Saturday, January 29, 2011

cinta.


Album : Tika itu
Munsyid : Unic feat Cat Farish
http://liriknasyid.com


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya Kau yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya kuterima seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah petunjuk hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diri ku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Dan tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)
Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa
wujud aku, cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa lalu ku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

_______________________________________________________________________________________

alhamdulillah. masih dikurniakan rasa cinta. feel cinta yang sangat best kan? lately ramai yang post pasal cinta.
moga cinta tu semua kerana Allah semata-mata. ameen.

Thursday, January 27, 2011

cinta.

hati berbunga-bunga cinta, insyaAllah.

"orang-orang mukmin itu bersaudara"
49:10

pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah s.a.w pun bertanya kembali, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. lalu Rasulullah pun berkata, "pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.

sila bare in mind! luahan rasa cinta pada sahabat yang sama jantina adalah NORMAL. dan luahan rasa cinta pada sahabat berlawanan jantina adalah ABNORMAL, melainkan kamu ada ikatan yang sah la. jadi jangan malu2 untuk beritahu wo ai ni sama sahabat2 kamu. itu sangat cool, ok?

so i hereby, would like to say I LOVE U to every single lovely superior friend of mine. uhibbukum fillah.
(^_^)

Tuesday, January 25, 2011

cinta.


♥ itu menuntut segalanya darimu
terus berlari
dalam langkah mencari ♥

Wednesday, January 19, 2011

pengesahan.

alhamdulillah. insyaAllah ni yang terbaik lepas add and drop dua minggu lepas. sudah sahkan subjek untuk semester 4 ni. kamu sudah? chaiyok2!

Wednesday, January 12, 2011

mandarin.


alhamdulillah. pembelajaran kelas bahasa mandarin pertama yang menyeronokkan. plus, dapat lao shi @ teacher yang cute. dan yang paling penting, bai (surname beliau) lao shi adalah seorang muslim. yes! pure from china and she's a muslim. with her muslim name, aminah. so, x perlu risau waktu untuk solat. insyaAllah semua dipermudahkan. moga2 kami istiqamah dan excel. mana tahu, dengan izin Allah tiga empat bulan akan datang kami boleh cakap proper mandarin kan? chaiyok2!!

Monday, January 10, 2011

sebiru hari ini.

special buat ummi, along, acik, alang, ateh & ucu
lagu K.I.T.A.
uhibbukum fillah :)


Album : Sepotong Episode

Munsyid : Edcoustic

http://liriknasyid.com



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Saturday, January 8, 2011

2 sultan.

alhamdulillah. mahu kongsi pasal 2 sultan since saya dengar ada lagi yang confuse antara salahuddin al-ayyubi dan muhammad al-fateh. insyaAllah. mahu lakukan sedikit pencerahan dengan ilmu yang sedinar dua ni. moga Allah redha.

ok. sedikit pengenalan basic untuk membezakan dua orang sultan ni. hanya intro di permukaan supaya tiada yang tertukar antara kedua-dua tokoh islam ni. x kenal maka ta'aruf bukan? so, sila take note.

1. mereka dilahirkan pada zaman yang berbeza. sultan salahuddin al-ayyubi dilahirkan terlebih dahulu daripada sultan muhammad al-fateh iaitu pada tahun 532H. manakala sultan muhammad al-fateh pula dilahirkan pada tahun 826H.

2. sultan salahuddin al-ayyubi adalah orang yang merebut kembali baitul maqdis daripada tentera salib. dan sultan muhammad al-fateh pula bertanggung jawab membebaskan kota constantinople daripada kerajaan byzantine.

3. yang digelar saladin oleh orang barat adalah sultan salahuddin al-ayyubi. dan yang digelar sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-baik tentera adalah sultan muhammad al-fateh yang turut diceritakan oleh rasulullah s.a.w. dalam hadith sewaktu perang khandak lebih kurang 800 tahun sebelum pembebasan constantinople.

ok. saya tahu entri ni memang pendek. asif. nak cerita banyak nanti terlalu panjang pulak. jadi bagi yang mahu tahu lebih boleh try google dulu, tapi sila hati2 dengan sumber yang diperoleh ok. xpe saya aware, duit jpa dan ptptn x masuk akaun lagi. tapi bagi yang ada duit lebih, boleh la invest untuk beli buku tokoh2 ni. insyaAllah x rugi. memang best baca cerita2 mereka! so, happy reading :)

Friday, January 7, 2011

doa.

a poem to ponder. eyes. heart. thinking.

by msaodu

DOA

Tuhanku dalam termangu
kusebut namaMu
biar susah sungguh
mengingatkan Kau penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
panas suci
bagai kerdip lilin
di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk
kembara di negeri asing
Tuhanku pintuMu ku ketuk
aku tak bisa berpaling

by Chairil Anwar

Tuesday, January 4, 2011

marathon.

alhamdulillah. even kelas asyik cancel dan hanya sign attendance untuk first week ni, masih ada perkara yang boleh dibuat sementara tunggu 'kuliah' bermula minggu depan. saya tahu dah lama saya x preview buku2 yang saya baca kat odyssey. bagaimana menyentuh hati. sinergi. dan beberapa buah buku lagi. tapi hari ni saya marathon 2 cerita. so, mahu share dengan kamu2. bagi yang free dan boring2 awal semester ni boleh la jenguk2 ye. insyaAllah bawa manfaat.
chill :)

sang murabbi. cerita tentang ustaz rahmat abdullah yang setia menyebarkan dakwah dan mentarbiyyah mereka yang disekelilingnya selama beliau masih hidup. cerita ni daripada indonesia, so maybe lambat sikit nak tangkap apa yang mereka cakap. overall, banyak beri inspirasi untuk kita dalam jalan dnt ni.

lion of the dessert. cerita tentang omar mukhtar. seorang jundullah di libya yang memperjuangkan kampung halamannya daripada ditawan tentera itali. cerita dalam bahasa inggeris dan ada subtitle bahasa melayu. senang nak paham. overall, dapat tahu sejarah saudara seislam kita di satu tempat yang lain yang bukan malaysia.

Sunday, January 2, 2011

rezeki.



result semester 3 dah pun keluar pagi tadi. x seperti yang diharapkan. tapi alhamdulillah masih ok. ihklaskan hati sebab pasti ni yang terbaik yang Allah nak bagi kan? chill la sahabat. insyaAllah ada masa lagi. strive untuk sem baru ni, ok?

pesan mak :
"xpe la kaklong. rezeki masing2. lain kali cuba lagi"

rasa terpujuk. alhamdulillah. so, mulakan chapter baru. semester terakhir takwim kuliah lama sebelum sesi kuliah baru september 2011 nanti. fight-oh uh!!!

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)”.
(HR Bukhari)

Saturday, January 1, 2011

jodoh.

alhamdulillah. masih dipinjamkan nyawa untuk memasuki tahun baru kalendar gregorian. azam tahun baru saya? sama macam azam tahun baru hijrah yang baru ni :)


14 jun 2010, jabal rahmah, arafah. bukit yang dikatakan tempat pertemuan nabi adam a.s. dan siti hawa setelah terpisah di bumi selama lebih kurang 200 tahun akibat murka Allah. bukit yang penuh barakah. dan saya dengar ramai yang berdoa untuk dapat jodoh yang diinginkan kat sini. kakngah sungguh2 nak naik tapi mak x galakkan sebab ayah pun x berapa sihat. xpe la mungkin belum rezeki. insyaAllah ada lain kali :)


oh ok. saya akui entri pasal jodoh mungkin bukan yang paling sesuai untuk memulakan tahun baru ni. lagi pulak belum ada pengalaman. huhu. cuma tergerak hati sebab hari ni ramai betul orang adakan walimah. even kat kawasan perumahan saya pun, satu lorong ada 2 kenduri. ok. orang kata, dah jodoh. barakallah buat mereka :)

dan ramai yang mendoakan saya zauj yang baik, sepadan etc. etc. untuk ulangtahun kelahiran saya yang ke 20, november lalu. ok tu memang sesuatu yang extraordinary since sebelum ni macam x pernah didoakan yang sedemikian rupa. apa2 pun, ameen.

jangan risau bila diskus pasal jodoh ni. sebab saya tahu ni memang antara tajuk cool yang diminati ramai. bagi saya sendiri, memang harus mula memikirkan jodoh kita sekarang walaupun belum mahu mendirikan masjid. sebab kita memang x tahu jodoh tu bila kan? cuma sekarang bukan prioriti la. borang bm pun x isi lagi. so jangan berlebihan. pikirkan pelajaran, dnt etc. ect. adalah lebih aula. semua dengan izin Allah. chill ok? :)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Al-Furqan;74)