. nak ambil wuduk pun macam pakai air dari peti ais. waa. konon2 macam kat luar negara laa. hehe. poyo.

naik cabel car. main menda2 pelik kat outdoor themepark. snap banyak gambar. dan ape2 la yang seangkatan dengannye. mungkin semua menda ni x mendatangkan banyak manfaat. tapi alhamdulillah tadi dapat jugak tadabbur alam ni. insyaAllah masih ade pengisian untuk hati ni walaupun hampir sepanjang hari bersuka ria. kami banyak kali stop di tepi jalan. menikmati keindahan alam ciptaan Allah. subhanallah. memang cantik. harap dapat datang lagi lain kali, insyaAllah..


Thursday, January 14, 2010

20 ke 17.

kesengalan melanda. jam kredit yang dikurangkan gara2 kesilapan teknikal. 20 jadi 17 dan kelas effective presentation yang sayang nak drop tu kena lepaskan. sedih. geram. frust. ape lagi yang boleh saya cakap. moga2 ni yang terbaek. insyaAllah...
T_T

Wednesday, January 13, 2010

aku hebat.


oh x. tajuk je yang hiperbola. sebenarnye saya dapat atasi salah satu fear factor saya. jumpa dentist!!! uhuu.. pada sesetengah orang ni mungkin perkara remeh. tapi x pada saya yang x suka jumpa dentist. lagi2 nak pergi klinik yang senyap. sejuk. menyeramkan. hanya bunyi drill gigi tu je yang kedengaran. eee.. tapi alhamdulillah saya berjaya. yatta!!! sekarang saya boleh berbangga dengan diri sendiri. hehe. poyo. padahal baru buat screening. belum treatment yang betul2 lagi. huhu. habislah kamu. xde bangga lagi dah lepas tu. huhu. disebabkan saya ade bad dental record, kena buat appointment. ku akan sentiasa menunggu2 tarikh keramat 12 februari 2010. moga segalanye dipermudahkan, insyaAllah.. kredit to tma, ifa dan kak yuliana. syukran wa uhibbuki fillah..
^_^

Monday, January 11, 2010

free our mind.

oh ye. saya pinjam nama free our mind daripada sebuah blog yang saya rasa sangat. sangat. sangat. berinformasi. trimas kepada kak sarah yang beritahu saya pasal ni. nak tahu lebih?? baca entri yang berjela-jela ni..

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/pope-roman-peter-ii-cantus-benedictine.html

tapi kat sini saya nak kongsi sesuatu. salah satu yang menarik minat saya dalam post ni.

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah, 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Al-Maidah, 88)


Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

(an-Nahlu, 114)

cari sikit masa dan cuba fikirkan walaupun sekejap. bagaimana senang kita didoktrin dengan pemikiran2 yang sebegini??

hijrah cinta updated.

alhamdulillah. kerja2 wiring di kolej dah pun selesai dan wifi sudah boleh berfungsi seperti sediakala. berbalik semula pasal seminar hijrah cinta oleh ustaz hasrizal.

Dan sungguh, Kami telah mengutuskan Musa dengan membawa tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan Kami perintahkan kepadanya, "Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan, kepada cahaya terang-benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

Ibrahim;5

pada awal seminar, beliau menerangkan mengenai peristiwa hijrah kepada kami. mostly beliau menceritakan semula mengenai sejarah serta implikasi penggunaan kalendar hijriah dan jugak masihi. kemudian apa itu hijrah??

Hijrah tidak akan berakhir sehingga berakhirnya taubat. Taubah tidak akan berakhir sehingga terbit matahari daripada barat.

HR Ahmad

antara maksud hijrah adalah rangsangan untuk berubah. yang pasti, ape yang kita mahu adalah hijrah ke arah yang lebih baik. hijrah menjadi yang lebih hebat, insyaAllah.

Orang yang hebat, adalah mereka yang menongkah arus.

HR Tarmidzi

bagaimana pulak nak jadi orang yang menongkah arus?? pesan beliau, biarlah slowly. jangan extreme sangat nak berubah mendadak.

Maka tetaplah engkau (Muhammad) di jalan yang benar sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.

Hud; 112 dan 113

konklusinye bila dah decide nak berhijrah, jangan overdo dan jangan terpengaruh dengan orang yang zalim (harus ade uzlah nafsiah) . aware dengan konsep iceberg. selalu bersama jemaah, bercampur dengan orang ramai dan attach diri dengan masjid.

sekarang, boleh relate dengan cinta. hehe. baru nak masuk bab cinta. saya punya pandangan sendiri bila berbicara pasal cinta. tapi x perlulah diberitahu sekarang. back to the point, cinta juga perlu masa untuk kita sesuaikan diri. dan jangan pulak terpedaya dengan anasir2 luar yang x baik yang boleh rosakkan cinta tu sendiri. minta petunjuk daripada hati (istaqhti qalbak) .

kat sini, ustaz hasrizal banyak berkongsi pengalaman, lebih daripada yang fakta. jadi kami hanya mendengar dan x perlu menyalin. bagi yang mahu tahu lebih mengenai kisah hidup beliau, boleh ke saifulislam.com ye.

ni serba sikit yang boleh dikongsi. moga2 kita semua dapat manfaat bersama daripada ape yang beliau sampaikan, insyaAllah.

Sunday, January 10, 2010

guilt won't eat me.

alhamdulillah. hari ni saya masih hidup. walaupun diselubung rasa bersalah sebab x join explorace. hari ni jugak saya sudah xde ikatan dengan pimpinan muda kolej kediaman ketiga a.k.a. PM. tapi pape pun, terima kasih sebab sudi lepaskan saya walaupun saya tahu saya bukanlah antara yang terbaik untuk dilantik menjadi PM. sesetengah orang mungkin akan cakap, "rugi la fareha x join. banyak benda baru boleh belajar tau!". oh ye. i AM aware and highly conscious that i might lose the chance to learn many new things. dan saya jugak tahu apa yang saya nak. saya ori, bukan fotokopi *tajuk buku yg baru beli last week* . biar kurang reaktif di tempat yang sepatutnye. saya harapkan yang terbaik untuk semua. dan moga2 ukhuwwah kita semua x terjejas gara2 hal ni. chill~

Katakanlah , “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. “Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah MAha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ali-imran 29

ape yang saya rasa?? x la gembira. x pulak sedih. mungkin rasa bersalah dalam rasa lega. hanya Allah Maha Mengetahui.

Saturday, January 9, 2010

hijrah cinta.



alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi sebab saya berpeluang hadir ke seminar hijrah cinta di astar pagi tadi.. seriously memang excited. thrilled. 'adrenalinated'. sebab dapat dengar ceramah LIVE daripada ustaz hasrizal a.k.a. blogger saiful islam.. saya pasti ramai pernah dengar tentang beliau.. no doubt.. memang beliau dikurniakan kemahiran komunikasi yang baik sampai kami x rasa mengantuk walau sikit pun..

nanti akan diupdate ok.. wifi demam.. so, xleh nk online lama2..

Thursday, January 7, 2010

penat.

faa yg brtudung biru x kelihatan

alhamdulillah.. sempat jugak siap lab report tadi.. hectic!! baru lab yang ketiga.. tapi so far, ni yang paling kalut.. huhu.. teringat pulak kenangan masa lab bio di pasum.. rindu maa.. V3 yang havoc + bising + ceria.. either habis lab paling awal, atau habis yang paling lambat.. hehe.. x kesah la semua tu.. kami tetap balik sama2 dan sanggup tunggu kawan2 yang belum siap report.. sekarang dah beda.. pape pun, gudluck untuk semua.. chaiyok2!!

Wednesday, January 6, 2010

muka buku.


tadi bukak langit ilahi. lama x menjengah. tergerak hati pulak nak baca satu post ni. alhamdulillah. lega hati. mari kita ambil sesuatu daripada entri yang satu ni.

Apa hukum menggunakan Facebook? Mudah cerita, apa hukumnya berurusan dengan orang yahudi dan nasrani? Hukumnya yang asal adalah dibenarkan.

Ada hadith meriwayatkan seperti berikut:


“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda SAW” (Riwayat Al-Bukhari, no 2326, 2/841)


Facebook, hanya akan menjadi haram apabila sah Mark Zuckerberg(Pengasas Facebook) membuat peerjanjian hitam putih dengan Israel untuk menghapuskan saudara-saudara kita di Palestin. Masalahnya sekarang, perkara itu tidak dapat dibuktikan.


Lebih mengecewakan, Majalah Al-Islam yang dikeluarkan pada September 2009 telah mengeluarkan artikel bertajuk seperti berikut:



“Zuckerberg Guna Facebook Untuk Bunuh Penduduk Palestin”



Ini satu tajuk, dan di dalam tajuk ini ada unsur tuduhan. Malangnya, di dalam artikel yang bertajuk ‘panas’ itu, tidak disertakan bukti untuk menyokong apa yang dibawa oleh tajuknya.


Soalan mudah saya lontarkan kepada diri saya dan anda.


Kenapa anda meggunakan Facebook?


Satu lagi soalan mudah.


Bagaimana anda menggunakan Facebook?


Facebook boleh menjadi haram, apabila ia anda gunakan sehingga melontarkan diri anda kepada kerosakan dan kehancuran. Allah SWT berfirman:


“Dan janganlah kamu melontarkan diri kamu ke dalam kerosakan” Surah Al-Baqarah ayat 195.


Justeru, kalau kita menggunakan Facebook sehingga kita meninggalkan solat, kita gunakan Facebook sehingga merosakkan Aqidah, kita guna Facebook sampai rosak studi kita, kita gunakan Facebook sampai satu tahap tidak keluar rumah langsung, dan perkara-perkara di sekitar perkara-perkara yang saya sebutkan ini. Kalau semua ini, atau salah satu daripadanya berlaku ke atas diri kita, maka haramlah Facebook itu ke atas kita.


frankly, banyak benda yang boleh saya ulas. tapi, lebih molek kalau kita sama2 fikirkan ape yang dah ditulis oleh hilal asyraf. selamat bermujahadah...

otak tiruan.

baru dapat tahu tadi. seorang doktor yang juga jurutera komputer, profesor henry markram serta pasukannye akan mencipta otak tiruan pertama di dunia menjelang tahun 2018. terkejut besar jugak saya dibuatnye. istighfar banyak2..

prof henry markram

bertempat di tepi Tasik Geneva, profesor berusia 47 tahun dan berketurunan israel itu sedang giat membina otak tiruannya yang dinamakan projek Otak Biru dengan menggunakan silikon, emas dan gangsa. hasil ciptaan yang terbaru itu mungkin dianggap sejenis makhluk dan dalam tempoh sedekad, makhluk rekaannya itu boleh berfikir, mempunyai perasaan dan lebih hebat lagi mampu jatuh cinta.

"Kami akan melakukannya menjelang 2018. Kami memerlukan banyak wang tetapi saya memperolehnya,” kata Profesor Markram.

“Cuma segelintir saintis di dunia ini yang memiliki sumber kewangan seperti ini,” tambahnya.

Sumber : Kosmo Online

hal ni buat saya tertanya2. ada x mereka ni betul2 berfikir. mampu atau x mencipta sesuatu yang hebat seperti ciptaan Allah yang agung ni. otak = akal. hatta surah dalam al-quran yang x bersifat hidup tu pun, xde seorang manusia pun yang mampu cipta. apatah lagi sesuatu yag hidup. siap punya fikiran dan perasaan lagi. pelik2. wallahu'alam...

Tuesday, January 5, 2010

new look.

baru tukar template ngan lagu.. tapi, x biasa lagi pakai servis ni.. cam pelik je.. hmm..??

Monday, January 4, 2010

apa alasan kamu?


abaikan kaki yg xbrtutup tu. mgkn mazhab lain selain shafie.

apa yang anda rasa atau fikir bila tengok gambar di atas?? fikirlah biarpun x lama.. adik ni menjadi imam walaupun x berkaki.. imam kepada kawan2 yang normal pulak tu.. ini kan pulak kita yang lebih dewasa dan insyaAllah jauh lebih matang daripada adik ni.. saya serius kesal dengan beberapa orang rakan yang x mahu even mencuba pun untuk menjadi imam. x sedia dan x layak katanya. tapi sampai bila?? tepuk dada, tanya diri, tanya iman..



faisal xavier

ataupun kita nak kalah dengan saudara baru kita ni?? oh ye ni adalah bekas pemain bola sepak daripada liverpool yang baru saja memeluk islam baru2 ni.. abel xavier atau nama islamnye faisal xavier.. sumber maklumat adalah daripada sabahdaily.com.. sejauh mana kebenarannye saya x tahu.. wallahu'alam.. tapi bukan tu yang patut dipersoalkan.. kita menerima saudara seislam yang baru setiap hari.. just give it a thought.. siapa yang lebih terjaga iman dan islamnye?? siapa yang lebih tahu, siapa yang lebih alim pasal islam?? renung-renugkan dan selamat beramal *dr. izi, pnjm jap ye* .

Sunday, January 3, 2010

Saturday, January 2, 2010

daurah ISK.

alhamdulillah.. syukur selamat sampai semula ke kolej.. safe and sound walaupun kak rin first time drive sorang2 tanpa co-pilot.. hehe.. baru balik daripada daurah 2 hari 1 malam di AFAQ, USJ.. best2.. memang superb.. berbaloi sambut new year dengan memperingati sejarah.. dapat recall balik sirah2 dari zaman nabi adam, sampai la zaman sekarang ni.. polish semua yang berkarat and add ape yang kurang.. mantap!!

ISK a.k.a. ini sejarah kita.. basically pasal sirah.. which is very good since i don't like his story that much.. tapi alhamdulillah memang x boring.. timing pun boleh kata almost perfect.. walaupun sekejap je, pengisian memang padat dan ummph !!

jumpa ramai akhwat dari um, uia, utm, upm, masterskill etc.. yang lagi syoknye, akhwat yang balik bercuti dari new zealand dan jepun pun sanggup korbankan masa cuti dan join kami di sini.. waahh.. memang gempak laa.. plus, semuanye perempuan.. so, agak free laa nak buat ape2 aktiviti..

jumpa senior2 eskay pulak tu.. kak halini dan kak amar.. waahh.. seriously excited.. lagi2, jumpa kakak naqibah lama.. kak fauhan, kak sarah, kak zira, kak hajar.. kak ery pun join skali.. riuh.. hehe.. x cukup kawan lama, buat pulak kawan baru.. ngee~

kredit kepada barisan adhoc dan semua peserta.. kamu2 memang best laa.. moga2 ukuwwah kita berkekalan.. uhibbukum wa ukhuwwah fillahi abadan abada.. insyaAllah..

nak join 2nd daurah.. tapi ade walimah di kampung pulak.. huhu.. xpe la.. dah bukan rezeki..

Friday, January 1, 2010

goodbye 2009. welcome 2010.

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengharungi satu lagi tahun hijrah sampai ke saat ni. bagaimana pulak tahun2 yang dah lepas? 2009 melabuhkan tirai. 2010 melambai2. so, dah buat check list azam 2009 ke belum? dah capai semua target? haa.. jom la kita sama2 muhasabah diri semula. moga tahun 2010 ni mampu membuatkan kita menjadi insan yang lebih baik, insyaAllah.. so, set azam baru semula. ingat, nak hijrah bukan kena tunggu tahun baru je tau !! bila2 pun boleh asal ade niat dan azam. ganbatte kudasai~