Sunday, June 30, 2013

berita gembira.


berita gembira by new sakha,

mungkinkan saja kamu tak senang
melihat musibah di hadapanmu
bolehlah saja kamu menangis
semua di balik itu Allah memberinya kebaikan

khabarkan berita gembira bagi yang sabar
bila datang musibah dia ucapkan
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
kami milik Allah akan kembali pada Allah
kamu kan mendapatkan tempat dan kedudukan
yang mulia di sisi Allah

janganlah kamu bersangka buruk
mari pujilah Allah walau dalam bencana
Allah menguji ketaatanmu
dengan rasa takut, lapar, sengsara, jiwa raga

wahai orang beriman bersabarlah 
bangkitlah tingkatkan takwa kepada Allah
di mana ada satu kesulitan 
di sana ada dua jalan
bagimu kemudahan

dengar je lagu ni, terngiang-ngiang ayat-ayat cinta Allah. moga tak hanya dengar, tapi beroleh sesuatu.
ameen. ameen. ameen.

Saturday, June 29, 2013

doakan negara piramid.


dua minggu lepas saya ambil ujian bahasa inggeris. pearson test of english for academic. alhamdulillah semua ok.
salah satu soalan yang perlu saya jawab adalah esei. soalannya,

every successful person is determined by the way he/ she was raised. give appropriate arguments based on your point of view stating one example of the person.


dan saya tulis mengenai dr muhammad mursi. siapa? sila cari biografi beliau.
esok hari yang agak merisaukan bagi saudara-saudara kita di mesir. moga semuanya baik-baik sahaja.
tembakkan doa, yuk!

Friday, June 28, 2013

durian hempap kepala!


replay recording ghurabaa' camp. teringat satu pesanan salah seorang muwajjih. setelah diolah dan ditambah perisa, lebih kurang beginilah ayatnya:

antunna yang ada blog tu janganlah biar bersarang lama-lama. bila balik je dari daurah ke apa ke, update la. jadikan blog tu macam diari antunna. nanti-nanti boleh baca semula..

erk sengih je mereka yang makan cili dan rasa pedas. bila dengar pesanan ni kepala dah pusing fikir macam-macam alasan. tak sempat la. lama tak online la. tak tahu nak share apa la. ini la. itu la..

ok berhenti perah otak cari alasan! kakak muwajjih ni seorang doktor. boleh je dia tulis-tulis. ada je masa. ada je yang nak dikongsi. bukanlah nak suruh update hari-hari. at least ada effort untuk buat sesuatu. pokoknya kena push diri sendiri. kalau tak tahu nak share apa, tu tandanya tak banyak membaca. ouch durian hempap kepala!

emm selalu orang kata waktu lapang ni la boleh buat macam-macam. tapi rasanya mujahadah sangat nak manfaatkan waktu lapang ni. anak pak man cakap kalau tak nak buang masa jangan biar diri rasa boring. tapi berkeringat jugak la nak amalkan hal yang satu ni. hmm. tiba-tiba seorang sahabat tegur,

kalau tak rasa perit, macam mana nak rasa manis?

okay i really need some help -.-'

Wednesday, June 26, 2013

cahaya di atas cahaya.


pagi ni buka odyssey. scroll semula entri yang lepas-lepas. kemudian buka timeline facebook. scroll semula post yang lepas-lepas. kemudian tutup laptop dan duduk senyap-senyap.

bila melihat semula diri ni lima-enam tahun yang lepas sampai sekarang, ada macam-macam perasaan. kelakar ada. malu pun ada. manis pun ada. betapa terasa post-post dan entri-entri lama tu peringatan masa lampau buat diri sendiri. betapa rasa Allah mengizinkan tarbiyyah tu mengubah kita. betapa rasa sayangnya Allah kat kita. memang terngiang-ngiang teringat firman Allah,

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (QS Ar-Rahman)

sememangnya segala puji hanya selayaknya bagi Allah. hanya kerana rahmah Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kita menjadi kita sekarang.


..Cahaya di atas cahaya, Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki..
(QS An-Nur : 35)

Monday, June 17, 2013

bukan. bukan ignorance.


terkadang bila ada sesuatu terjadi dan kita macam tak ada perasaan sangat, orang tanya kalau kita ni suka ambil mudah. take things for granted. atau tak serius dan tak kisah. tak ini. tak itu..


ohh bukan tu sebenarnya. kalau benda dah nak jadi kita memang tak boleh nak ubah. sedih, stress, marah lama-lama pun tak guna. jadi walau perasaan berkecamuk tahap perang dunia kedua sekalipun, sila cover line dan control macho. kemudian kembali.

Verily in the remembrance of Allah do heart find peace (QS 13:28)

jangan cepat melatah. jangan cepat melatah.
keep calm. cool. chill.

Hanya diriMu yang bisa membuatku tenang
Tanpa diriMu aku merasa hilang dan sepi

background lagu : dealova.